Bab 55

1K 16 6
                                    

Nia mengerutkan dahi apabila kereta Zafran menghala ke arah rumahnya. Dia menoleh ke arah Zafran yang tenang memandu itu. "Awak nak pergi mana ni? Awak kata nak hantar saya balik kolej?" tanya Nia. Zafran menoleh seketika. "Sayang, kenapa sayang nak kena duduk kat kolej pulak? Abang kan ada? Abang boleh hantar dan jemput sayang," balas Zafran.

Nia memeluk tubuhnya. "Oh, bukan sebelum ni awak cakap awak tak ada masa nak hantar, jemput saya ke? Sekarang ni, banyak pulak ya masa awak?" sindir Nia. Zafran mengukir senyuman hambar, cuba menahan sabar dengan sindiran Nia itu.

"Insya-Allah, abang akan sentiasa ada masa untuk Nia. Isteri abang ni lebih penting," jawab Zafran. Nia mencebik mendengarnya. Propa aje. Zafran terus menarik muncung Nia.

"Ish, apa awak ni? Sakitlah!" marah Nia.

"Sorry. Abang geram sangat bila sayang buat muncung macam tu. Rasa nak gigit-gigit aje bibir sayang tu," usik Zafran. Iya ke? Bukan ke kau meluat tengok dia buat muncung macam tu dulu? Sekarang apa dah jadi? Akal Zafran menghentam tuannya.

Zafran tidak mengendahkan bisikan akalnya. Dia tahu, dia bersalah pada Nia. Kerana itulah dia ingin menebus semua kesalahannya pada Nia. Cintanya kini hanya pada Nia Adellia. Kereta diparkir di tempat yang disediakan.

Brek tangan ditarik dan di kala itu, dia dapat melihat isterinya masih dengan wajah cemberut. Tak puas hatilah tu. Biarlah, taulah aku nak pujuk dia nanti. Zafran berbisik sendiri.

"Jom, sayang? Kita dah sampai rumah kita." Zafran melepaskan tali pinggang keledarnya.

"Rumah awak! Bukan rumah kita!" Nia membetulkan.

"Mulai hari ni, detik ni, rumah abang rumah sayang jugak. Jom?" ajak Zafran lagi.

"Saya tak nak. Awak hantar saya ke kolej sekarang!" bantah Nia.

"Sayang, kalau sayang balik kolej pun, bukannya ada orang. Tak takut ke tinggal sorang-sorang? Mana tahu kalau ada hantu kacau nanti?" usik Zafran.

"Saya lebih rela kena kacau dengan hantu, daripada duduk serumah dengan awak. Perangai awak dengan hantu pun tak jauh beza. Yang bezanya, hantu tu syaitan. Awak tu manusia," bidas Nia. Pedih juga telinga Zafran mendengarnya, namun dia masih mampu tersenyum manis.

Senyuman yang sentiasa Nia rindukan. Tetapi itu dulu. Sekarang ni, Zafran senyumlah sampai lenguh rahang pun, Nia tak heran.

"Sayang, kalau sayang tak nak naik, abang dukung sayang. Jangan cabar abang buat benda yang abang memang nak buat. Abang kawal diri abang sebab Nia tak suka aje tau," ugut Zafran. Nia mengetap bibir sebelum turut melepaskan tali pinggang keledarnya.

Mereka melangkah ke arah bonet belakang kereta untuk mengambil beg. Sebelum sempat Nia mengambil begnya, Zafran terlebih dahulu menghalang.

"Sayang, tak apa biar abang yang angkat beg ni. Sayang tunggu abang kat lif, okey?" arah Zafran.

"Tak payahlah. Saya boleh bawak beg saya sendiri," bantah Nia.

"Tak apa, Nia. Kalau sayang degil, kat tempat parking ni jugak abang kiss sayang," ugut Zafran lagi.

"Suka sangat ugut macam tu. Dia tahu aku tak suka, dia ugut macam tu untuk buat aku dengar cakap dia. Benci betullah," omel Nia. Zafran terdengar omelan isterinya membuatkan dia mencubit pipi Nia.

"Sakitlah!" marah Nia sambil mengusap pipinya yang dicubit tadi.

"Ala, sorrylah sayang. Sayang mengata abang, jadi abang geram sangat. Nak kiss, sayang tak bagi pulak. So, abang cubitlah," balas Zafran tanpa rasa bersalah. Nia menjegilkan matanya.

Dengan perasaan yang geram, dia melangkah meninggalkan Zafran menuju ke arah lif. Zafran menggelengkan kepala melihat rajuk isterinya. Comel, bisik hati Zafran. Nampaknya Zafran sudah angaukan Nia.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now