Part 69

3.3K 143 19
                                    

Setelah 3 bulan lebih aku memujuk dan terus memujuk mereka untuk menikah, akhirnya Iwan dan Anis setuju juga. Lega rasanya. Macam terlepas beban yang aku tanggung. Beban dosa kerana biarkan mereka tanpa ikatan. Bebanan perasaan kerana rasa bersalah aku yang dulu.

Bila Iwan kahwin lain, bermakna Iwan juga turut curang dengan aku. Makanya kami sama. Sama-sama pernah curang. Kami seri. Tak adalah aku rasa bersalah sepanjang hidup aku. Kami sama.

Tak ada apa-apa hubungan konon. Konon.

Akhirnya mengakukan. Mengalahkan. Aku tahulah. Walaupun layanan Iwan tak ada kurang malah makin bertambah mesra dengan aku sejak kami berbaik semula tapi aku tahulah hatinya tu ada orang lain. Risaukan sesuatu. Mestilah aku tahu. Aku kan isteri.

Mami tak kata apa. Diam saja. Membantah pun tak. Menyokong pun tak. Cuma mami kata, jangan aku bawa lari Sufi Asfa sudah. Itu mami tak setuju.

Mami. Mami. Sufi Asfa itu cucu mami. Manalah aku sampai hati nak bawa dia lari. Mami yang banyak habiskan masa dengan Sufi Asfa. Aku dan Iwan selalu sibuk dengan kerja. Waktu pejabat 9 pagi ke 5 petang. Sabtu Ahad cuti. Itu sajalah waktu nak main dengan dia.

"Khayla dah habis fikir ke ni?" Tanya Iwan lagi.

"Khayla bukan pasrah, habib. Khayla redha." Jawabku tenang.

Aku nampak muka kecewa Iwan sewaktu dia berlalu pergi ke bilik air. Aku tak terkata apa. Hakikatnya, aku sendiri sedang rasa sakitnya.

Hati aku tak payah cakap. Aku sendiri sebenarnya sedang berperang antara pasrah dan redha. Mulutku kata aku redha padahal hati aku cuma pasrah belum lagi redha. Lagi seminggu majlis pernikahan mereka.

Aku ingatkan bila mereka setuju, makanya aku ada masa 3-6 bulan untuk siapkan diriku untuk bersedia menerima orang baru. Walaupun aku memujuk mereka sudah lebih dari 3 bulan tapi aku sangat lega bila mereka menolak. Cuma perasaan bersalah dan berdosa zaman silam buatkan aku tekad untuk mereka bersatu.

Mula-mula aku pergi merisik Anis, memang aku cuma nak mereka bersatu sebab aku fikir mereka punya perasaan yang sama antara satu sama lain. Tapi bila mereka menafikan, bukan aku tak percaya tapi sebab tulah. Rasa bersalah.

Beberapa hari yang lepas, sekali lagi aku terserempak dengan mereka sedang makan disebuah restoran. Aku tegur mereka dan sekali lagi aku pujuk mereka untuk menikah. Dan bila mereka setuju, bagai nak gugur jantungku. Umpama ledakan peluru menusuk ke jantung hatiku.

Pengalaman lama banyak mengajar aku untuk kawal perasaan aku. Aku mampu tersenyum dan menyatakan syukur. Dengan gembiranya. Tapi bila Anis kata syaratnya minggu depan, aku rasa nak pengsan. Tapi aku masih mampu mengawal diri dan nyatakan persetujuan aku.

"Dah siap ke? Nanti Anis tunggu lama pula." Tanya Iwan sebaik keluar dari bilik air.

"Khayla dah siap. Habib tu lah." Kataku.

Dia hanya diam dan melihat telefon bimbitnya. Entah bila bunyi. Aku tak dengar pula. Aku banyak mengelamun kot. Mami pun tegur hal yang sama. Banyak mengelamun 2-3 hari ni.

"Anis kata dia tak dapat ikut. Dia suruh kita saja pilih cincin untuk dia." Kata Iwan.

"Mana kita nak tahu saiz jari dia." Balasku.

"Pilih saja dulu. Kalau ada yang berkenan kita beli. Agak-agak saiz jari dia. Nanti kalau tak muat, suruh dia tukar lain lah." Kata Iwan.

Ada ke nak beli cincin nikah pun, tak ada masa. Pelik-pelik saja. Orang lain teruja nak menikah, dia boleh suka-suka batalkan.

"Kalau tak pun, kita belilah rantai ke gelang ke. Senang kan?" Cadang Iwan.

Aku hanya angguk. Suka hatilah. Korang punya hidup.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now