Bangun sahaja dari tidur, Nia tergamam apabila dia tersedar yang dia terlelap di atas dada Zafran. Pantas sahaja dia bangun, menyebabkan Zafran turut sama tejaga. Nia membetulkan kain batiknya. Inilah masalah Nia.
Dia tidak pandai pakai kain batik. Asal pakai aje, mesti terlondeh. Sebab itu dia lebih suka pakai seluar. Tetapi seluar panjangnya semua belum kering lagi. Itulah padahnya suka buat kerja last minute.
"Good morning, sayang abang. Dah masuk waktu Subuh eh?" Zafran bangun dari katil. Nia tidak menjawab, sebaliknya dia terus keluar dari bilik. Sebelum kain batiknya terlondeh betul-betul, lebih baik dia blah dulu.
'Comel isteri abang ni,' puji Zafran dalam hati. Dia mengemas katil sebelum turut keluar dari bilik isterinya. Kaki diatur ke arah bilik air untuk membasuh muka dan berwudhuk. Idea nakal tiba-tiba terlintas di dalam fikiran Zafran.
Dia menutup suis utama yang terletak di ruang tamu, menyebabkan Nia berlari keluar dari bilik air sambil menjerit ketakutan. Zafran berpura-pura cemas dan sebaik sahaja Nia memeluk tubuhnya, senyuman manis terukir di bibirnya.
"Nia, sayang takut ke?" soal Zafran. Padahal dia memang tahu, Nia paling takut hendak menggunakan bilik air dalam keadaan gelap. Nia memeluk tubuh Zafran untuk seketika sebelum dia tersedar. Pantas dia meleraikan pelukannya. Frust sekejap Zafran.
"Blackout ke apa ni?" tanya Nia tanpa menjawab soalan Zafran tadi.
"Abang pun tak tahu, sayang. Sayang nak guna bilik air kan? Jomlah abang teman?" Inilah rupanya tujuan sebenar Zafran menutup setiap lampu di segenap rumah. Nia teragak-agak pada mulanya, tetapi mengenangkan yang dia masih belum sempat berwudhuk, dia mengalah.
'Nasib baik aku sempat buang air tadi. Kalau tak, mesti dia lagi suka nak tengok. Dahlah muka tu macam nak makan orang aje,' omel Nia di dalam hati.
SELESAI bersarapan, Nia duduk di ruang tamu sambil bermain permainan dari telefon bimbitnya. Leka sungguh Nia bermain permainan Candy Crush itu sehinggakan tidak sedar kehadiran suaminya.
Zafran merapati Nia sebelum melabuhkan duduk di sisi isterinya. Pandangan matanya tidak lepas dari memandang wajah Nia yang comel itu.
Nia perasan akan renungan Zafran, namun dia hanya buat tidak peduli. Asalkan dia tidak melebih-lebih, Nia boleh bersabar lagi.
Kalau Zafran berani sentuh dia, siaplah! Zafran memandang ke arah pipi kiri Nia. Perlahan-lahan, dia mengelus pipi mulus itu menyebabkan Nia terkejut.
"Apa ni? Tak payah sentuh-sentuh boleh tak?" Nia menepis jari suaminya. Kacau aje aku nak habiskan level ni. Dahlah level ni susah, omel Nia di dalam hati.
"Pipi Nia sakit lagi?" soal Zafran tiba-tiba. Nia mengerutkan dahi, tidak mengerti mengapa Zafran tiba-tiba bertanya soalan itu. Tiada jawapan daripada cik isteri, membuatkan Zafran kembali mengelus pipi Nia.
"Kat sini, bekas abang tampar Nia hari tu kan? Dan kat sini jugak, tempat arwah ayah tampar sayang kan?" Zafran merenung ke dalam anak mata Nia. Nia terkedu. Mana mungkin dia lupa.
"Abang mintak maaf, Nia. Abang tak boleh kawal emosi abang masa tu. Dan sebabkan abang jugak, arwah ayah tampar sayang walaupun sayang abang ni tak bersalah. Abang betul-betul mintak maaf, sayang," ucap Zafran, kesal.
Nia mencuba menahan rasa sebak dan ngilu di hati. Air matanya mula bertakung di kolam mata. Sakit di pipi, tak setanding sakit di hati. Hatinya lebih hancur dengan perbuatan kejam Zafran. Tanpa sedar, air matanya jatuh juga.
Zafran cepat-cepat menyeka air mata Nia. Berdosanya dia kerana membuat gadis itu menangis. "Abang mintak maaf, sayang," ucap Zafran lagi. Kali ini, dia mengucup dahi Nia, lama.
Nia memejamkan mata, sudah lama dia tidak merasai kucupan Zafran pada dahinya. Kali terakhir adalah semasa mereka akad nikah.
"Abang sayangkan Nia." Nia tersedar, terus sahaja dia menolak tubuh Zafran menjauhinya. Matanya memandang tajam ke arah Zafran sebelum dia bangun menuju ke arah bilik tidurnya. Pintu bilik dihempas, kasar.
Zafran terkedu dengan tingkah Nia itu. Bukan mudah, Zafran. Bukan mudah untuk Nia maafkan kau. Inilah natijahnya atas perbuatan kejam kau pada Nia.
Aku takkan putus asa untuk ambil hati dia. Aku sanggup buat apa sahaja, walaupun aku perlu serahkan nyawa aku sebagai galang ganti untuk kebahagiaan dia, janji Zafran.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romance⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...