"Kan abang Iwan dah pesan, jangan keluar waktu malam? Kenapa yang degil sangat ni?" Marah Iwan. Dia yang sudah duduk dihadapanku bersebelahan dengan Riz memandang aku tepat. Sanggup suruh Riz ke tempat duduk sebelah sebab nak duduk depan denganku.
"Sorrylah, bang. Kami terserempak saja ni. Tak rancang pun nak jumpa." Jawab Riz.
"I'm not talking to you. Nisa?" Iwan memberi amaran pada Riz. Pandangan dia masih ke arah aku. Marah nampaknya.
"Nisa laparlah. Mama tak masak. Tunggu abang Iwan sampai sudah tak sampai." Jawabku.
Memang hari ni aku tunggu dia lagi buat sekian kalinya. Setiqp hari aku tunggu dia tapi dia tak muncul. Hari ni mama ada mesyuarat persatuan. Abah biasalah dengan aktiviti dia dengan kawan-kawan dia, golf. Malam pula mereka ada function. Aku pula jadi anak terbiar kelaparan. Mama kata dah bagitau mami. Maknanya Iwan akan datang ambil aku untuk lepak rumah Mami macam selalu. Tapi sampai sudah tak datang. Tengahari dah makan meggi. Petang makan bebola. Malam takkan nak makan meggi lagi. Kenalah keluar untuk makan makanan yang mengeyangkan.
"Habis tu macam mana boleh berdua ni?" Tanyanya.
"Kan Riz cakap, kami terserempak. Tak sengaja terjumpa. Tak planning pun nak jumpa." Sengaja aku menjawab dengan banyak ayat yang memberi makna yang sama.
"Dah habis makan, kan? Jom balik" Arahnya sambil menunjukkan jalan keluar dengan kunci keretanya.
"Annoying lah abang Iwan ni. Nisa baru nak sembang dengan Riz. Lama tak jumpa abang Iwan nak balik, abang baliklah. Nisa nak sembang dengan Riz." Jawabku.
Aku tak suka diarah-arah apatah lagi dikawal macam ni. Aku punya suka aku nak buat apa pun. Siapa dia nak tentukan apa yang aku boleh buat dan apa yang aku kena buat? Aku sudah besar dan sudah tahu bezakan mana baik dan mana buruknya. In fact, dari aku mula sekolah lagi abah sudah bebaskan aku untuk buat keputusan untuk diri aku sendiri. Abah pun tak pernah nak bising macam ni. Iwan tu siapa untuk suka suki macam ni?
"Degil pula. Kalau jadi apa-apa pada Nisa macam mana?" Marahnya. Kulit wajahnya yang kuning langsat tu, boleh nampak merah bila marah.
"Relax lah, bro. Kalau you takut sangat dengan keselamatan adik you. I'll send her home. I tunggu sampai dia masuk pagar baru i balik." Tawar Riz.
Kejap erk... Riz hantar aku balik rumah sampai masuk pagar? Rumah yang Riz tahu adalah rumah orang depan aku ni. Maknanya ada Mami. Nak masuk rumah mereka macam masuk rumah sendiri? Bersoal siasat dengan Mami. Oh... No. No. No.
Aku terus bangun dan mencapai telefon bimbit dan kunci keretaku. Aku ke kaunter untuk membuat pembayara. Aku lihat Iwan sedang memberi amaran pada Riz. Aku biarkan dan terus berlalu kearah keretaku. Sempat aku jeling kearah kedai tadi. Iwan sudah keluar dari kedai dan menuju ke keretanya. Aku buat tak peduli. Aku masuk kereta dan hidupkan enjin. Terus masuk gear.
Bila aku keluar dari kerta bila sudah sampai ke rumah, aku lihat kereta Iwan berada diluar pagar rumah. Tahu pula mana rumah aku. Ingatkan dah lupa jalan ke rumah aku ni. Iwan juga sudah melangkah keluar dari keretanya dan berdiri santai menghadap rumah aku dibonet keretanya. Dia memandang aku tepat. Rasanya aku nak masuk dan abaikan dia tapi pandangan dia tu buat aku rasa macam kena pergi dekat dia supaya tak kena sembelih.
"Abang Iwan nak apa ni?" Tanyaku kasar.
"Saja. Buat benda yang selalu abang Iwan buat sejak 6 bulan ni." Katanya.
Aku terus berpaling dan ingin berlalu. Sempat aku hadiahkan dia dengan jelingan menyampah. Tapi semua tu tak jadi bila dia tahan tanganku. Memegang lenganku agar aku menghadap dia kembali. Bila aku sudah statik pada kedudukan aku yang berhadapan dengannya, dia melepaskan tanganku.
"Abang Iwan minta maaf. Abang Iwan lama tak jumpa Nisa. Mama cakap kat Mami, Nisa asyik tunggu abang. Abang minta maaf yea." Katanya. Aku buat muka tak tahu saja. Pandangan aku ke arah lain.
"Abang Iwan ke Dubai. Hari tu tak sempat nak bagitau sebab dah termerajuk dengan Nisa. Bila mama cakap Nisa tunggu abang datang, baru lega rasa hati. Tahulah yang Nisa ni lain kat mulut lain dihati. Suka abang Iwan tapi tak nak mengaku." Katanya mengusikku.
Aku sedikit pun tak terasa diusik. Aku tahu dia tak ada kerana selamaberhari-hari dia tak datang ke rumahku, aku menjengah dari jauh dirumahnya. Keretanya tak bergerak. Statik didalam pagar rumah. Mami memang tak akan bawa kereta Iwan. Katanya kereta mahal, takut nak bawa. Tapi dah 4 hari aku perhati keretanya bergerak. Maknanya dia sudah balik. Tapi baru hari ni dia datang jumpa aku. Itu pun sebab terserempak dengan aku. Kalau tidak, mungkin sampai sekarang tak nampak batang hidung pun.
"Nisa, kenapa diam saja ni?" Nada tu lebih pada memujuk. Aku masih diam membisu.
"Nisa, janganlah diam macam ni. Abang Iwan rindu sangat dengan Nisa. Bila dah jumpa ni, dia buat tak layan pula." Rajuknya.
"Abang Iwan jangan nak tipu kata rindu Nisa. Dah 4 hari abang balik baru nak jumpa? Itu pun secara kebetulan. Lepas tu kata rindu. Simpan saja kata rindu tu. Tak payah nak main-main dengan hati dan perasaan Nisa." Kataku. Mataku masih terarah ke arah lain. Aku tak sanggup nak pandang dia.
"Masa tu hati abang masih merajuk. Rasa abang Iwan tak penting dalam hidup Nisa. Petang tadi baru Mami bagitau apa yang mama cerita dekat Mami. Barulah hati abang sejuk. Ingat nak jumpa esok tapi terserempak pula tadi." Terangnya. Aku pandang dia inginkan kepastian.
"Tak apalah kalau Nisa tak rindu abang Iwan. Mungkin nisa tunggu abang sebab nak abang belanja makan. Nak simpan duit untuk beli apa pula lagi." Kali ini dia sudah mahu melangkah.
"Bukan itu maksud Nisa. Masa mula-mula kita keluar, memanglah sebab Nisa nak isi masa yang terluang. Lama-lama jadi suka pula keluar dan sembang dengan abang sebab banyak topik dan banyak benda yang kita bincang. Abang Iwan selalu dengar apa saja pendapat Nisa. Itu buat Nisa selesa keluar dengan abang. Tapi tak sangka bila rutin tu tiada, Nisa boleh jadi rundu pula kat abang Iwan." Luahku.
Dia senyum. Senyumannya manis sampai telinga. Dia pandang aku dengan pandangan yang menggoda hatiku. Hati perempuanku terusik. Rasa malulah pula. Terus aku berlari masuk ke dalam. Memicit punat remote controller untuk menutup pagar tanpa berpaling pad dia lagi.
Aku memang dah gila.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...