Part 1

17.7K 506 29
                                    

Aku berhenti dilampu isyarat bila kereta depan juga turut berhenti kerana lampu sudah merah. Didepanku adalah kereta Honda Civic.

'Honda civic. Mesti dia tengah intai aku ni'

Aku ketawa sendiri dengan kata hatiku. Setiap kali pun aku berhenti dilampu isyarat, setiap kali itu jugalah aku akan perasan. Perasan yang akan ada lelaki dimana-mana kereta yang pernah bertembung denganku meminati aku.

Berangan tak habis.

Aku meneruskan pemanduan aku. Tujuan aku hari ini adalah tiada. Saja nak bazirkan minyak kereta. Nanti boleh minta duit dengan abah. Sambil tu dengar mama membebel sebab aku asyik minta duit tapi masih tak mahu bekerja.

Alah... bukan aku tak mahu bekerja tapi bila kerja asyik tak nak menjengahku apatah lagi melamarku. Sudah beratus resume aku kirimkan tapi hanya beberapa syarikat saja yang memanggil aku untuk ditemuduga. Malangnya, sampai sekarang tak ada yang panggil untuk bekerja.

Nak bekerja dengan syarikat abah, tapi abah tak izinkan. Katanya, biar aku cari pengalaman kerja ditempat orang. Bila aku sudah mahir dan punya pengalaman, baru dia akan menjemputku untuk berkhidmat untuknya.

"Bolehkah awak lakukan kerja-kerja yang kami berikan. Event Supervisor bukan kerja yang boleh duduk saja. Kamu kena banyak bergerak tapi dengan keadaan fizikal awak sekarang ni..."

Arhhh....!!! Kata-kata 'positive' dari salah seorang penemuduga itu benar-benar menguji kesabaranku. Pandang aku sebelah mata. Kalau aku rasa tak mampu, takkan aku mohon jawatan itu. Kalau aku tak yakin, takkan aku datang ke situ untuk ditemuduga.

Stekma masyarakat.

'Orang badan besar, susah nak gerak dan pemalas'

Hakikatnya, orang yang berbadan besar lebih berjaya andai tiada orang yang prejudice macam ni. Tapi, kena terima kenyataan yang aku tak ada kemampuan untuk mengubah apa yang orang lain fikirkan. Terpulang pada mereka. Aku yakin, pasti ada yang akan percaya kepada kredibiliti aku.

"Cubalah kau tu kuruskan badan kau tu. Baru senang nak dapat kerja"

Bila ucapan itu dari mama sendiri. Kau rasa???!!

Patutlah aku ni susah nak dapat kerja. Rupanya, mama sendiri yang doakan aku hanya akan dapat kerja bila aku kurus. Macam tu memang sampai bila-bila pun, aku akan menjadi seorang penganggur sebab aku tak pernah ada keinginan untuk kurus.

Tak Pernah??

Ya lah, Sebagai perempuan, memanglah aku ada juga keinginan untuk tampil cantik dan menarik tapi bila aku kenangkan semula...

Aku rela jadi gemuk dan gebas dari kurus melidi yang seksi dan seksa. Aku tahu keinginan aku untuk kurus tu supaya aku boleh sentiasa pakai skirt dan dress yang meletup-letup tu. Yang nampak hot and seksi. Aummmm...

Astagfirullahalazim... minta simpanglah...

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now