PART 49

3.6K 185 13
                                    

Semalaman aku keluar mencarinya. Aku baru balik sewaktu azan subuh. Sesudah subuh, aku tidur sebentar. Tapi mana nak tidur sangat bila hati gelisah.

Rasa kesal dan menyesal bertindak kasar dengannya. Aku benar tak berniat untuk menamparnya. Aku cuma tegur. Aku pun sudah malas nak larang dia berjumpa dengan lelaki tersebut. Seakan semua itu tiada kesan dalam hatinya. Aku malas setiap kali aku larang, dia pasti menuturkan kata-kata yang menyakitkan hatiku.

"Habib dayus. Kenapa sampai sekarang tak ceraikan Nisa kalau takut sangat tanggung dosa Nisa? Lepaskan Nisa. Jangan jadi dayus."

Kata-kata itu sungguh menyakitkan hatiku. Sudahlah hatiku sakit melihat mereka berpegangan tangan seperti pasangan suami isteri. Ditempat awam pula tu. Apa kata orang yang melihat? Apa kata pekerjaku? Yang paling utama, murka Allah itu. Siapa nak tanggung?

"Habib tak akan lepaskan Nisa walau apa pun terjadi." Putusku.

"Lelaki dayus." Jeritan menggila Nisa itu telah mengakibatkan tanganku sampai ke pipinya dengan hayunan kuat.

Lepas saja tu, Nisa terus keluar. Apa pun pengenalan dirinya dan telefon bimbitnya tidak diambil. Dia keluar sehelai sepinggang. Aku fikir dia keluar sebentar menenangkan dirinya tapi sehingga jam 11 malam, dia masih belum pulang. Aku mula risau.

Tidak mungkin Nisa balik ke rumah mama dan abah kerana mama dan abah sudah baginya kata putus. Selagi dia tak ubah perangai, selagi itu dia tidak dibenarkan untuk menjejakkan kaki ke rumah mereka. Tapi dek kerana risau, aku pergi juga jengah. Ternyata, aku benar. Dia tiada disitu. Aku mula mencarinya tanpa hala tujuan. Merata tempat yang aku rasakan aku mungkin boleh bertemu dia. Sia-sia. Tiada aku jumpa dia.

"Assalamualaikum" Suara Nisa memberi salam. Aku yang berada ditangga segera matikan langkahku.

"Ya Allah, Nisa. Nisa pergi mana?" Mami menyambut Nisa. Aku rasa Mami menangis. Aku duduk dianak tangga dan mengintai dibawah.

Mami sedang memeluk Nisa. Nisa membalas pelukan Mami. Bersama linangan air mata Nisa memohon maaf pada Mami. Bersungguh-sungguh dia memohon maaf. Mami juga menangis. Tangisan Mami adalah tangisan kegembiraan manakala tangisan Nisa adalah tangisan kekesalan. Aku?

Aku lap mataku yang turut berair.

"Pergilah Nisa naik atas. Iwan tidur. Semalaman dia mencari Nisa. Baru saja balik subuh tadi. Mami suruh dia tidur. Kalau ikut dia, nak terus keluar cari Nisa." Kata Mami.

Aku segera bangun bila aku lihat Nisa memandang atas. Dengan pantas dan penuh berhati-hati, aku masuk ke bilik tanpa sebarang bunyi. Aku baring diatas katil dan memejamkan mataku. Pura-pura tidur. Tak lama kemudian, aku dengar orang memulas tombol pintu bilikku.

"Masuk Nisa. Mami tahu Iwan dah maafkan Nisa. Kalau tidak, takkan dia sibuk keluar cari Nisa. Masuk Nisa. Pujuk Iwan, ya? Mami turun bawah. Mami nak masak. Iwan belum makan lagi tu." Kata Mami.

"Tapi..." Nisa masih dalam keadaan serba salah.

Mendengarkan suaranya itu aku rasa aku seperti mendapatkan Nisa aku kembali. Nisa yang bila aku marah dan merajuk akan minta tolong dengan Mami. Yang akan penuh dengan rasa bersalahnya.

"Masuk. Papehal, panggil Mami. Kalau Iwan tak nak maafkan Nisa. Biar Mami ketuk kepala dia dengan senduk." kata Mami.

Aku dengar pintu bilikku ditutup. Aku dapat rasakan yang Nisa juga sudah duduk disebelahku. Aku matikan diri. Sengaja aku nak dengar apa yang Nisa nak cakap. Atau mungkin aku nak dia pujuk. Atau mungkin juga aku memang masih marah. Tapi aku rasa, semua kemungkinan yang aku fikirkan tu.

Nisa memegang tanganku. Jariku disilangkan dengan jarinya. Dia gengam erat dan kuat jemariku. Aku diam terus kaku. Kemudian, dia mencium tanganku. Dapatku rasa air yang mengalir membasahi jemariku. Lama dia begitu sebelum melepaskan tanganku.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now