Bab 19

683 11 0
                                    

"Abang!!! Tengok ni, Nia dapat sambung study kat UiTM tempat abang mengajar! Memang kuat kan jodoh kita? Alhamdulillah, kan bang?" beritahu Nia teruja. Namun tidak Zafran. "Dalam banyak-banyak tempat yang offer kursus perakaunan, tempat aku mengajar jugak kau dapat sambung study kan? 

Tak dapat aku bayangkan betapa rimasnya aku nanti," luah Zafran tanpa mempedulikan perasaan Nia sedikit pun.

"Abang, minggu depan dah start pendaftaran. Abang boleh kan, temankan Nia? Diorang kata kat sini, Nia dapat masuk kolej kediaman, tapi Nia tak nak. Nia still nak duduk dengan abang. Nanti kita boleh pergi kampus sama-sama kan?" ujar Nia.

"Dah pihak kolej bagi duduk asrama, duduk ajelah kat situ. Yang menggedik nak tinggal kat sini lagi dah kenapa?" selar Zafran.

"Buat apa Nia nak duduk kat asrama? Abang kan ada? Lagipun, kalau berjauhan nanti, Nia rindu kat abang. Abang tak rindu ke kalau berjauhan dari Nia nanti?" soal Nia, cuba menguji perasaan Zafran.

"Aku lagi suka kalau kau tak ada dalam rumah ni. Buat semak kepala otak aku aje," jawab Zafran sebelum bangun dari sofa.

"Abang!" panggil Nia. Zafran mengeluh kasar sebelum berpaling ke arah isterinya.

"Apa lagi?"

"Abang nak pergi mana? Hari ni abang cuti kan?" tanya Nia sambil merenung ke arah Zafran.

"Keluar." Hanya sepatah jawapannya.

"Nak ikut..... Please....." rayu Nia sambil membuat muka comel.

"Jangan nak mengada-ngadalah. Aku ada hal," tolak Zafran.

"Nak ikut jugak. Kalau tak, Nia heret abang masuk dalam bilik, tak payah keluar langsung," ugut Nia. Zafran mengukir senyuman mengejek.

"Macamlah kau kuat sangat nak heret aku. Cubalah kalau rasa diri tu kuat sangat," cabar Zafran. Nia terus menarik tangan Zafran. Hampir tersungkur Zafran dibuatnya apabila Nia menariknya ke arah pintu bilik mereka.

"Abang cabar Nia kan? Sekarang, jom masuk bilik. Tak payah keluar," ujar Nia seraya melangkah ke arah bilik sambil mengheret tangan Zafran.

"Okey-okey! Kau pergi siap cepat. Aku tunggu, tapi lima minit aje. Lambat, aku tinggal." Zafran mengalah. Tanpa membuang masa, Nia terus masuk ke dalam bilik untuk bersiap. Zafran mengeluh berat.

-Sorry, Hana. Zaf terpaksa cancel date kita hari ni. Perempuan tu nak ikut Zaf keluar pulak- Pesanan dihantar pada si buah hati.

LENGAN sasa milik Zafran dipeluk erat. Zafran yang sedang memandu kereta itu membuang keluhan. "Abang, tak baik tau asyik mengeluh macam ni. Kalau abang ada masalah, apa kata abang share dengan Nia. Mana tahu Nia boleh tolong abang?" ujar Nia sambil mengusap pipi Zafran.

"Masalah aku sekarang ni, tangan kau tu. Boleh tak stop meraba sana-sini? Aku nak drive pun tak selesalah," marah Zafran. Nia memuncungkan bibirnya sambil berdecit.

"Ish..ish...ish... Abang ni garang sangatlah. Jangan cepat marah tau, bang. Nanti senang dapat darah tinggi. Kesian kat Nia, muda-muda dah jadi janda," usik Nia. Zafran mengerling ke arah isterinya.

"Kalau kau nak jadi janda sekarang pun, aku boleh tunaikan. Tak perlu tunggu aku mati pun," balas Zafran, geram. Nia terus diam membisu. Wajah tampan Zafran dipandang lama. Tatkala tiada sebarang suara yang keluar dari mulut Nia, Zafran menoleh sedikit ke arah isterinya.

"Abang, pandanglah depan. Abang tengah drive kan?" tegur Nia. Zafran kembali fokus pada pemanduannya. Entah kenapa dia rasakan pandangan Nia tadi sayu sahaja. Tiba-tiba rasa bersalah menghimpit diri.

"Kalau satu hari nanti ditakdirkan Nia jadi janda, Nia takkan jatuh cinta pada lelaki lain. Hati dan cinta Nia untuk abang sorang aje. Nia sayangkan abang dan Nia nak jadi isteri abang sampai syurga," ucap Nia perlahan. Rasa sebak mula menerjah di hati.

Nia tidak dapat bayangkan, bagaimana hidupnya jika dia kehilangan Zafran. Zafran segala-galanya bagi dia. Cinta pertama dan terakhir Nia Adellia.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now