Suka aku melihat betapa Nisa gembira melakukan kerja-kerja menangkap gambar. Asyik men'snap' gambar sana-sini. Aku juga dipaksa untuk berkampung dengannya. Hari ini hari kedua. Aku ikutkan saja. Takut nanti merajuk pula isteri kesayanganku itu.
Meriah keluarga Uncle Azril dan Cik Ibu Nita.
Aku senyum. Ketawa kecil aku kira.
Rupanya yang dikatakannya Uncle Azril dan Cik Ibu Nita itu adalah abang ipar dan kakak Zahran. Selama ni aku panggil mereka kakak dan abang. Bila Nisa panggil Uncle dan Cik Ibu, aku jadi kekok. Aku kenal dengan mereka. Taklah rapat tapi kenallah. Zahran itu kan agak rapat denganku terutama semenjak dia sudah berpindah semula ke Malaysia.
Aku kenal Zahran semenjak Sekolah Menengah. Masa aku Tingkatan 1 dan dia pula pekerja kantin. Aku selalu lepak dengan dia dibelakang kantin sebelum masuk kelas dan waktu rehat. Bila dia melanjutkan pelajarannya ke Jerman, kami masih berhubung bila dia balik ke Malaysia. Anak bongsu, kakak-kakak semua sudah bekerja, pasti ada yang sponsor dia untuk balik ke sini bila cuti semesta.
Aku pun pernah jumpa Kak Nita dan Abang Azril. Jadi aku tahu macam mana kehidupan mereka. Zahran pun rajin cerita tentang Kak Nita dan Abang Azril pada aku. Maklum saja, Kak Nita itu kakak kesayangan Zahran dan sangat banyak membantu Zahran.
"Iwan, tak masuk dalam?" Kak Nita memanggilku bila semua tetamu hadir sudah masuk ke dalam.
"Kejap, Kak. Tu ha, tak habis lagi." Kataku merujuk pada Nisa yang sedang sibuk mengambil gambar tetamu yang sedang berborak dekat luar.
Aku dengar laungan azan didalam rumah. Kagum aku. Waktu Maghrib ini, tetamu yang hadir diajak untuk solat Maghrib berjemaah. Mengikut acara yang diberitahu Zahran tadi. Solat Maghrib berjemaah terus buat bacaan yaasin, tahlil dan doa selamat dan kesyukuran. Kemudian akan terus untuk solat Isyak berjemaah sebelum makanan dihidangkan.
Aku kira majlis kahwin kali ini agak besar belanjanya berbanding dengan majlis kahwin Kak Zura dan anak buah Zahran dulu. Ini pun bukannya anak kak Nita yang kahwin. Ini anak saudara mereka yang sulung, Mawar. Aku kenal Mawar, anak Abang Zack. Budak ni dulu rajin ikut Zahran kemana saja dia pergi. Bukan sekadar Mawar, aku juga kenal dengan arwah Damia, Zil, Ayush dan Aisyah.
Tak akan aku lupa budak-budak yang mengepaw aku Tutti Fruitty sewaktu aku wang aku hanya cukup untuk hujung bulan tu. Sejak tu, kalau kata Zahran nak bawa anak-anak saudaranya, aku akan pastikan duit aku cukup untuk mereka.
Dah besar dah. Dah nikah pun Ayush dan Mawar ni.
"Ya khayla, jom masuk." Ajakku bila azan sudah habis.
Dia suruh aku masuk dulu. Aku datang rapat kepadanya. Berdiri dihadapannya dan memandangnya mesra. Sebuah senyuman aku hulurkan padanya bila dia memandang aku gaya muka tak puas hati. Aku kucup dahinya lembut. Dia pandang aku hairan.
Aku ketawa.
2 hari 2 malam duduk dengan Abang Azril dan Kak Nita. Terikut pula perangai mereka. Terikut-ikut sebab aku suka. Aku suka Abang Azril yang tak malu untuk tunjuk rasa sayang dan cintanya kepada Kak Nita. Aku suka tengok Kak Nita masih malu-malu bila Abang Azril memeluk atau menciumnya. Terlintas dihatiku untuk melihat Nisa juga begitu.
Tapi Nisa bukan Nita walaupun macam nak sama saja sebutannya. Kalau ada orang yang menulis cerita kami saat ni. Mahu boleh tertukar watak. Naya pembaca nak faham.
"Tak ada keje. Dah, pi masuk sana. Nisa nak pi dapur. " Katanya menolak aku masuk ke dalam.
"Khayla?"
"Allah bagi cuti." Katanya.
"Subuh tadi elok saja jemaah." Kataku.
"Itu subuh bila? Subuh tadikan kita bangun lambat. Bila pula kita berjemaah? Ngigaulah habib ni." Katanya dan menolak aku lebih keras.
Aku tinggalkan dia. Berwuduk di pili paip dipagar rumah dan masuk ke dalam bersama para jemaah yang lain. Aku mengikuti program mereka hari ini seperti tetamu yang lain. Aku senyum saja bila kami sedang membaca yaasin. Nisa masih dengan kerjanya menangkap gambar para tetamu. Wajahnya sudah berpeluh walaupun duduk dalam aircond.
Selesai solat Isyak berjemaah dan mengisi perut, Nisa duduk disebelahku. Dia menyandarkan badannya ke badanku. Katanya, dia penat. Mahu rehat. Aku pula naik hairan bila Nisa begitu manja dihadapan semua tetamu. Selalunya Nisa tidak begini. Berjangkit dengan perangai Kak Nita kot.
"Abang Azril, kami balik awal malam ni ya. Kesian Nisa ni. Tak pernah buat kerja macam ni. Ini first time kerja pagi sampai malam." Kataku kepada Azril sewaktu dia duduk disebelahku. Nisa yang duduk bersandar disebelahku juga turut angguk kepala.
"Pergilah. Lagipun, ramai tetamu dah balik. Tinggal keluarga saja ni." Katanya.
Aku dan Nisa bangun dan bersalaman dengan ahli rumah sebelum melangkah pulang. Nisa tidur bersandarkan bahuku didalam kereta. Aku biarkan. Pelik-pelik rasanya Nisa malam ni. Penat sangat kot. Atau mungkin dia mengandung lagi?
Aku senyum. Andailah benar. Aku manusia paling gembira diabad ini. Tapi aku simpan dalam-dalam semua angan-angan itu. Kata doktor, kalau boleh biarlah Nisa benar-benar pulih. Doktor kata dia hanya nampak tabah diluar tapi didalamnya masih rapuh.
Tapi nak mengandung apa kalau dia tengah datang bulan? Aku geleng kepalaku. Macam mana boleh lupa?
"Nisa, bangun." Kejutku bila kami sudah sampai dirumah.
Nisa bangun dan menghadiahkan aku sebuah kucupan yang sangat mesra dibibirku. Tangannya juga sudah merayap ditubuhku. Sudah.
"Jom naik bilik dulu. Mandi lepas tu boleh sambung tidur." Kataku. Dia merengek manja. Betul-betul menguji imanku.
Kami keluar dari kereta. Berjalan beriringan masuk ke dalam rumah. Bukan beriringan tapi berpelukan. Sesuatu yang kami tak pernah buat sebelum ini. Nisa malu dengan Mami. Aku juga. Tapi bila Nisa sendiri yang menyendeng, aku diamkan saja.
Kami masuk ke dalam rumah, Mami tiada diruang tamu. Mungkin sudah tidur kerana jam sudah menginjak ke pukul 10.20 malam. Mami memang akan tidur waktu ini bagi memberinya peluang untuk bangun tahajjud.
Nisa mengajak aku untuk mandi sama. Aku tolak. Tak pernah dibuat kami mandi sama. Nisa terlalu malu untuk itu. Lagipun aku fikir, baik sekiranya aku tolak kerana Nisa sendiri dalam keadaan tidak suci. Aku takut aku tidak dapat mengawal keinginan aku.
Selesai aku mandi, aku lihat Nisa sedang berbaring dengan aksi yang mengodaku. Aku tutup mataku dan terus baring. Aku sudah punya keinginan dan keinginan itu hanya boleh dilepaskan selepas Nisa suci. Selalunya 5 hari saja.
Nisa memanjat badanku. Mengucup wajahku. Dia benar-benar menguji aku. Aku layankan saja kerana bila isteri dalam keadaan datang bulan, yang haram hanyalah dari pusat hingga ke lutut. Namun aku silap. Nisa sudah merengek untuk kami berjimak.
"Khayla, khayla sedang period. Dosa untuk kita berjimak." Kataku.
"Sekali ni saja. Saya tahu awak pun nak. Awak pun sedang bernafsu. Lupakan hal dosa. Janji kita seronok." Kata Nisa.
"Tidak. Nisa duduk dalam bilik seorang. Habib nak keluar." Kataku dengan sedikit marah. Aku sudah bangun. Mengambil bantal dan selimut.
"Habib, jomlah." Dia masih menggodaku dan menarik aku sehingga aku terduduk diatas katil semula.
"Nisa, dosa itu besar. Lagipun, Dajjal dilahirkan hasil hubungan suami isteri dalam keadaan isteri sedang kotor. Habib tak nak anak kita itu Dajjal." Kataku terus bangun dan beredar.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...