Maya perasan ada seorang pelajar lelaki yang sama kelas dengan mereka asyik memerhatikan Nia sedari tadi di kafe. Nia yang langsung tidak menyedari dirinya menjadi perhatian, terus menyuap mee goreng ke dalam mulut. Lapar betul dia, mengalahkan Maya.
"Weh, Nia," panggil Maya. Nia mengangkat kening. "Kenapa kau ni?" Maya menjuihkan bibir ke arah meja sebelah kanan mereka.
"Tu, lelaki tu. Tak silap aku dia satu kelas dengan kita. Dari tadi asyik pandang kau aje," beritahu Maya. Nia menoleh sekilas.
"Dia pandang kau kot," balas Nia acuh tak acuh. Mee goreng disuap lagi ke dalam mulut. Maya mengetap bibir.
"Eh, kau ni kan. Jelas-jelas dia pandang kau, takkan pandang aku pulak." Tatkala itu, lelaki yang dimaksudkan tadi menghampiri mereka berdua.
"Assalamualaikum," tegur jejaka itu.
"Waalaikumussalam," jawab Nia dan Maya serentak.
"Saya Farhan. Saya sekelas dengan awak berdua. Kelas 1C kan?" soal Farhan. Nia memandang Maya, dan Maya berbuat yang sama. Nia mengangkat kening, sebagai isyarat untuk Maya membalas.
"Haah, betullah tu. Kita classmate. Saya Maya, ni BFF saya, Nia," balas Maya. Nia mengangkat tangan kanan tanda hormat. Takkan nak bersalaman pulak, bukan muhrim kan.
"Boleh saya join korang?" tanya Farhan.
"Eh, boleh. Lagipun meja ni bukan meja kami. Ni meja kafe," seloroh Nia. Farhan tersenyum mendengarnya. Dia terus mengambil tempat di sebelah Nia. Terbeliak mata Nia dibuatnya.
"Nia, kan? Cantik nama awak, macam orangnya jugak," puji Farhan. Maya kemam bibir, menahan tawa. Itulah orang dah cakap si Farhan ni minat kat dia, dia tak percaya.
"Eh, tak adalah. Saya biasa aje. Maya pun cantik apa? Comel kan?" Aih, lain macam ayat Nia ni. Farhan mengangguk sambil ketawa kecil.
"Awak dah ada boyfriend?" tanya Farhan tanpa dolak dalih lagi. Nia bertentang mata dengan Maya yang sudah menjongketkan kening ke arahnya.
"Saya ke?" tanya Nia semula dengan riak wajah blur.
"Ya. Awak, Nia," balas Farhan.
"Sa...saya..." Tatkala itu, telefon bimbitnya berdering. Nama ayahnya menghiasi skrin telefon. Nasib baik ayah call. Thank you, ayah! Bisik hati Nia.
"Sorry, ayah saya call. Kejap eh." Nia meminta diri sebentar untuk menjawab panggilan telefon. Maya berdehem, cuba mengambil perhatian Farhan. Farhan menoleh ke arahnya.
"Awak suka Nia eh?" risik Maya. Wajah Farhan terus merona merah.
"Eh, awak jangan cakap kuat sangat. Malulah," tegur Farhan. Maya mencebik.
"Oh, malu? Kalau suka, awak cakap ajelah kat dia," cabar Maya.
"Hisy, takkan saya nak mengaku awal-awal. Saya pun tak tahu kalau Nia tu single ke tak. Buatnya dia tu girlfriend orang, tak ke naya saya kena belasah dengan boyfriend dia," jelas Farhan.
'Masalahnya Nia bukannya ada boyfriend, dia dah ada suami. Tapi entahlah. Suami dia pun macam tak nak layan dia aje. Sampai budak Nia ni merajuk. Itu yang dia ajak aku makan kat kafe ni,' desis hati Maya.
Tidak berapa lama selepas itu, Nia kembali di tempat duduknya. "Nia, awak tak jawab soalan saya lagi. Awak single ke?" tanya Farhan lagi.
"Kenapa awak nak tahu?" soal Nia.
"Saja, saya nak tahu," balas Farhan. Nia kelu, dia tidak tahu hendak jawab jujur atau tidak. Padahal dia sudah berjanji dengan Zafran yang dia tidak akan memberitahu sesiapa tentang perkahwinan mereka.
"Single," jawab Nia tanpa sedar. Farhan yang mendengar terus mengukir senyuman lebar manakala Maya sudah melopong mendengar jawapan dari sahabatnya itu. Dalam diam, dia menepuk dahi sendiri.
Masaklah kau, Nia! Mesti Farhan ni dah tangkap jiwang dengan kau. Pandai-pandailah kau nak hadap nanti, gerutu Maya dalam hati.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romansa⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...