Part 71

4K 159 5
                                    

"Bos, tak larat nak pergi kerjalah hari ni." Kata Nisa.

"Habib dah call Sue dah tadi. Inform dekat dia yang kita tak ke office. Kejap lagi kita pergi...." Tak habis ayatku, sekali lagi aku dan Nisa berlumba ke bilik air. Seorang dekat mangkuk tandas, seorang dekat singki.

Entah apa masalahnya. Dari semalam rasa mual ni menjelma. Nak kata salah makan, Mami dan Sufi Asfa elok saja. Mereka makan apa yang kami makan dan minum apa yang kami minum. Tapi kami berdua saja yang teruk.

"Iwan, Nisa. Pergi kliniklah. Pergi check. Entah-entah, Sufi nak dapat adik tak." Kata Mami dari pintu bilik kami.

Adik kerut dahi. Apa hal pula kalau Nisa mengandung, aku pun sama muntah-muntah. Tak logik langsung. Kalau aku yang mengidam tu, ada gak logiknya. Masa mula-mula Nisa disahkan mengandung, aku yang mengidam dan sensitive. Masa Sufi Asfa juga sama. Tak adalah. Tak mungkin.

Lagipun, aku dengan Nisa tak bercadang nak bagi Sufi Asfa adik. Kami guna semua teknik untuk mengelakkan kehamilan Nisa. Memang kami tak nak Sufi Asfa ada adik sehingga dia sendiri minta. Sufi Asfa sudah 4 tahun dan sudah pandai berinteraksi dengan sekeliling. Sudah pandai melihat dunia dan mencipta kenangan dia sendiri.

Kami tak mahu kehadiran orang baru membuatkan dia memberontak kerana keadaannya yang kurang bersedia. Biar dia sendiri minta dan dia bersedia untuk ada adik. Barulah dia akan sayang adik dia dan menjadi seorang abang yang baik.

"Habib, kalau betul mengandung. Macam mana?" Tanya Nisa yang sudah risau.

Aku tau kenapa dia risau. Aku pun risau perkara yang sama. Bukan kami menolak andai ada rezeki anak yang datang tapi kami risaukan penerimaan Sufi Asfa. Macam mana dia nak terima keadaan itu.

"Kita dah pakai protection kan? Nisa pun ambil kan pil cegah hamil?" Balasku.

Nisa angguk.

"Tak kot."

"Kalau ya?"

"Kita terima dengan tangan terbuka, khayla. Dia anak kita."

"Sufi?"

"Insya Allah, dia terima. Adik dia. Air dicincang tak akan putus."

Nisa angguk.

Aku peluk dia seketika untuk menghilangkan kegusaran dihatinya. Kemudian, aku memimpinnya kedalam bilik semula. Aku dudukkan dia diatas katil. Aku duduk sebelahnya.

"Nanti kita pergi klinik, ya? Kita check. Kalau ada, kita syukur. Tak ada pun kita syukur." Pujukku.

Nisa angguk.

"Kita bawa Sufi. Mana tau kalau betul, kita bagi dia tengok sendiri. Kalau dia menolak, kita boleh pujuk dia dari awal untuk sayang adik dia. Kan habib?" Cadang Nisa.

Aku angguk.

Ya lah. Kena bersedia dari awal. Bukan dah lahir, baru nak pujuk. Kena dari awal. Dari sebelum Nisa mula penat membawa kandungannya.

"Nisa, siap..." Sekali lagi aku dan Nisa sudah berlari ke bilik air.

Muntah.

"Jomlah siap. Jumpa doktor. Penatlah macam ni." Kataku selesai membasuh muntahku.

Nisa angguk.

Aku keluar menuju ke bilik Sufi Asfa. Dia sedang mengadap buku tadikanya. Buku Bahasa Arab. Aku dengar dia membaca sebelum aku mengetuk pintu biliknya.

"Anak abi. Siap. Kita nak pergi klinik. Temankan abi dan umi, ya." Kataku.

Dia angguk. Aku tutup pintu biliknya dan kembali ke bilikku untuk aku juga menukar pakaian. Takkan nak pergi klinik pakai baju yang dah bau muntah ni.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now