Apa perasaan aku? Entah. Tak tahu nak rasa apa. Nak menangis, ini keputusan aku. Aku yang beria-ia nak mereka berdua bersatu. Nak marah pun tak boleh. Aku yang pujuk mereka untuk terima cadangan aku ni. Nak sedih, aku dah kata aku gembira. Maka sedih itu untuk apa?
"Khayla, masih belum terlewat nak batalkan kerja gila ni." Kata Iwan. Memegang tanganku. Menghadap aku. Merenung mataku.
Aku usap pipinya. Aku angkat tangannya. Aku cium. Aku senyum. Dia kaku. Aku letakkan tanganku dipipinya dan memaksakan senyuman dibibirnya. Tapi dia masih tidak beriak apa pun.
"Kita dah janji dengan pihak keluarga perempuan. Tak baik mungkir janji dan memalukan keluarga Anis." Kataku.
Aku bangun dari dudukku. Mengeluarkan baju melayu warna putih gading yang ditempah seminggu lalu. Cepat dan kemas jahitan si tukang jahit. Aku suka jahitannya itu.
"Lagipun, inikan antara kebahagian habib." Sambungku.
"Kebahagiaan habib dengan khayla, Mami dan anak kita, Sufi Asfa dan adik-adik dia." Tegas Iwan.
"Anis juga kebahagiaan habib. Kalau tidak, takkan habib cari dia dulu, kan? Masa mula-mula Nisa larikan diri dari habib" Balasku.
Dia nak buka mulut. Aku sambung kataku.
"Sudahlah habib. Jangan argue lagi. Hari ni dah hari nikah dah. Kalau habib dengan Anis tak ada apa-apa, kenapa akhirnya terima juga? Mestilah sebab ada sesuatu dalam hati tu. Kan? Jangan risaukan khayla, khayla masih ada disini. Bila giliran khayla, habib datang ke sini. Ini bilik kita. Atau boleh saja buat ini bilik habib. Siapa punya giliran, dia yang akan duduk dalam bilik ni." Cadangku.
Aku rasa pedih sekali dihati dengan cadanganku itu terutama yang terakhir. Memikirkan perempuan lain berada diatas katil kami, aku rasa sakit sangat. Tersangat sakit. Aku yang sedang membelakanginya memegang dadaku. Betul, terasa sakitnya.
"Tak. Anis akan duduk dirumah mak dia." Kata Iwan.
Aku senyum. Terasa lega sekali hati ini. Sekurang-kurangnya kami tidak berkongsi bilik yang sama mahupun katil yang sama. Aku masih ada hak sepenuhnya keatas Iwan bila tiba waktuku.
"Khayla fikir tak kalau nanti Anis tak sudi nak berkongsi dan dia minta habib lepaskan khayla." Tiba-tiba Iwan mengutarakan sesuatu yang paling aku bimbangkan.
Aku tersentak.
"Takkanlah. Anis mesti tahu yang kami berkongsi kasih. Lagipun, takkan habib nak tinggalkan khayla dan Sufi Asfa." Kataku. Menyedapkan hati sendiri.
"Masa tu mungkin habib tak kisah sebab dah ada anak dengan Anis." Katanya lagi.
Aku yang sedang memakaikan butang bajunya terhenti seketika. Macam mana kalau benda tu berlaku? Aku diceraikan dan akan berjauhan dari Iwan. Kenapa aku yakin sangat yang Iwan tak akan tinggalkan aku bila dia dan Anis sudah ada anak?
"Takkan habib tak sayang Sufi. Dia kan bukti pertama cinta kita." Kataku. Suaraku sudah sedikit kendur.
"Kita tak tahu masa depan, khayla. Batalkan ya benda ni. Batalkan ya?" Katanya.
Aku geleng.
Tak. Aku sudah berjanji dan aku juga tidak mahu memalukan keluarga Anis. Mereka pasti malu andai Anis tidak jadi menikah. Mereka pasti marah dan akan menyimpan dendam. Tak. Aku tak nak susahkan orang. Aku menjauh darinya. Dia tahan aku dengan memegang tanganku.
"Khayla. Please. Think about me. About us." Suara Iwan sudah naik tinggi. Bukan marah cuma nak buat aku sedar yang aku masih ada masa.
"Tak habib. Ini memang untuk kebaikan habib. Nisa mungkin percaya kalau korang kata meeting as friend tapi kawan apa kalau keluar dari lif hotel? Bukan sekali khayla nampak. Sudah berkali-kali." Kataku.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...