Bab 17

694 10 0
                                    

Jam sudah menunjukkan jam 11 malam, namun kelibat Zafran masih tidak kelihatan. Hati Nia mula dipagut rasa risau. Berkali-kali dia cuba menelefon encik suami namun tiada satupun panggilan berjawab. Pesanan whatsapp pun tidak dibalas. 

Hanya blue tick yang dia terima. Nia memandang lauk-pauk yang terhidang di atas meja makan. Sayu hatinya namun dia cuba bersabar.

"Tak apa, Nia. Mesti abang banyak kerja tu," pujuk hatinya. Seketika, kedengaran bunyi pintu rumah dikuak dari luar. Pantas Nia bangun dari kerusi meja makan untuk menyambut kepulangan Zafran.

Seperti biasa, tangan dihulurkan untuk menyalami tangan Zafran. Dan seperti biasa juga Zafran menarik sebelum sempat Nia mengucup tangannya.

"Abang, jom makan? Oh, tapi Nia kena panaskan lauk dulu, sebab lauk dah sejuk. Sementara tu, abang mandilah dulu. Tapi, sorrylah, Nia tak boleh nak mandikan abang," usik Nia sambil tersengih. Zafran membuat muka meluatnya.

"Tak payah. Aku dah kenyang," balas Zafran sebelum berlalu untuk masuk ke dalam bilik. Nia pantas melelar lengan Zafran, menyebabkan langkah lelaki itu terhenti.

"Alah, kan Nia dah whatsapp abang bagitahu yang Nia masak malam ni. Kenapa abang makan kat luar?" tanya Nia. Bibirnya dicebik tanda merajuk.

"Lepaslah, Nia. Aku penatlah. Lagipun aku tak berselera nak makan bila tengok muka kau. Menyakitkan hati," ujar Zafran sambil menjeling ke arah Nia.

"Nia takkan lepaskan lengan abang, selagi abang tak makan masakan Nia. Sampai hati abang makan kat luar walaupun Nia dah masak," rajuk Nia. Zafran tahu, Nia memang takkan lepaskan pegangannya.

"Nia, aku cakap sekali aje. Lepaskan lengan aku sekarang," arah Zafran.

"Tak nak! Abang marahlah Nia macam mana sekalipun, Nia takkan lepaskan." Nia masih dengan keras kepalanya. Zafran mengetap gigi menahan geram dan amarah. 

Baru sahaja hatinya tenang dan gembira apabila berjumpa Raihana tadi, sekarang Nia kembali membuat hatinya diselubungi rasa amarah.

Dia merentap lengannya kasar namun pegangan Nia yang terlalu kejap pada lengannya itu membuatkan tubuh kecil isterinya jatuh dalam pelukan Zafran. Apalagi, tersengih lebarlah Nia Adellia dibuatnya.

"Ish, abang ni! Kalau nak bermanja pun, pergi mandi dulu. Lepas tu makan. Lepas makan, baru kita......" bisik Nia dengan nada suara menggoda. Zafran terus menolak Nia menjauhinya.

"Kau tak payah perasan sangat. Aku tak sengaja terpeluk kau. Dahlah badan macam papan. Pendek," kutuk Zafran. Nia terlopong mendengar kutukan suaminya.

"Papan? Pendek? Amboi, abang ingat abang tu perfect sangat ke? Apa abang ingat, badan abang tinggi macam galah tu, Nia tak boleh rapat dengan abang?" Serentak itu, Nia melompat ke atas badan Zafran menyebabkan Zafran hampir hilang keseimbangan. Lengan Nia dilelar pada leher Zafran.

"Kau nak buat apa ni?" tanya Zafran.

"Nak denda abang, sebab abang balik lewat, sebab abang tak nak makan masakan Nia, sebab abang kutuk Nia," balas Nia seraya merapatkan wajahnya pada wajah Zafran. Zafran pantas menolak tubuh Nia yang menempel padanya sehingga isterinya itu terjatuh di atas lantai.

Berkerut dahi Nia menahan sakit pada pinggulnya. "Kau jangan nak melampau sangat, Nia. Apa kau ingat kalau kau goda aku macam tu, aku nak jatuh cinta dengan kau? Lambat lagi, Nia Adellia. Apa yang kau buat ni, buatkan aku lagi benci kat kau," herdik Zafran.

"Abang cakaplah apapun, Nia tak peduli. Kalau abang tak nak makan masakan Nia, tak apa. Tapi Nia nak mandikan abang. Nia tak kira. Jadi abang ada dua pilihan. Nak makan masakan Nia, atau nak Nia mandikan abang. 

Pilih satu. Tapi kalau abang nak pilih dua-dua pun, Nia okey aje," balas Nia sambil tersengih nakal.

"Aku lebih pilih pilihan pertama. Kau pergi panaskan lauk kau yang tak berapa sedap tu. Lepas aku mandi, baru aku makan. Puas hati?" Zafran terus masuk ke dalam bilik sebelum sempat Nia membalas kata-katanya.

Oh, kutuk masakan aku ya? Tunggulah, Nia akan pastikan abang tak tidur lena malam ni sebab teringatkan masakan Nia. Bisik hati Nia.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now