Part 3

8.6K 357 19
                                    

Perh!!! Hendsomenya...

Memang betul handsome. Aku tak tipu. Kulit dah lah sawo matang, mata dia bersinar. Macam ada air pula dekat mata tu. Itu belum lagi cite pasal hidung dia yang mancung tu dan bibir dia yang nipis. Ditambah lagi dia pakai kemeja yang fit dan dilipat lengannya. Memang seksi.

"Please lah jangan duduk depan aku ni." Kataku perlahan. Lebih pada diri sendiri.

"Ha?" Tanya Norli yang sedang khusyuk menguis Snowy Ice Mango.

"Abaikan" Kataku.

Memang tak akan aku cerita pada dia tentang lelaki itu. Lelaki yang kacak dan bergaya macam tu kalau Norli nampak, maunya aku malu setahun. Dia bukan boleh tengok lelaki kacak, nanti dia tenung lelaki itu macam nak tembus. Itu belum lagi kalau gila dia sampai. Mahu dia pergi duduk semeja lelaki itu.

Tak sanggup aku nak hadapi situasi memalukan itu.

"Aku tahu kau crash dengan lelaki yang baru masuk tadi. Kau ni memang tak ada test lah. Carilah yang kulit putih melepak. Itu baru namanya handsome" Kata Norli selamba saja tanpa menghiraukan orang lain.

"Tak payah nak cakap macam buat announcement. Dia belakang kita saja. Nanti dia terdengar pula." Tegurku.

Hakikatnya, aku tak suka Norli bercakap main ikut sedap mulut saja tanpa fikirkan perasaan orang. Aku pun terasa sebab aku pun taklah putih. Atleast mamat tu kulit sawo matang, aku ni hitam manis. Terasa tau. Mentang-mentanglah kulit dia tu putih. Pandang orang kulit tak cerah ni sebelah mata pun tak mau.

Nyampah, mak jah!

"Sorry, did you ladies talking about me?" Tegur mamat yang aku pandang tadi. Dia berdiri antara aku dan Norli.

Aku buat tak tahu saja, biarkan Norli yang menjawab. Aku tak nak masuk campur. Bukan aku yang bercakap tentang dia tapi Norli. Aku cakap dalam hati. Tak ada komen negatif.

"Handsome sangat ke kau untuk kami cakap pasal kau?" Tanya Norli menjawab soalan mamat tu.

"Tak handsome ke I untuk you all mengata?" Tanya mamat tu kembali.

"Memang tak handsome pun. So, tak ada sebab pun nak mengata ke nak mengumpat ke nak bercerita tentang kau" Jawab Norli selamba. Dia menyudu ais yang memang ada dihadapannya itu. sedikit pun tak peduli muka mamat tu yang tengah benggang.

Aku bangun. Drama ni kalau tak ada orang masuk campur, mahu satu kedai ni jadi penonton. Aku bukan tak tahu yang Norli memang pakar dalam bab perlawanan mulut. Dan aku rasa mamat depan aku ni pun macam selalu jadi juara cari pasal.

Muka saja handsome tapi mulut macam minah ni. Longkang.

"I'm so sorry. Cousin I ni baru lepas gaduh dengan boyfriend dia. Masalah rumahtangga" Aku meminta maaf sambil mereka cerita untuk buat drama ni nampak lebih cliche. Norli buat muka menyampah. Tahu dah dia yang aku ni memang suka mereka cerita.

"I see. No wonder boyfriend dia buat perangai sebab perangai dia pun macam sampah" Balas mamat tadi.

"By the way, I'm Rizal. You may call me Riz" Sambungnya memperkenalkan dirinya padaku.

Dia menghulurkan tangannya kepadaku. Aku pandang dia. Aku ni bertudung, takkan dia tak tahu batasan antara lelaki dan perempuan. Aku tarik nafas. Salamnya aku sambut. Courtesy.

"Tak payah nak salam sangat. Orang kurang agama. Tak tahu agaknya yang lelaki dan perempuan itu haram bersentuhan." Kata Norli sambil menjeling tautan salam kami. Segera aku menarik tanganku.

"It's call courtesy, Norli" Jawabku perlahan sambil duduk semula.

"Dalam Islam tak ada makna courtesy. Itu semua dakyah-dakyah palsu. Courtesy nak dibenarkan adalah berlapik" Balas Norli.

Malu sih. Benda basic macam ni pun aku boleh redah kasi pecah. Macam mana boleh lupa nak bubuh lapik masa bersalam tadi? Ini tak lain tak bukan, mesti sebab perasaan nak sangat rasa tangan mamat handsome ni lah ni. Adoi... Allah, maafkan aku.

"Nama you siapa?" Tanya Riz.

Dengan tak malunya dia ambil kerusi dan duduk diantara kami. senyum saja dia bila pandang aku. Aku tak adalah cair pun dengan senyuman dia tapi aku suka tengok dia senyum. Suka bukan maknanya serahkan hati pada dia atau jatuh hati cuma suka.

"Saya Nisa. Panggil Nisa. Yang ni Norli." Aku dengan ramah menjawab.

Norli mencemekkan mukanya. Nampak benar dia tak suka dengan mamat ni.

"Lagi nak tahu apa? No telefon? Alamat? Birthday?" Norli melepaskan nada tak puas hati.

"Nak bagi ke?" Tanya Riz semula.

"Riz, saya rasa baik awak pergi duduk tempat lain. Saya rasa nak balik lah. Saya tak suka kecoh-kecoh kat tempat awam ni." Kataku dan segera menarik tangan Norli untuk bangun bersamaku.

"At least give me your phone number. Nanti boleh I call or whatapp you" Kata Riz yang turut bangun.

"Next time." Kataku dan terus berlalu.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now