Dari ruang dapur, kelihatan Zafran sedang sibuk memasak untuk Nia. Nia membantu suaminya. Zafran melompat menjauhi kuali. Tidak sengaja, ayam yang dipegang tadi terlepas dari pegangan, dan terus jatuh ke dalam minyak panas.
"Awak ni, yang panik sangat kenapa? Buat ajelah slow-slow," bebel Nia. Zafran tersengih.
"Sorry, sayang. Tangan abang licin rasanya. Tak hangit kan?" Zafran cuba mengalihkan ayam yang terjatuh ke dalam minyak panas tadi. Sebelah bahagian ayam itu sudah hangus. Nia tergelak kecil.
"Hangit jugak," ujar Nia sambil mengerling ke arah suaminya.
"Nampaknya sayang kena makan ayam hangit sebelahlah," usik Zafran.
"Kenapa pulak? Awak yang masak kan? Awak yang kena makan ayam hangit sebelah tu. Siapa suruh gelojoh sangat masukkan ayam tu? Untuk saya dengan baby, awak goreng ayam yang lain," balas Nia.
"Okeylah, demi isteri dengan anak abang ni, ayam hangit sebelah pun abang sanggup telan," ujar Zafran. Nia tersentuh mendengar ucapan suaminya itu. Kala itu, dia terhidu bau yang datang dari badan suaminya.
'Wanginya?' Nia terus merapati tubuh suaminya. Dia menghidu bau dari leher suaminya. Nia menjengketkan sedikit kaki agar hidungnya boleh merapati leher Zafran.
"Eh, sayang? Kenapa ni?" tanya Zafran apabila dia terasa nafas isterinya di leher jinjangnya. Dia menutup api dapur, seusai menggoreng ayam.
Nia mengetap bibirnya. Zafran hanya memandangnya.
"Sayang?"
"Saya nak- anak awak ni nak bau leher awak," bohong Nia. Banyaklah anak yang nak bau. Padahal kau yang nak bau, marah akal Nia. Diamlah! Ego Nia membalas.
"Hah?"
"Anak awak, dia kata leher awak bau wangi. Dia nak kiss," ujar Nia sambil menahan rasa malu. Zafran tergamam seketika sebelum mengukir senyuman. Dia memeluk pinggang Nia sebelum mendukung isterinya. Terbeliak mata Nia dengan tindakan suaminya.
"Cepatlah kiss, mama. Nanti papa dah mandi, dah tak ada dah bau ni," usik Zafran. Nia menelan liur sebelum merapatkan wajahnya ke leher Zafran. Saat dia mencium bau dari leher suaminya, Nia memeluk suaminya bagaikan tidak mahu dilepaskan lagi.
Ya Allah, kenangan yang ini tidak akan Nia lupa sampai bila-bila. Pertama kali sejak berkahwin hampir setahun yang lalu, dia dapat memeluk Zafran begini. Air matanya mengalir di pipi tanpa dapat ditahan lagi.
Zafran merasa ada air jernih yang mengenai kulit lehernya. "Sayang? Sayang menangis ke?" tanya Zafran. Nia menggeleng sebelum mengeratkan lagi pelukannya. Nia cuba menahan esak tangisnya dari kedengaran.
Zafran menggosok belakang tubuh Nia yang masih lagi dalam dukungannya. Lama mereka dalam keadaan begitu. Sehingga Nia sendiri yang meleraikan pelukan mereka.
Nia memanggungkan kepalanya, merenung ke dalam anak mata encik suami. Zafran perasan akan air mata yang sudah kering di pipi isterinya.
"Sayang menangis?" soal Zafran sambil mengelus lembut pipi Nia. Nia mengalihkan wajahnya dari disentuh Zafran.
"Baby suruh awak mandi. Nanti nak bukak puasa. Nanti saya sambung masak ayam masak merah tu," ujar Nia sebelum menghidupkan api dapur untuk menyambung kerja Zafran tadi. Zafran menanggalkan apron sebelum melangkah ke arah biliknya.
Zafran cuba menguatkan hatinya. Baru dia faham perasaan Nia yang selama ini mengharapkan cinta darinya. Tapi dia hanya buat tidak peduli sahaja. Berkali-kali Nia meminta peluang darinya, namun dia tidak mengendahkan rayuan isterinya.
Apabila dia sendiri merasa situasi itu, dia sendiri tidak kuat. Zafran hanya mampu mengharapkan semoga Allah lembutkan hati Nia Adellia untuk menerimanya semula sebagai suami.
Tapi layakkah dia diberi peluang kedua? Sedangkan dia tidak pernah memberi peluang pada Nia dahulu.
Sementara itu, hati Nia mula berbelah bahagi. Walaupun hanya seketika, dia dapat rasakan kebahagiaan. Dia bahagia dengan cara Zafran melayaninya. Dia bahagia dengan cara Zafran cuba menggembirakannya.
Perutnya diusap perlahan. Mungkinkah apa yang Maya dan Farhan katakan padanya pagi tadi, betul? Mungkin Allah hadirkan si kecil ini untuk menjernihkan semula hubungan mereka suami isteri?
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romance⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...