Suasana di dalam rumah agak janggal. Kalau dulu, penuh usikan dan gaduh-gaduh manja. Sekarang sunyi sepi. Nia memandang sekeliling rumah umpama selepas ini dia tidak akan jejakkan kaki di sini. Zafran tiada di rumah waktu itu kerana keluar bersama buah hatinya. Puas Nia memujuk hatinya supaya bersabar namun dia seringkali tewas.
"Ya Allah, kenapa pedih sangat mencintai lelaki bernama Izz Zafran? Kenapa perlu ada cinta dalam hati aku kalau cinta tu tak pernah wujud untuk aku? Tak bermakna ke kasih sayang yang aku beri pada dia selama ni? Kenapa susah sangat dia nak cintakan aku, ya Allah?" luah Nia, sebak.
"Sebab dalam hati aku memang tak ada ruang untuk kau, Nia Adellia." Nia menoleh ke arah Zafran yang berdiri membelakanginya.
"Bila abang balik? Nia tak sedar pun?" tegur Nia sambil mengukir senyuman.
"Nak sedar macam mana, kalau asyik meratap, merintih. So, sekarang macam mana? Kau dah give up untuk buat aku jatuh cinta dengan kau?" soal Zafran sekali lagi. Nia menggeleng perlahan.
"Tak. Nia takkan give up. Nia masih ada cara lain lagi untuk dapatkan cinta abang," balas Nia. Zafran ketawa sinis.
"Dengan cara berkorban macam ni? Kau ingat bila kau berjaya pujuk mama untuk izinkan aku kahwin dengan Hana, aku akan jatuh cinta pada kau? Kau silap besarlah, Nia.
Sekelumit pun aku tak peduli apalagi nak rasa terharu dengan apa yang kau buat untuk aku hari tu. In fact, bagus jugak kau pujuk mama macam tu.
Sekurang-kurangnya mama lembut hati untuk ikut kemahuan aku," ujar Zafran dengan hati yang puas. Puas kerana melihat air mata Nia mula mengalir deras.
"Boleh Nia tanya abang satu perkara?"
"Tanya apa?"
"Kenapa abang tergamak cakap yang Nia mandul? Padahal abang tahu kan yang kita-"
"Kita tak pernah bersama pun. Aku tahu dan aku sedar. Kau ingat, kalau aku tak cakap macam tu, mama akan bagi aku kahwin dengan Hana? Alasan zuriat tu, betul memang aku nak zuriat. Tapi bukan dari rahim perempuan tak tahu malu macam kau."
Allah, hinanya aku di mata suamiku.
"Kenapa abang cakap Nia perempuan tak tahu malu? Salah ke Nia nak pikat hati suami Nia? Lelaki yang halal untuk Nia?" tanya Nia, sebak.
"Memang salah! Aku benci kau sebab kau terima lamaran mama. Saat tu, aku dah berjanji dengan diri aku yang kau takkan hidup bahagia dengan aku. Kau nak sangat kan jadi isteri aku? Sekarang, kau hadaplah," balas Zafran.
"Nia cintakan abang daripada dulu lagi. Kenapa abang tak boleh bagi peluang pada Nia? Kalau Nia dapat kasih sayang abang walaupun sebesar zarah pun Nia dah bersyukur, abang. Tak adil abang bencikan Nia hanya sebab Nia terima lamaran mama."
"Dari awal lagi, cinta aku tak wujud untuk kau, Nia. Yang aku rasa untuk kau sebelum ni, hanya perasaan sayang seorang abang pada adiknya. Sekarang, aku benci kau, Nia Adellia.
Kau jangan salahkan aku sebab perasaan benci ni, kau yang tanam dalam hati aku. Kau punca sayang aku kat kau hilang sekelip mata.
Jadi, kau memang takkan ada peluang langsung untuk dapatkan cinta aku. Kau ingat benda tu sampai mati!" Zafran terus berlalu dari situ tanpa mempedulikan isterinya.
Nia hanya membiarkan air matanya mengalir deras di pipi. Hancur lumat hatinya. Puas dipujuk hati supaya berhenti mencintai Zafran namun semakin hari, perasaan sayang dan cinta itu makin mendalam di dalam hati.
Mana mungkin dia membenci Zafran? Zafran buatlah apapun padanya, cinta Nia padanya tidak pernah terpadam. Bodoh ke perempuan bernama Nia Adellia?
Bodoh ke Nia Adellia kerana masih tetap memilih untuk setia pada suami yang tidak pernah menghargai? Bodoh ke Nia Adellia kerana sanggup menelan segala caci maki suami yang tidak pernah mencintai?
Sampai bila Nia Adellia mahu terus menunggu, dan menunggu? Sampai bila baru Nia Adellia akan berhenti mengharap pada sesuatu yang mustahil untuknya?
Hanya Allah yang ada jawapannya. Kerana hati ini milik Allah. Allah Maha Berkuasa untuk membolak-balikkan hati manusia. Moga waktu itu Nia Adellia kuat, dan moga waktu itu Zafran belum terlambat.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romance⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...