Bab 25

778 11 7
                                    

Persahabatan yang terjalin antara Nia, Maya dan Farhan semakin erat dari hari ke hari. Diam tak diam, sudah sebulan mereka menuntut ilmu di UiTM Merbok. Hampir setiap petang mereka meluangkan masa belajar bersama. Kadang-kadang mereka beriadah di pusat sukan. Dan adakalanya, Nia dan Maya menonton perlawanan futsal yang disertai Farhan.

Kala itu, mereka sedang belajar bersama di dalam perpustakaan. Leka sungguh mereka menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah sehingga tidak sedar ada seseorang sedang memerhatikan gelagat mereka bertiga.

Zafran yang sedang menaip sesuatu di komputer yang disediakan di perpustakaan itu, hanya memerhatikan tingkah laku Nia bersama sahabat-sahabatnya. Sesekali isterinya itu kelihatan ketawa apabila berbual dengan Farhan.

'Dasar perempuan tak ada maruah. Kau boleh bergelak tawa dengan lelaki lain ya? Kau tak ingat ke kau tu isteri orang,' gumam hati Zafran.

'Kenapa kau nak peduli pulak dengan Nia tu? Bukan ke kau benci dia? Kau tak cintakan dia kan? Kenapa sekarang kau cemburu?' Akal memarahi.

'Aku cemburu? Tolonglah. Aku cuma tak suka dia buat perangai tak semenggah dia kat kampus ni aje.' Ego membalas.

'Tak semenggah apanya? Dia cuma buat discussion dengan kawan-kawan dia aje. Bukannya dia menggatal pun,' cantas sang akal.

Tanpa sedar, tangannya mengepal penumbuk. Wajahnya merah menahan amarah. Baru sahaja dia hendak melangkah menghampiri tempat duduk isterinya, Nia sudah bersiap untuk ke kelas. Tidak jadi dia hendak mengheret Nia menjauh dari rakan-rakannya. Hanya pandangan yang tajam ditala ke arah isterinya.

Nia yang terasa ada seseorang sedang memanah pandangan mata ke arahnya, terus tersentak. Dia ingin menoleh namun Farhan sudah menghadang pandangannya. Tidak jadi dia hendak tahu siapa yang memandang tajam ke arahnya tadi.

"Eh, awak okey tak, Nia? Nampak macam takutkan sesuatu aje," tegur Farhan.

"Kau berangan ke apa, Nia?" soal Maya pula.

"Mana adalah, Maya. Saya okey. Jomlah. Nanti lewat pulak masuk kelas." Mereka bertiga berjalan ke arah bilik kuliah untuk kelas seterusnya. Entah mengapa Nia berasa tidak sedap hati, sedangkan dia ternanti-nantikan kelas ini. Kelas bersama suami tercintanya.

NIA tidak mengerti apa salahnya sampaikan Zafran asyik membulinya di dalam kelas hari itu. Kena cuci papan putihlah, kena buat pembentanganlah, kena kerah pergi ke pejabatnya untuk mengambil barang, dan banyak lagi benda yang Nia perlu buat untuk Zafran.

"Kenapa dengan laki kau, Nia? Lain macam aje aku tengok dia hari ni?" bisik Maya. Tatkala itu, Nia baru kembali ke tempat duduknya selepas pulang dari pejabat Zafran. Berpeluh-peluh dahinya. Jauh tu nak kena menapak. Belum kira kena panjat tangga lagi.

"Kau tanya aku, mana aku tahu? Aku tak tahu apa salah aku padahal last week kitorang okey aje. Walaupun ada gaduh-gaduh manja sikit, tapi entahlah. Lagipun dah tiga hari kita tak ada kelas dengan dia kan?" balas Nia.

"And Nia Adellia. I want you to stay here right after this class, since I have something to discuss with you. Is that understood?" Tergamam Nia mendengar arahan terbaru Zafran itu.

"Y-yes, sir Zafran," balas Nia. Masak aku! Apa salah aku, weh?!! soal Nia sendiri.

Sesi pembelajaran hari itu, langsung tidak masuk ke dalam otaknya. Fikirannya ligat memikirkan apa kesalahannya pada Zafran sehingga suaminya benar-benar membulinya hari ini.

Sebaik sahaja kelas tamat, Nia hanya duduk di kerusi sambil memerhati rakan-rakan lain yang beransur pulang. Berdebar pula jantungnya apabila menyedari Zafran tidak henti-henti merenung tajam ke arahnya sedari tadi.

Adakah pandangan suaminya yang dia rasakan di perpustakaan tadi? Rasa yang sama, tapi mustahillah. Kenapa pula dia nak tenung tajam kat aku? Aku buat salah apa kat dia?

"Bye, Nia. Kita jumpa dalam kelas minggu depan okey?" Farhan menegur sambil mengukir senyuman manis padanya dan Nia membalasnya. Zafran hanya menjeling tajam ke arah mereka berdua. Hah, ini yang buatkan Zafran marah. Kenapa ya? Zafran cemburu ke?

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now