Part 34

3.8K 197 16
                                    

Aku panik. Nisa pengsan.

"Mami, Nisa pengsan." Jerit aku memanggil Mami. Aku dengar tapak kaki Mami yang sudah berlari ke bilik aku.

"Nisa. Nisa." Panggil aku. Mami yang sudah duduk disebelah Nisa juga memanggil namanya sambil menepuk-nepuk bahunya. Dia tidak juga sedar. Mami bangun dan ambil air. Diusapair itu ke muka Nisa tapi masih juga tidak berhasil.

"Call ambulance." Kata Mami.

"Lambat." Terus aku mencampungnya.

Berat memang berat. Tapi apalah sangat berat 115kg kalau nak dibandingkan dengan kerisauan aku saat itu. Aku masukkan dia kedalam kereta. Mami sudah siap kunci pintu rumah. Menunggu aku keluarkan kereta untuk mengunci pagar depan. Aku rasakan saat itu Mami benar-benar lambat. Aku risaukan Nisa tapi aku sabarkan hati. Sebaik Mami naik, terus aku pecut keretaku ke hospital paling dekat.

Aku panggil jururawat untuk bantu aku sedarkan Nisa. Mereka meminta untuk aku mendaftarkan di kaunter dulu. Bila mereka minta pengenalan diri Nisa, baru aku sedar yang aku tak ambil telefon bimbit Nisa. Mami datang dan serahkan padaku telefon bimbit Nisa.

"Terima kasih, Mami." Ucapku. Syukur Mami masih teringatkan perkara penting ini. Aku ambil dan mengeluarkan kad pengenalan Nisa yang ada didalam poket sarung telefon bimbitnya.

Selesai semua urusan, Nisa juga sudah dimasukkan ke dalam biik wad. Aku duduk disebelahnya. Memerhatikan dia dan Mami yang sedang bersembang. Kalau diikutkan, tak adalah sampai Nisa kena masuk wad tapi aku yang berkeras. Lagipun, keputusan ujian darah dia belum keluar lagi masa doktor benarkan dia pulang. Lagipun, insurance claim. Gunakan sajalah. Buat apa setiap bulan syarikat bayar untuk insurance pekerja tapi tidak digunakan?

"Abang Iwan, jangan bagi diorang hantar makanan dalam bilik ni. Nisa tak boleh bau lah. Mual rasa tekak ni." Katanya.

Disuruhnya aku bawa keluar makanan yang telan dihantar. Aku ikutkan saja. Aku pun rasa benda yang sama. Aku tak tahan bau makanan yang mereka sajikan. Aku masuk semula. Dia buat muka comelnya. Merapatkan kedua tapak tangannya sambil memandang aku. Aku angkat kening bertanya.

"Tolong orderkan dominos. Nosa laparlah." Rayunya.

Aku kerut kening. Selalu dia order sendiri. Online atau telefon. Ini apahal sampai merayu aku untuk buat order dominos ni?

"Mana abang tau nak order apa. Kan selalu Nisa yang buat." Kataku.

Terus dia tarik muka. Memuncung dan memalingkan mukanya dariku. Sudah. Apahal pula ni? Semacam manjanya. Mengandung ke apa isteri aku ni? Kalau betul mengandung?

Alhamdulillah. Pasti saja aku orang paling gembira didunia. Punya anak dengan seorang wanita yang amat aku cintai, yang amat aku kasihi. Menjadi seorang ayah. Aku mula senyum dan memasang 1001 impian dan angan-angan.

Yang paling penting. Bukti aku lelaki sejati.

Yahooo....

"Bukan nak pujuk. Nyampahlah Nisa dengan abang Iwan ni." Katanya mengembalikan aku kealam nyata.

Dia terus ambil telefon dan mendail nombor telefon dominos. Aku duduk dikakinya. Menghadapnya yang memalingkan muka kearah kanannya memandang ke tingkap. Kiraan aku, dia order 6 jenis pizza dan ayam goreng.

Amboi selera. Selalu 2-3 jenis saja. Ini apahal banyak sangat ni? Macam ni kena pergi keluarkan duit. Dekat dalam poket aku ni ada RM100 lebih saja. Rasanya macam tak cukup.

"Berapa semua?" Tanyanya pada orang yang sedang mengambil ordernya.

"RM108.90? Itu sebab set kan? Tak payah, dik. Kau punch tanpa diskaun tu semua. Ko buat je ala cart. Suami akak banyak duit." Katanya. Membulat mata aku memandangnya. Ini memang saja nak kenakan aku ni.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now