"Tahniah Puan, Encik. Puan Nisa disahkan mengandung." Dr Syifa mengesahkan kehamilanku.
Alhamdulillah. Subhanallah. Terima kasih, Ya Allah.
"Alhamdulillah." Ucap Iwan. Aku senyum. Menggosok perutku.
Tepatlah tekaan Mami. Mami kata Iwan muntah dan aku pening kerana pembawakan budak. Kami tak percaya. Mami yang paksa kami ke klinik. Dan keputusannya. Positive. Masin mulut Mami.
"Kandungan puan saya anggarkan sudah berusia 8 minggu." Kata Dr Syifa lagi.
"8 Minggu? Ala... Ingatkan anak come back." Kata Iwan dalam senyuman nakalnya.
Ada ke ada anak come back. boleh main come back pula. Dr Syifa sudah mengerutkan dahinya. Aku ketawa kecil. Aku faham maksudnya itu. Makna anakcome back itu adalah anak terhasil sewaktu kami berbaik. Sah-sah 2 hari selepas kami kembali baik semula, aku datang bulan. Apalah.
Kami keluar dari bilik doktor selepas mengucapkan terima kasih. Tak sabar nak balik dan beritahu mami berita gembira ini.
"Kita singgah rumah mama, nak? Bagitahu mama dulu sebelum kita balik dan sampaikan berita ini kepada Mami." Cadang Iwan.
Aku geleng. Aku mahu mami tahu dulu. Mami yang sabar dengan segala macam perilaku sumbang aku dulu. Tak seperti mama dan abah yang membuang aku. Jadi, Mami kena tahu dulu.
"Marah pada mama dan abah lagi ke?" Tanyanya.
Aku geleng.
"Khayla pun tahu kan kenapa mereka buat macam tu semua. Mereka sayangkan kita. Mereka ambil berat. Mereka nak kita sentiasa bersama dan bahagia." Pujuk Iwan.
"Tapi bukan dengan membuang khayla. Khayla ini anak mereka. Anak kandung mereka. Kenapa sampai nak buang khayla?" Luahku.
"Mereka bukan buang tapi memberi kata dua." Iwan cuba untuk mempertahankan mereka.
"Tak kisah. Pokoknya, Mami dan habib boleh bersabar kenapa tidak mereka. Mereka kenal Nisa dari Nisa dalam perut mama lagi. Mereka sepatutnya lebih faham Nisa dan lebih bersabar dengan Nisa." Kataku.
"Cuba khayla fikir. Kalau mereka sebelahkan khayla. Adakah khayla akan sedar? Adakah khayla akan mempertahankan rumahtangga kita? Khayla perasan tak, selepas mama mengamuk, khayla dah jarang minta cerai dari habib masa tu. Khayla rasa kalau dah setiap hari khayla minta cerai dengan habib, adakah kita akan jadi macam sekarang? Sekali lagi Allah bagi kita rasa bahagia. Sekali lagi Allah berikan kita rezeki bakal timang cahaya mata? Fikir tak?" Suara Iwan memujukku itu meresap masuk ke dalam hatiku.
Air mataku mengalir. Makin lama makin deras. Teringatkan kenangan silam. Betul kata Iwan tu. Setiap saat aku minta untuk dilepaskan. Aku provoke dia dengan bermacam cara agar diri aku dilepaskan. Hanya setelah mama mengamuk dan memberi aku kata dua, barulah aku hentikan dari perkara menyakitkan hati Iwan. Sehingga malam yang menyedarkan aku erti sebuah perhubungan.
"Nisa nak jumpa mama sekarang." Putusku.
Terus saja kereta Iwan masuk ke perkarangan rumah mama. Kunci rumah mama yang sentiasa ada didalam kereta Iwan aku keluarkan. Kad untuk melepasi palang guard aku berikan kepadanya untuk discan. Sampai dihadapan rumah mama, terus aku keluar dari kereta tanpa menunggu Iwan. Aku tekan remote controller untuk membuka pagar rumah mama. Berlari anak aku masuk ke rumah mama.
Aku cari mama. Nama mama aku laungkan. Terus kaki melangkah turun ke dapur bila suara mama menyahut. Bila saja berhadapan dengan mama, aku berhenti kejap. Aku kesat air mataku. Lantas terus aku memeluk mama. Sekali lagi air mataku tumpah.
"Nisa minta maaf, mama." Ucapku berkali-kali.
"Sudahlah, Nisa. Mama tahu kau dah baik balik dengan Iwan. Cuma mama nak tengok berapa lama korang nak berbaik. Sebab itu mama buat tak tahu saja." Kata Mama.
"Insya Allah, selamanya mama. Selamanya." Kataku.
Aku lepaskan pelukanku. Aku ambil tangan mama dan meletakkan diperutku.
"Betul ke?" Soal mama antara tak percaya dan gembira.
Aku angguk.
"Alhamdulillah." Terus mama memeluk aku.
"Mami dah tahu?" Tanya mama lagi.
Aku geleng.
"Pergi balik sekarang. Bagitau mami. Sekarang. Iwan, bawa Nisa balik. Pergi bagitahu mami dulu. Jangan bagitahu mami yang korang bagitahu mama dulu. Apa-apa pun Nisa. Nisa kena dulukan Mami. Selepas Iwan, Mami. Berapa kali mama dah pesan? Pergi sekarang. Mama bukan halau tapi mama tak nak mami kecil hati" Kata Mama dan menolak aku dan Iwan untuk segera pulang.
Aku tahu. Sejak dari hari pertama aku dinikahkan, itu pesan mama. Mertua itu keutamaan aku. Bukan mama dan abah lagi. Keluargaku jatuh selepas keluarga suamiku. Itu pesan mama yang sentiasa aku pegang. Kerana itu, aku langsung tak berkecil hati dihalau oleh mama.
Pesan mama. Iwan adalah nombor satu. Sebab itu, walaupun masa mula kahwin dulu, aku separuh hati terima Iwan dalam hidup aku tapi aku masih juga menjadikan dia nombor satu. Sebab aku tahu, redha Allah terletak dalam redha suamiku. Aku ingin ke syurga maka aku kena buat cara orang nak ke syurga.
Sampai saja dirumah. Terus aku cari Mami. Tak payah cari kerana waktu itu, mami sedang bersantai di taman rumah diluar. Terus aku kearahnya dan mengambil tangannya. Bukan untuk aku salam tapi aku terus letakkan diperutku.
"Masin mulut mami. Dah 8 minggu." Kataku bila lihat Mami pelik saja memandangku.
Mami terus bangun dan memelukku. Perkataan syukur kepada Dia tak putus dari mulut mami.
"Dah bagitahu mama?" Tanya Mami.
Aku jadi serba salah. Mama sudah pesan jangan bagitahu Mami yang mama tahu dulu tapi kalau ikut cakap mama bermakna tipu mami.
"Kalau ikut Nisa nak bagitahu mami dulu. Tapi Iwan bawa Nisa pergi jumpa mama dulu. Saja nak bagi Nisa baik dengan mama." Iwan menyelamatkan aku.
Aku ucapkan terima kasih dengan bahasa bibir. Dia senyum saja.
"Mami tak kisah, Nisa. Janji cucu mami duduk dengan mami. Lagipun bukan jauh pun rumah mama dengan rumah mami ni. Sekangkang kera je. Tak sempat nak panas punggung dah sampai." Kata Mami berseloroh.
"Kalau mama nak berkampung dekat rumah ni pun tak apa. Walaupun tak sebesar rumah mama kamu tu tapi muatlah kalau setakat kita sekeluarga nak kumpul." Kata Mami.
Aku hanya sengih.
Aku tahulah mami terasa. Tapi mungkin mami bukan terasa dekat aku tapi pada Iwan. Mami tahu aku isteri yang ikut cakap suami. Tengok mami jeling Iwan pun aku tahu.
"Susah-susah sangat Mami. Biar Iwan beli tanah. Buat rumah mami, rumah mama dan rumah kami. Sebelah-sebelah. Senang nak tengok-tengokkan sesama kita." Usik Iwan.
"Dah tu rumah ni?" Tanya Mami.
"Rumah ni, kita sewakan. Apa susah. Rumah ni kalau sewakan, mahal tau. Dekat depan istana pula tu. Lagilah boleh demand lebih." Jawab Iwan.
"Hang jangan nak buat lok lak. Ini rumah aku beli dengan duit EPF arwah pak hang. Ini kenangan ni." Marah Mami.
"Dah tu, mami duk sibuk cucu mami sampai anak sendiri buat tak kisah. Ini belum keluar lagi. Kalau dah keluar, mau Iwan ni mami tak pandang pun." Balas Iwan.
"Pandang hang buat pa? Cemuih dah lah. Dari kecil sampai dah nak jadi bapa orang aku duk pandang hang." Sakat Mami.
"Sampai hati Mami. Khayla, tengok mami ni. Nasib baik ada Nisa. Mami tak sayang Iwan lagi." Rengek Iwan. Dia memeluk aku dari belakang dan melentokkan kepalanya dibelakangku.
"Gelilah Mami tengok hang ni. Mengada-ngada." Terus Mami masuk ke dalam.
Aku dan Iwan ketawa melihat perilaku mami tu.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...