"Hah?! Seriuslah Nia? Kau bagi abang Zaf kau tu kahwin dengan perempuan lain?" Nia pantas menutup mulut Maya. Maya ni, kalau dah terkejut memang tak reti nak kawal nada suaranya. Kalau boleh, dia nak biar satu universiti dengar suara dia.
Nasib baiklah ketika itu hanya mereka berdua di dalam kelas. Pelajar-pelajar lain masih belum muncul. Biasalah, awal pagi begini, mana ada orang rela nak bangun awal.
"Aku tak main-main, Maya. Memang abang nak kahwin lain, dengan perempuan yang dia cinta," balas Nia. Maya memeluk tubuhnya, menahan geram. Nia terhibur seketika melihat tingkah sahabatnya itu.
"Habis tu, kau tak marah? Tak rasa sedih ke sebab suami nak kahwin lain?" soal Maya.
"Tipulah kalau aku kata aku tak marah, tak sedih, tak kecewa. Tapi apa yang aku boleh buat? Kalau aku tak izinkan dia kahwin lain, dia nak ceraikan aku, Maya. Kau tahu kan betapa sayangnya aku kat dia?" luah Nia.
"Ya, Nia. Aku tahu kau sayang sangat kat suami kau tu. Tapi tu tak bermakna dia boleh mainkan hidup kau. Hisy, geram pulaklah aku dengan laki kau ni. Aku nak pergi brainwash dia kejap!" Nia terus memaut lengan Maya, menghalang gadis itu pergi.
"Jangan, Maya. Jangan buat kecoh pasal hal ni. Nanti kantoi-" Nia menghentikan ayatnya sebaik dia menyedari dia hampir terbocor rahsia.
"Kantoi? Kantoi apa?" Maya membulatkan matanya.
"Suami kau suruh kau rahsiakan perkahwinan korang? Sebab tu kau tak pakai cincin kahwin kau?" tebak Maya. Nia hanya tunduk membisu. Kedengaran Maya beristighfar.
"Apa masalah dia eh? Dia nak nafikan hak kau sebagai isteri dia pulak ke?"
'Hak tu dah lama dinafikan, Maya. Sampaikan dia sanggup tuduh aku mandul, sedangkan dia tak pernah sentuh aku.' Hanya suara hatinya yang berbisik ayat itu.
"Maya, please. Aku tak nak benda ni heboh. Cukuplah kau sorang aje yang tahu," rayu Nia.
"Mak mertua kau kata apa? Takkan dia senang-senang boleh terima alasan bodoh laki kau tu kan?" soal Maya lagi. Dia kenal Datin Zahra. Bukan senang Datin Zahra hendak menerima pendapat orang lain.
"Abang Zaf tu tetap anak dia, Maya. Kebahagiaan seorang anak tu segala-galanya bagi ibu bapa," ujar Nia.
"Tak, aku tak percaya cakap kau. Kau cakap jujur dengan aku sekarang. Apa yang abang Zaf tu cakap kat mama dia sampai mama dia setuju aje dia kahwin lain?"
"Assalamualaikum!" Kedengaran suara Farhan memberi salam. Nia menoleh sebelum menyeka air matanya. Nasib baik Farhan sampai waktu ni. Kalau tak, jenuh dia hendak bersoal jawab dengan Maya.
"Eh, Nia? Awak menangis ke?" tanya Farhan, prihatin.
"Taklah. Mata saya masuk habuk sikit. Tadi Maya dah tiupkan, dah okey dah," bohong Nia. Maya mengerling sahabat baiknya. Kau bohong lagi, Nia. Tapi tak apalah bohong kat Farhan. Bukannya Farhan tahu pun status Nia yang sebenarnya.
"Yeke? Saya ingatkan awak menangis. Memang saya takkan lepaskan orang yang buat awak menangis." Farhan terus mengepal penumbuk. Maya menjongket kening ke arah Nia.
"Amboi, kemain nak protect buah hati ya?" ujar Maya.
"Mestilah. Saya tak nak tengok orang yang saya sayang sedih," balas Farhan sambil tersenyum ke arah Nia. Maya menganggukkan kepalanya.
"Hah?" Nia blur seketika.
"Tak ada apa-apalah. Ni, jadi tak kita nak siapkan group assignment kat library?" Farhan terus menukar topik perbualan.
"Eh, jadilah. Minggu depan nak kena hantar kan? Lepas habis kelas ni kita pergilah," balas Nia. Maya dan Farhan hanya bersetuju.
YOU ARE READING
MR. ICY LECTURER (complete ✅)
Romance⚠️Strictly NO PLAGIATE!! ❗Idea penulis 100% ❗Sebarang kesamaan adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan Benar, jodoh di tangan Tuhan. Jodoh datang dengan pelbagai cara. Dijodohkan dengan lelaki yang amat dicintai sejak kecil, adalah impian seo...