Aku sedang duduk melepak di kerusi sambil mendengar bunyi deruman air terjun. Nisa yang bersungguh minta aku berhenti disini. Dia sibuk dengan kameranya manakala aku pula dibiarkan keseorangan disini.
Aku lihat dia sudah ada diatas. Nampak gemuk tapi hati cekal gila memanjat air terjun tu. Berdiri dibatuan. Mengambil gambar air terjun Lata Iskandar. Asyik betul.
"Iwan, singgah sini juga? Nisa mana?" Farina datang menegurku. Aku pandang kearahnya sebelum memuncungkan bibirku kearah Nisa.
Farina ketawa.
"Dia memang gila photography. Seronok bercerita dengan dia tentang photography. Even dia amature tapi dia sangat tau apa yang dia nak dalam setiap gambar dia. I'm so impress dengan pengetahuan dia. Such a brilliant girls." Komen Farina dan duduk disebelahku tanpa aku pelawa.
Memang dia orang berdua ni boleh duduk semeja. Semalam semasa di ladang strawbery, ladang lavender dan time tunnel, syok saja mereka berdua bertukar-tukar pendapat tentang gambar yang mereka ambil. Malam masa makan, takhabis-habis cerita pasal fotografi. Aku dah terasa macam tak wujud.
"Hey, sebelum I lupa lagi. Nah." Farina sedang mencari sesuatu didalam beg tangannya sebelum menyerahka thumb drive kepadaku. Aku ambil dan tunjukkan kembali menatang itu kepadanya.
"Saja nak bagi. Nanti you tengoklah." Katanya. Aku jongket bahu dan menyimpan thumb drive itu kedalam poket seluarku. Kami kemudian sama-sama memandang kearah Nisa. Nisa yang perasan kehadiran Farina melambai-lambai kearah kami.
"You tau tak yang you beruntung sebab dapat bersama dengan perempuan yang cintai you sepenuh hati. Asalnya, I nak juga pikat you. Yalah, you handsome and loving. Perempuan mana tak nak. Tapi bila I tengok cara you pandang dia dan dia pandang you, I tahu, I tak mungkin boleh ada diantara both of you. She means everything to you so do her." Kata Farina tiba-tiba sekaligus memecahkan sunyi diantara kami.
Aku senyum. Maknanya lakonan aku sangat berjaya sampaikan Farina yang baru kenal aku pun kata aku macam tu. Rasanya, bangga dengan diri sendiri. Kalau aku pelajon, mesti sudah dinobatkan dengan anugerah pelakon lelaki harapan terbaik.
"Abang Iwan, tolong ambil gambar kami." Kata Nisa yang baru turun dari tempat dia bertapa tadi.
Dia menyerahkan kameranya kepadaku. Mengarahkan aku untuk berdiri dimana dan gambar yang bagaimana dia inginkan. Berbagai gaya dan aksi mereka berdua buat berlatar belakangkan kawasan sekitar Lata Iskandar itu. Sehinggakan deretan kedai menjual cenderamata dan kedai jual goteng pisang itu pun boleh menjadi latar gambar mereka berdua.
Penat aku nak layan. Semalam, aku offer diri nak ambil gambar dia, langsung tak nak. Asyik berdua saja dengan kameranya sehingga meninggalkan aku sentiasa berdua dengan Farina. Terpaksalah aku jadi model Farina dan mendengar semua celotehnya yang bukan dalam minat aku. Hari ni, sibuk bergambar sakan. Arah aku ini dan itu.
"Meh, kamera Nisa tu. I ambilkan gambar korang berdua." Farina menghulurkan tangannya meminta kamera Nisa diserahkan kepadanya. Terus saja aku berikan kepadanya dan berdiri disebelah Nisa.
Selama kami berdia disini, tak ada pun gambar aku dan Nisa. Bukan, sejak aku dan Nisa naik ke Cameron Highland ni. Langsung tak ada. Tak teringin pun nak ambil gambar berdua. Ini sebab aku dah penat jadi tukang ambil gambar.
"Kak Fina, ambil gambar bawah jambatanlah." Cadang Nisa.
"Ada ke bawah jambatan. Tak romantik langsung Nisa ni." Bantahku.
"Apehal nak romantik dengan abang Iwan. Tak kuasa." Balasnya.
Aku senyum saja tapi tetap mengikutnya berjalan ke bawah jambatan. Bukan apa, risau dia jatuh ke dalam air. Dengan badan dia tu, rasanya tak stabil. Tapi aku tengok dia selamba saja. Aku yang takut. Takut dia jatuh.
Bila kami sudah sampai dibawah jambatan, aku meletakkan tanganku diatas kepalanya seakan memayunginya dari terkena air. Dia menepis dan suruh aku pandang kamera. Geram pula hati kita. Bila saja Farina bersedia untuk menekan butang capture, aku meletakkan tanganku dipinggangnya.
Dengan garangnya dia menepis dan memarahi aku. Dia tolak aku sedikit sebelum gerak kearah Farina. Sempat juga dia menjeling aku. Jelingan maut itu aku balas dengan senyuman gaya nak goda. Biar Farina nampak dan makin terpedaya dengan lakonan mantap aku. Aku mendekati mereka
"Meh, Kak Fina. Nisa ambil gambar akak dengan abang Iwan." Katanya dan menghulurkan tangannya untuk mengambil kameranya kembali.
"Tak nak lah." Tolak Farina.
"Alah, buat kenangan. Nanti Nisa email kat akak. Kad akak tu ada kan email adress akak? Nanti akak buatlah penilaian. Kot bagus hasilnya, akak ambil saya kerja dengan akak. Bosanlah kerja dengan abang Iwan ni. Asyik kena ikut dia saja." Rungut Nisa.
"Farina, I won't allow it to be happend. She's mine. Dia kena ada sentiasa dengan I. Nanti I rindu macam mana?" Kataku. Farina geleng dan ketawa dengan telatah kami.
"She so talented tau. Sayang kalau perap dia dibawah ketiak you." Kata Farina bila ketawanya reda.
"Tak apa, biar dia upload semua dalam blog dia. Ramai tau followers dia. Nanti you follow lah blog dia." Balasku semula.
"Oh, yeke? Tak cerita pun semalam." Farina memandang Nisa.
"Seganlah"
"Dia mana pernah bagitau orang. I pun tau kebetulan saja. Kalau tak, haram tak dibaginya kita ni tengok." Kataku.
"Sibuk saja abang Iwan ni. Dah, jomlah balik. Kak Fina, balik dulu. Tapi sebelum tu, satu gambar korang berdua." Dan dia terus snap gambar aku dan Farina.
"Apa main candid ni. Cepat ambil gambar abang dengan Farina posing." Arahku. Aku dah bersedia untuk posing tapi dia terus berpaling. Farina pandang aku. Aku angkat bahu.
"Kita selfie sajalah." Kataku dan terus mengeluarkan telefon bimbit dari poketku.
"Jangan lupa tengok isi dalam thumb drive yang I bagi you tu." Pesan Farina sebelum kami berpisah.
Aku hanya angguk dan masuk ke kereta. Nisa melambaikan tangannya sebelum masuk ke dalam kereta. Farina melambai kami sehingga kami hilang dari pandangan matanya.
"Cantikkan kak Fina tu. sepadan dengan abang Iwan." Katanya setelah lama kami membisu.
"Cemburu ke? Tak payah nak cemburu, abang Iwan ni setia orangnya. Hanya untuk Nisa." Balasku. Manis sekali ayat yang aku tuturkan. Ini kalau tak tergoda juga, tak tahulah.
"Tak adalah cemburu apa. Cuma kalau abang Iwan dengan kak Fina, barulah sama cantik dan sama padan. Bagai pinang dibelah dua." Suaranya sudah mula kendur.
Aku senyum.
Cemburulah tu. sabar ye sayang. Tak lama saja lagi untuk kita tamatkan permainan ini. Lepas ni kau dah tak payah nak cemburu lagi sebab aku akan buang kau terus dari hidup aku. Masa tu kau dah benci aku.
Hahaha... Aku ketawa didalam hati...
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...