Susah juga Nia hendak berjalan ke kelas dalam keadaan perut memboyot itu. Dia mengukir senyuman ke arah Maya dan Farhan yang sedang bersembang di koridor dewan kuliah.
"Hai, mak buyung. Duduklah," pelawa Maya. Nia melabuhkan duduknya dengan penuh berhati-hati. "Amboi, sedap mulut kau aje panggil aku mak buyung eh?" ujar Nia.
"Seronoklah dia mengata orang, Nia. Mentang-mentang sekarang dia dah kecut sikit," usik Farhan. Maya sudah mencebik. Nia menggelengkan kepala melihat telatah sahabat-sahabatnya.
Farhan dan Maya sudah mengikat tali pertunangan bulan lepas. Alhamdulillah, moga ikatan pertunangan mereka berkekalan sampai ke jinjang pelamin.
"Kecut eh? Awak ingat saya ni asam ke?"
"Eh, mengaku pun. Kalau orang tegur tu, masam aje mukanya. Sebijiklah macam asam kedut," usik Farhan lagi.
"Haih, korang ni. Dah bertunang pun perangai masing-masing tak nak kalah kan?" tegur Nia sambil menongkat badannya dengan kedua-dua tangannya.
"Apasal aku pulak kena mengalah? Bukan aku yang start dulu. Kan, baby Airin?" Maya mengusap perut Nia yang memboyot itu. Anak di dalam kandungan Nia bergerak-gerak di dalam perut membuatkan Maya sedikit teruja.
"Ha, kau tengok tu Nia. Anak kau pun setuju dengan auntie Maya dia tau? Baby Airin ni geng dengan auntie tau. Jangan geng dengan uncle Farhan bucuk tu." Farhan membulatkan mata mendengar kutukan tunangnya.
"Amboi, suka hati dia nak busukkan kita!" Farhan sudah mencekak pinggang. Nia tergelak lagi.
"Eh, dah-dah. Korang jangan nak bergaduh depan anak aku eh? Elok-elok dia nak dengar ilmu masuk hari ni, nanti lain pulak yang dia dengar," tegur Nia. Farhan mencebik ke arah Nia.
"Baby Airin mesti fokus nanti kan? Sebab papa awak yang akan mengajar nanti," beritahu Farhan. Nia memandang ke arah sahabatnya.
"Ouh, menarik ni. Kita tengoklah siapa yang tak fokus nanti kan? Baby Airin ke mama dia," usik Maya pula.
"Seriuslah, Farhan? Dia masih mengajar kita lagi walaupun kita dah semester tiga ni?" tanya Nia. Farhan mengangguk sambil mengerling ke arah cik tunang.
"Aku rasakan, betullah abang Zaf tu jodoh kau. Kau tolaklah dia berjuta kali pun, Nia. Dia tetap datang pada kau. Kan, baby Airin? Ni pun mungkin sebab berkat awak jugak ni. Awak nak mama dengan papa awak sama-sama sampai bila-bila kan?"
Anak Nia bergerak-gerak lagi. Kali ini lebih aktif daripada selalu, seolah-olah dia bersetuju dengan apa yang Maya katakan. Nia mengerutkan dahi apabila terasa anaknya menendang.
"Aduh, anak mama ni tendang mama kuat sangat, kenapa?" tanya Nia sambil mengusap perutnya.
"Wei, dia tendang perut kau ke?" soal Maya. Nia mengangguk. Sekali lagi anaknya menendang kuat. Nia mengaduh sakit. "Sayang?" tegur Zafran dari arah belakang mereka. Dia melabuhkan duduk di sisi Nia.
"Kenapa ni, abang dengar sayang mengaduh dari tadi. Sakit ke?" tanya Zafran sambil memegang perut isterinya. "Baby ni tendang kuat sangat. Aduh!" Nia mengaduh lagi tatkala dia terasa anaknya menendang perutnya dengan kuat.
"Anak papa ni, kan papa dah pesan jangan naughty hari ni. Mama nak masuk kelas, jangan bagi mama sakit. Nakal anak papa ni eh? Nak kena denda ni," ugut Zafran.
Nia pantas menghalang sambil membuat isyarat mata pada encik suami menandakan Farhan dan Maya sedang memerhatikan mereka.
Farhan dan Maya tersengih-sengih apabila melihat drama romantis di hadapan mereka. Zafran memandang ke arah isterinya sekilas sebelum memandang kedua-dua sahabat Nia itu.
"Korang ni buat apa lagi kat sini? Tak reti-reti nak masuk kelas? Mentang-mentang saya ada kat luar dengan buah hati saya ni, awak berdua pun join sekalilah? Masuk sekarang, kalau tak saya akan consider awak berdua lewat," ugut Zafran.
Maya dan Farhan pantas masuk ke dalam dewan kuliah. Nia turut sama hendak bangun untuk masuk ke dalam dewan kuliah apabila Zafran menarik pinggangnya.
"Apa ni? Saya dah lewatlah," tegur Nia.
"Sayang, kelas start pukul 10 pagi kan? Sekarang baru 9.45 pagi. Ada masa 15 minit lagi," balas Zafran sambil tersengih.
"Tadi awak cakap dengan budak berdua tu yang sekarang ni dah lewat untuk masuk kelas," ujar Nia.
"Untuk Nia, special case sikit. Sayang kena temankan abang sebelum abang mulakan kelas. Abang takkan tolak markah sayang, sebab ni consider as assignment sayang."
"Assignment menggatal?" perli Nia sambil menjongket keningnya. Zafran tersenyum sambil mengusap perut isterinya.
"Assignment love and care," bisik Zafran. Merona merah wajah Nia. Terasa bahagia dengan bisikan suaminya itu.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Любовные романы⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...