Wajah Nia sembab kerana seharian ini dia menangis. Bunyi ketukan pintu dari luar bilik langsung tidak dihiraukan. Sebaik selesai membersihkan diri tadi, Nia terus mengurung diri di dalam bilik tetamu.
Dia benci hendak melihat wajah Zafran. Dia benci lelaki itu. Nia membiarkan sahaja air matanya mengalir di wajah.
"Nia sayang? Bukak pintu ni. Abang nak mintak maaf dengan sayang," ucap Zafran dari luar bilik. Nia menutup kedua-dua telinganya sambil menutup mata. Benci betul dia mendengar perkataan 'abang'-'sayang' dari bibir suaminya.
"Sayang, please? Abang betul-betul mintak maaf, Nia." Zafran masih mengetuk pintu bilik. Menyesal pula dia kerana gagal menahan nafsu malam tadi. Natijahnya, Nia semakin membenci dirinya.
"Pergilah! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Aku benci kau, Izz Zafran!" jerit Nia sekuat hatinya. Bertukar terus panggilan, menandakan Nia benar-benar marah pada waktu itu. Terkedu Zafran mendengar ayat terakhir Nia itu.
Adakah sama perasaan yang Nia pernah rasa sewaktu dia mengucapkan kata benci pada gadis itu dahulu? Pasti luka Nia lebih teruk jika hendak dibandingkan dengan dia. Dia terduduk di hadapan pintu bilik.
'Maafkan abang, sayang. Abang gagal jaga sayang. Abang kejam dengan Nia, sayang. Tapi abang dah janji, abang takkan tinggalkan Nia,' bisik hati Zafran. Dia menyembamkan wajahnya pada lutut.
Setiap kali dia terdengar esak tangis Nia dari dalam bilik, hatinya bagai terhiris. Kenapa dia mesti membuat Nia Adellia mengalirkan air mata lagi? Kenapa dia tidak bersabar? Kenapa dia tewas pada nafsu?
NIA membuka pintu sebelum melangkah ke arah ruang dapur. Zafran yang duduk di tepi pintu, langsung tidak dihiraukan. Nia membasuh mukanya yang sembab. Matanya terasa bengkak.
Apabila dia melihat Zafran seperti nyenyak tidur di hadapan pintu biliknya, Nia mengemas pakaian lalu keluar dari rumah Zafran.
Beberapa ketika kemudian, Zafran terjaga dari tidurnya. Nyenyak betul dia tidur walaupun dalam keadaan duduk. Dia melihat pintu bilik tetamu terbuka luas, lalu dia masuk untuk mencari isterinya.
"Nia? Sayang? Sayang kat mana, sayang?" panggil Zafran namun panggilannya tidak bersahut. Dia melangkah ke arah ruang tamu dan dapur. Tiada kelibat Nia di mana-mana.
Zafran masuk ke dalam bilik tidurnya. Berderau darahnya apabila dia melihat beg pakaian Nia yang dibawa semalam, tiada di dalam almari. Telefon bimbitnya dicapai sebelum nombor Nia didial.
Namun, panggilan tidak dapat disambung. Nia sudah mematikan telefonnya. "Ya Allah, Nia. Sayang pergi mana ni?" soal Zafran sendirian. Dia pantas mengambil kunci kereta sebelum melangkah keluar dari rumah.
Sementara itu, Nia leka memerhatikan gelagat rakan sekolejnya yang sedang bersembang sesama sendiri di tingkat bawah. Maya yang berdiri di sebelahnya, memandang ke arah Nia yang seperti memikirkan sesuatu.
"Kau okey tak, Nia?" tanya Maya.
"Maya, kalau aku nak mintak tolong dari ayah kau, boleh kan?" tanya Nia tanpa menjawab soalan Maya tadi.
"Kau nak mintak tolong apa?"
"Kau tahu kan, aku kahwin dekat KL?"
"Tahu. Kenapa?"
"Aku nak tahu prosedur proses permohonan cerai. Ayah kau kawan baik dengan orang pejabat agama kan?" tanya Nia.
"Kau serius ke, nak bercerai dengan-"
"Aku serius. Aku nak bercerai secepat yang boleh. Aku tak nak tangguh lagi, Maya," desak Nia.
"Nia, kau ni peliklah. Aku tahu kau tak boleh terima abang Zaf tu, tapi janganlah terburu-buru macam ni," nasihat Maya.
"Aku tak terburu-buru. Aku dah lama fikirkan hal ni. Aku nak cerai dengan dia. Kalau boleh dalam minggu depan, aku dah bergelar janda." Maya terdiam mendengar kata-kata Nia itu.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romansa⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...