Part 19

5.1K 255 4
                                    

Aku teringat gambar yang diberikan oleh Farina semasa kami di Cameron. Selepas 2 bulan baru aku berpeluang untuk tengok. Itu pun sebab teringat kembali. Banyak betul gambar aku dan Nisa yang sempat dirakam oleh Farina. Ada gambar aku sedang bergaduh dengan Nisa, memandang Nisa dari jauh, memujuk Nisa. 

Paling lucu bila ada video yang Farina rakam aku sedang merakam Nisa. Kantoi. Wajib benda ni semua aku tak bagi Nisa tengok. Buat malu keluarga saja. Anak teruna menskodeng anak dara orang. 

"Tapi aku rasa sebenarnya aku dah jatuh cinta dekat dia. Mungkin dari mula aku nampak dia masa dekat trafic light." Kataku.

Ada satu video, Farina kata dalam video yang merakam dirinya sendiri, gambar-gambar ini punya nyawa sendiri. Selepas itu, Farina masukkan semula gambar-gambar aku dan Nisa diselang-selikan dengan apa yang dia rasakan tentang gambar-gambar itu. 

Apa yang dirasakan oleh Farina adalah benar. Itu juga sebenarnya aku rasa tapi aku nafikan sewaktu di Cameron Highland sedangkan sewaktu melihat gambar itu, aku tak dapat nafikan yang sebenarnya itulah perasaan aku.

Farina terlalu pandai menilai. Diakhir videonya itu dititpkan pesan agar aku menjaga apa yang ada didepan mata. Katanya Nisa itu orangnya sensitif. Mudah terasa dan punya naluri yang kuat. Katanya lagi, Nisa tak mungkin akan marahkan aku atau tinggalkan aku kerana rasa sayangnya pada aku tapi dia boleh pergi dan buang aku selamanya bila dia disakiti.

"Asal pula kau tiba-tiba kata kau jatuh cinta pada dia ni?" Soal Adli. Aku pandang dia yang berada disebelah aku.

"Bila kau rasa kau jatuh cinta pada Ros?" Tanya aku kembali.

"Entah tapi terasa macam nak memiliki. Bila dia merajuk, rasa nak pujuk. Bila dia menangis rasa macam nak peluk dia." Jawab Adli.

"Itu sebenarnya selama ini aku rasa dengan Nisa. Sejak mula aku jalankan misi memikat dia. Mulanya aku ingatkan sebab aku rasa kesian sebab budak tu akan aku tinggalkan tapi pagi ni aku sedar. Sebenarnya, aku dah jatuh cinta kepadanya." Kataku kepada mereka.

"Iwan, Nisa tu ada abang ke adik lelaki ke?" Tanya Lukman. Hairan aku soalan dia ni. 

"Tak pernah pula dia cerita dia ada adik-beradik lain. Setahu aku, dia seorang saja. Gambar dekat rumah dia pun, ada gambar dia dan parents dia je. Adalah 3-4 gambar dengan lelaki lain tapi tak pernah pula aku tanya siapa" Jawabku walaupun dah terasa hairan tahap gaban.

"Amboi, sampai rumah dia pun kau dah masuk." Kata Adli.

"Bukan takat rumah, bilik dia pun aku pernah masuk." Kataku.

Mereka buat muka terkejut.

"Jangan fikir pelik sangatlah. Nisa tu, aku baru sentuh sikit dan mengamuk. Dia punya jeling tu buatkan aku betambah sayang." Kataku sambil tersenyum bila teringarkan Nisa.

"Patutlah Mami suka. Syariah compliance." Komen Adli. Aku senyum. Suka aku bila bakal isteriku dipuji begitu. 

Aku alih pandangan aku pada Lukman dan Ros bila mereka diam tanpa komen apa-apa. Lukman aku lihat seperti sedang memikirkan sesuatu. Ros pula aku lihat sedang ralit memandang Lukman.

"Betul ke dia tak akan pegang lelaki lain? Mungkin sebenarnya dia nak main-mainkan kau juga. Depan kau dia buat baik. Belakang kau, dialah ratu segala kejahatan, kan?" Ulas Lukman. Naik pula darah aku bila orang keji Nisa begitu. Aku yakin, Nisa bukan macam tu.

"Aku yakin, Nisa sayang aku dan cintakan aku." Kataku menegaskan perkataan cinta itu agar Lukman tahu yang tanggapannya itu salah.

"Aku cuma bagi pendapat. Suruh kau berfikir kemungkinan." Kata Lukman. Aku diam. Rasanya diam itu lebih baik.

"Kadang baik cari macam Mia tu. Walaupun dia macam tu, tapi kita tahu dia memang macam tu dari yang bertudung macam Nisa tu. Bertudung tapi dalam hati dia kita tak tahu. Mungkin busuk." Kata Lukman lagi.

"Kau ni mengutuk orang pakai tudung ke? Kau tak nampak yang orang sebelah kau ni bertudung?" Ros memukul lengan Lukman. Lukman mengaduh sakit.

"Kalau dia dah bertudung tu maknanya dia dah tahu halal dan haram. Kalau pun dia belum ada hati yang baik, tapi dia mesti tau bezakan baik dan buruk. Sekurang-kurangnya dia sedang berubah dari yang pakai seksi-seksi yang tak ingat syurga neraka tu. Aku tak kata hati mereka busuk tapi aku nak tegaskan, orang bertudung pun kalau niat dia benar kerana Allah, hati dia pasti baik. So, jangan nak put judgement hanya kerana seorang manusia. Give space for them to improve." Kata Ros. Adli disebelah senyum sambil angguk. Aku juga sama. Ambil kau sebiji dari Ustazah Roshima.

"Aku cakap saja." Lukman mempertahankan dirinya.

"Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam intai-intai. Mestilah aku terasa" Balas Ros.

"Eyh, Lukman, hari tu masa yang kau telefon dan Nisa jawab tu. Yang masa Mia kena sepak dengan Nisa tu. Kau cakap apa, ha?" Tiba-tiba aku teringatkan perkara itu. Asyik lupa nak tanya. Dah jumpa ni, baik terus tanya sementara masih ingat.

"Mak ai. Sepak anak dara orang. Suka hati dia saja" Kata Ros terkejut.

"Defence diri dia. Mia tu cemburu tak bertempat. Ada ke dia kata Nisa nak goda Lukman. Cubalah Mia tu pandang, takkanlah Nisa nak pandang Lukman bila aku lebih smart dan bergaya." Kataku membela Nisa sambil ketawa lucu mengenangkan saat itu. Siap nak clash dengan aku.

"Aku cakap apatah. Aku pun dah lupa. Rasanya adalah aku cakap, suruh Mami carikan juga untuk aku." Jawab Lukman.

"Patutlah pun." Kataku.

"Kenapa?" Tanya mereka serentak.

"Lepas tu dia jadi muram saja. Beku dengan aku. Tak ada senyuman. Risau juga aku. Nak tanya asyik lupa saja." Jawabku.

"Kenapa pula?" Tanya Ros.

"Sentaplah kot. Bukan aku yang pilih dia tapi Mami." Jelasku.

"Maknanya kau kantoi lah ni?" Soal Adli. Mengiat aku.

"Tak kisahlah. Janji dia sentiasa ada dengan aku." Balasku.

Benarlah kata Farina. Nisa tak akan tinggalkan aku. Buktinya selepas dia tahu Mami yang pilih dia, dia masih ada dengan aku. Itu bukan bukti ke, Lukman?

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now