"Anak, umi dan walid bukan tak sayang awak tapi kami minta maaf. Kami lalai menjaga awak. Mungkin ini yang terbaik buat awak dan kami buat masa ni." Kataku sambil mengusap perutku.
Aku lihat dia yang sedang terlantar tak sedarkan diri. Bernafas dengan bantuan oksigen yang diberikan pihak hospital. Tangan dan kakinya berbalut. Bersimen. Kata doktor, mujur dia tidak ada apa-apa penyakit dan kakinya cuma retak sedikit. Namun, masih perlu disimen agar tulangnya boleh terus bercantum.
"Habib minta maaf , ya khayla." Itu kata terakhirnya sebelum kemalangan berlaku.
Kereta yang dipandu Iwan terbabas kerana mengelakkan sebuah motor yang tiba-tiba masuk ke lane kami. Iwan sewaktu itu tidaklah laju tapi disebabkan dia menghentam pembahagi jalan bersimen itu, keretanya teruk. Remuk. Mujur dia pakai seat belt, makanya dia tidak terhantuk ke stering kereta kerana airback juga berfungsi dengan baik. Namun, remuk kerana hentaman itu telah mengakibatkan tangannya dan kakinya terhimpit.
Aku sepatutnya tidak mengalami kecederaan kerana aku tidak terkena. Hakikatnya aku hanya mengalami kecederaan ringan tapi anak aku keguguran kerana hentakan kuat dan seat belt itu memburukkan lagi keadaan aku bila ia menghalang aku dari terhantuk kedepan. Ia telah mengakibatkan tekanan demi tekanan untuk kandungan aku yang sudah berusia 5 bulan.
Aku pejam mata. Memegang perutku. Menahan sakitnya. Kesakitan waktu itu masih dapat aku rasai. Iwan sudah tidak sedarkan diri sehingga sekarang.
Kalau perempuan lain yang keguguran, pasti sedang dipujuk oleh suami. Aku? Aku perlu pujuk diri sendiri kerana suami aku sedang terlantar. Berjuang antara hidup dan mati. Masih bernafas walaupun sudah 4 hari terlantar disitu. Aku sebenarnya sudah dibenarkan pulang namun aku pilih untuk terus berada disini.
Mudah untukku sentiasa ada disisinya. Lagipun, kalau aku balik, pasti Mami tak bagi aku datang melawatnya. Mami kata, aku masih perlu berpantang. Walaupun aku sekarang berada dihospital, tapi Mami tetap datang membawa ubat-ubat yang pahit untuk aku minum. Dia yang menjaga makan minumku. Mujur Mami tahu memandu. Keretaku digunakan untuknya berulang-alik dari rumah ke hospital.
Kata Mami, kereta Iwan sudah di claim sebagai total lost. Laporan polis juga sudah dilakukan. Hanya menunggu Iwan sedar untuk membuat laporan sekali lagi. Aku tak nak ambil tahu tentang itu. Yang aku mahu tahu, bila suamiku mahu sedar?
Aku bangun perlahan. Aku dekatinya. Duduk disebelah kirinya. Tangannya aku gengam. Hati ini terasa mahu baring disebelahnya. Ingin berada didalam pelukannya. Ingin memeluknya. Tapi aku bukan berbadan kecil yang boleh muat untuk baring sekatil dengannya macam Farina dan Darwish. Lantas, menggengam tangannya begini pun sudah cukup baik untukku.
Doktor pun tak faham kenapa dia maih belum sedar. Dia tidak mengalami kecederaan dikepala. Sepatutnya dia boleh sedar selepas kemalangan. Doktor ada bertanya aku seandainya dia mengalami gangguan emosi sebelum kemalangan berlaku.
Sebetulnya, sebelum kemalangan itu berlaku, kami memang ada pertelingkahan. Urusan kerja. Selalunya kami bergaduh juga tapi entah kenapa kali ini pergaduhan itu jadi semakin besar sehingga dia menengking aku. Perkara yang tidak pernah dilakukannya. Pekerjanya juga hairan kenapa dia sehingga menengking aku. Semua terdiam waktu itu.
Entah. Semenjak aku mengandung, emosi aku tak stabil. Tapi bukan sekadar aku. Iwan juga mengalami masalah mengawal emosi. Oleh itu, hubungan suami isteri kami yang selalu aman dan tenteram selalu saja diragut dengan pelbagai isu. Semuanya membuatkan kami bergaduh. Tapi pergaduhan itu tidaklah berpanjangan. Sekejap saja, lepas tu kami baik semula.
Tengahari itu entah kenapa dia tengking aku hanya kerana aku lupa nak ingatkan dia tentang temujanji petang itu. Benda kecil lagipun bukan urusan penting pun. Sekadar melakukan lawatan ke anak syarikatnya. Tapi dia tengking aku.
"Habibi, sedarlah. Khayla minta maaf sebab buat habibi marah." Kataku.
Aku merapatkan lagi kerusi ke katilnya. Aku peluk dia. Meletakkan kepalaku disisinya. Tangan kirinya aku letakkan dibahuku.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...