Aku lihat Sufi Asfa sama tenang macam aku lihat uminya. Sufi Asfa banyak mengikut perangai Nisa. Nisa bukan saja mempengaruhi aku tapi anak kami.
Aku senyum.
"Abi senyum apa?" Tanya Sufi Asfa. Dia memeluk dan mencium pipiku.
"Abi senyum ingat dekat mama Anis lah tu." Jawab Nisa.
"Khayla." Tegurku. Dia sengih saja.
Isu aku dan Anis dah jadi isu panas hati untuk aku. Berkali-kali aku terangkan kepada dia tentang aku dan Anis yang tak ada apa-apa hubungan tapi dia tetap juga nak percaya yang kami ada hubungan. Aku pening nak buat dia faham kenyataan itu.
Susah betul dia nak percaya yang aku dan Anis tak ada apa-apa. Sampaikan berkali-kali dia datang dan pujuk Anis untuk terima aku. Berkali-kali juga aku dan Anis menafikan perhubungan kami tapi dia tetap dengan keputusannya.
"Abi, jangan marah umi. Umi tu suka bergurau walaupun tak kena tempat." Bisik Sufi Asfa padaku.
"Abi tak marah umi cuma tegur umi agar dia tak buat salah lagi." Bisik aku kembali.
"Umi kata kalau marah, kena bisik supaya orang tak tahu yang kita kena marah. Supaya tak jatuhkan air muka orang yang kita nak tegur atau marah." Balas bisik Sufi Asfa.
Aku senyum dan menggosok kepalanya. Aku anggukkan kepalaku. Aku datang dekat dengan Nisa. Berdiri disisinya yang sedang mengoreng ayam. Tanganku melingkari pinggangnya dan kemudian aku mendekatkan bibirku ditelinganya.
"Anak pesan, kalau nak marah atau tegur kena bisik. Ni habib nak bisik dekat khayla, habib tak akan nikah dengan sesiapa pun. Cukup sekadar khayla dan anak-anak kita dalam hidup habib." Bisikku.
"Khayla cuma nak habib gembira." Balas Nisa masih menumpukan tumpuannya pada ayam yang didalam kuali.
"Ayam tu tak hangitnya kalau khayla pandang habib." Bisikku. Aku kurang gemar bila aku bercakap sesuatu yang serius orang tidak memandangku.
Dia memusingkan badannya mengadapku. Dia memeluk pinggangku dan meletakkan kedua-dua tanganku dipinggangnya. Matanya tepat merenungku. Dia senyum. Senyuman itu bukan senyum biasa tapi senyum untuk menggodaku.
"Jangan senyum macam tu. Karang hangit ayam atas dapur tu." Kataku memberi amaran. Terus dia rapatkan badannya ke badanku. Sedikit menjengkit dia meletakkan bibirnya ke telingaku.
"Tadi kata tak hangit ayam kalau pandang habib." Bisiknya. Digigitnya lembut cuping telingaku. Aku mengaduh sakit walaupun sebenarnya aku rasa geli. Melepaskan pelukan dipinggan Nisa untuk menghilangkan rasa geli ditelingaku.
Sufi Asfa sudah gelak. Nisa juga.
Nisa kembali tumpuannya pada ayam didapur. Aku memeluknya dari belakang. Meletakkan tanganku diperutnya dan daguku dibahunya.
"Make sure lepas masak naik atas. Hantar Sufi ke bilik dia. Jangan bagi masuk dalam bilik kita. Kita ada tugasan nak kena buat. Penting." Pesanku. Aku membalas gigitannya ditempat yang sama dan terus melepaskan pelukan itu.
"Jom Sufi main dekat depan. Jangan kacau umi nak masak. Umi ada kerja dengan abi nak kena buat kejap lagi. Kita duduk sini buat kacau umi je. Nanti lambat pula nak siap kerja abi dan umi." Aku ajak Sufi Asfa bermain diluar.
"Habib!" Nisa bersuara geram.
Aku dan Sufi Asfa ketawa melihat muka Nisa yang sudah kemerahan. Antara malu dan geram. Sufi Asfa berlalu dekat dengan Nisa dan menyuruh Nisa tunduk. Nisa angkat Sufi Asfa dan mendukungnya. Mereka berbisik. Entah apa yang mereka saling berbalas bisik.
Nisa kemudian meletakkan Sufi Asfa kebawah dan terus saja anak tu berlalu dari dapur. Aku angkat kening bertanya.
"Sufi kata kalau nak marah kena bisik." Katanya dan terus memalingkan semula badannya menghadap gorengannya tadi.
Aku ketawa.
Sendiri yang ajar anak. Benda awak tak biasa. Nak buat dan praktis pada anak. Tak mudah, kan? Tapi kalau Sufi Asfa sendiri boleh praktikkan bermakna usaha Nisa itu agak berjaya walaupun umpama ketam ajar anak jalan lurus.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...