Bab 40

1.1K 18 2
                                    

Zafran melangkah laju ke arah bahagian kecemasan hospital. Tatkala matanya tertancap pada figura Nia yang sedang duduk di atas kerusi di luar bilik pembedahan, laju sahaja langkahnya menghampiri isterinya. Nia yang menyedari kehadiran Zafran, terus bangun untuk mendapatkan suaminya.

"Abang-" Belumpun sempat Nia berkata apa-apa, tangan kanan Zafran sudah hinggap di pipi kiri Nia. Pipi yang terasa berpijar, dipegang. Nia memandang suaminya dengan raut wajah yang sayu. Tepi bibir yang terasa basah, disentuh. Ada darah mengalir.

"Abang, kenapa abang...."

"Kau buat apa kat Hana, hah? Kau sengaja tolak dia sampai dia kena langgar kan?!" tuduh Zafran. Nia menggelengkan kepalanya.

"Tak, abang. Kak Hana yang selamatkan Nia daripada kena langgar," jelas Nia. Ada getar di hujung ayatnya.

"Dia selamatkan kau?!" Tulang pipi Zafran bergerak-gerak, menahan amarah. Kedua-dua bahu Nia dicengkam kuat. Berkerut dahi Nia menahan sakit.

"Sakit, abang."

"Sakit? Kau tak fikir isteri aku tengah sakit kat dalam tu disebabkan kau? Hah?! Kau dengar sini, Nia Adellia. Kalau apa-apa terjadi pada isteri aku, aku takkan lepaskan kau. Kalau aku perlu bunuh kau sekalipun, aku sanggup! Kau ingat tu!" ugut Zafran sebelum menolak tubuh Nia ke dinding hospital.

Kepala Nia tidak sengaja terhantuk pada dinding. Mata Nia memang murah dengan air mata sejak kebelakangan ini. Laju sahaja air matanya mengalir. Dalam hati, dia berdoa agar Raihana selamat bersama kandungannya.

"Abang~"

"Kau jangan panggil aku abang. Aku jijik dengar panggilan tu dari mulut kau!" Kala itu, doktor keluar dari bilik pembedahan.

"Doktor, macam mana keadaan isteri saya?" tanya Zafran. Nia hanya memasang telinga sambil memegang belakang kepalanya yang terasa berdenyut itu. Ya Allah, janganlah jadi apa-apa pada Kak Hana dan anak abang. Doa Nia di dalam hati.

"Kami mintak maaf, encik. Isteri encik hilang banyak darah. Kami tak dapat nak selamatkan dia dan baby. Maaf sekali lagi, encik," ucap doktor itu seraya menepuk bahu Zafran.

"Baby?" ulang Zafran. Saat itu, kelihatan beberapa jururawat menolak stretcher yang membawa jenazah Raihana menuju ke bilik mayat. Zafran tidak henti-henti merenung jasad yang ditutupi kain putih itu.

"Ya, encik. Kami mintak maaf sekali lagi," ujar doktor itu sebelum berlalu dari situ. Zafran terkaku seketika sebelum merenung tajam ke arah Nia yang masih berdiri di tepi dinding itu.

"Kau tengok apa yang kau dah buat, Nia! Kau bunuh isteri dan anak aku! Kau memang perempuan tak gunalah! Sepatutnya kau yang mati! Kalau kau mati, baru aku puas hati!" amuk Zafran sambil merentap lengan Nia.

"Abang, Nia mintak maaf. Nia tak..."

"Puas hati kau sekarang, hah?! Kau ingat, bila kau bunuh Hana, kau boleh dapat aku? Dalam mimpi pun kau tak layaklah, Nia!" herdik Zafran.

"Tak, abang. Nia-" Nia mengaduh sakit apabila kuku Zafran mencengkam kuat pada lengannya.

"Aku benci kau, Nia Adellia!" ucap Zafran.

"Abang, tolonglah jangan cakap macam tu. Nia tak sanggup nak dengar dah. Nia sayangkan abang. Nia cintakan abang," balas Nia bersama air mata mengalir laju di kedua-dua belah pipinya.

"Sayang? Cinta? Hei, aku jijiklah dengar perkataan sayang, cinta yang keluar dari mulut kau tu. Kau dengar sini, masa hari pengebumian Hana nanti, aku tak nak tengok muka kau.

Kalau kau berani tunjuk muka kau depan aku, aku sendiri akan tanam kau hidup-hidup dalam tanah. Faham?!" Zafran mengugut. Nia sudah teresak-esak.

Zafran yang bengang apabila Nia hanya mendiamkan diri, mengalihkan tangannya pada kepala Nia yang dibaluti tudung hitam itu. Kepala isterinya dicengkam kuat.

"Kau dengar tak aku cakap?!" tengking Zafran.

"Dengar, abang..." Zafran terus menolak kasar tubuh Nia sehingga gadis itu terduduk di atas lantai. Tanpa membuang masa, Zafran melangkah menuju ke arah bilik mayat untuk melihat jenazah Raihana buat kali terakhir. Sedikit pun dia tidak mempedulikan Nia.

Nia menghamburkan tangisan sepuas-puas hatinya. Murah betul air matanya sejak belakangan ini. Ya Allah, kenapa bukan aku yang kena langgar tadi? Kalau aku yang mati, mesti abang takkan sedih macam ni. Kenapa bukan aku, ya Allah? rintih hati Nia.

Dia tidak kuat. Kepala Nia terasa berat tiba-tiba. Matanya berpinar. Tubuhnya terasa lemah. Nia rebah di atas lantai hospital.

MR. ICY LECTURER (complete ✅)Where stories live. Discover now