Part 66

3.3K 147 22
                                    

Aku ternampak Anis hari ni. Sudah lebih sebulan aku tunggu dia menghantar alamat rumahnya kepadaku. Tapi sampai sudah tiada. Ini aku sudah nampak dia, aku ikut keretanya. Aku ingin tahu dimana dia tinggal. Dengan keluarganyakah atau tinggal bujang.

Aku tahu orang kata aku gila nak pinangkan perempuan lain untuk suamiku. Tapi bukankah kerana hubungan sulit mereka ini buatkan aku dan Iwan kembali mesra dan bahagia? Tak salahkan nak kongsi bahagia dengan orang yang buat aku kembali rasa bahagia itu.

Orang tak faham cara aku berfikir. Aku tak boleh salahkan mereka. Setiap orang ada cara pemikiran masing-masing. Tugas aku adalah menghormati pemikiran mereka. Harapnya orang lain juga menghormati pandangan aku.

What you give, you will get back more.

Dan aku juga faham, untuk aku merasa bahagia, aku kena buat orang lain bahagia. Aku masih tamakkan rasa bahagia dengan Iwan. Jadi, aku kena bahagiakan Iwan dan Anis. Mereka berhak untuk meneruskan rasa bahagia mereka tanpa aku sebagai penghalangnya.

Kereta Anis berhenti disebuah rumah teres 2 tingkat. Rumah yang asalnya adalah rumah teres setingkat kerana jiran-jirannya semua rumah teres jenis setingkat. Dari gaya rumah ini, aku agak rumah keluarga. Aku matikan enjin kereta dan melangkah menghampiri rumah tersebut. Salam aku berikan.

Seorang perempuan sebaya mama keluar dan menjawab salamku. Maklumlah, Anis sampai dirumahnya, aku ambil masa sedikit untuk kumpul keyakinan diri dan menyakinkan diriku yang tindakan aku tepat.

"Ini rumah Anis, kan?" Tanyaku meminta kepastian.

"Ya. Saya ni mak dia. Kawan Anis, kah?" Tanyanya kembali.

Aku kawannya kah? Bakal madunya baru tepat.

"Boleh saya masuk makcik. Ada benda nak dibincangkan. Penting." Kataku tanpa menjawab soalannya tadi.

"Silalah. Lupa pula nak ajak masuk. Sila. Sila. Kejap makcik panggil Anis." Katanya dan membuka pagar rumahnya untukku. Aku langkah masuk.

"Kejap, makcik panggil Anis. Duduklah dulu." Pelawa makcik itu.

"Tak apa, makcik. Saya nak bincang dengan makcik. Kalau bapa Anis ada, boleh bincang sekali." Tahanku. Biarlah aku bincang dengan orang tuanya dulu sebelum dipanggilkan Anis.

"Abahnya dah lama meninggal. Makcik tinggal dengan Anis dan abang dia saja. Tapi abang dia tak ada rumah la ni. Belum balik kerja lagi." Kata Makcik itu.

"Maaf, makcik. Saya tak tahu." Kataku.

"Tak apa. Duduk dulu, makcik buatkan air." Katanya. Aku biarkan saja. Sudah menjadi kewajipan untuk melayan tetamu sebaik mungkin walaupun aku masih tak dahaga. Biarlah mereka nak buat amal.

Sebaik saja makcik meletakkan air diatas meja makan dihadapanku, dia duduk bersebelahan denganku. Aku tarik nafas dalam sebelum mula membuka mukadimah tujuan kedatangan aku ini.

"Macam ni makcik. Saya, Nisa. Saya datang ni nak pinangkan Anis untuk suami saya. Izawanshah Hazriq. Cuma hari ni saya datang untuk merisik dulu kalau dia belum berpunya." Kataku.

Jantungku jangan cakap. Berdebar. Hatiku jangan ditanya. Bukan sekadar luka, dah dihiris dan digiris dengan jayanya. Tapi aku masih mampu tersenyum. Aku bukakan cincin risik yang Mami bagi aku dulu dan letakkan ditangan makcik.

"Untuk suami? Kamu ni biar benar? Kamu ada masalah ke?" Tanya makcik dengan wajah peliknya.

"Saya okey saja. Kenapa makcik?" Tanyaku kembali.

"Kenapa? Korang tak ada anak? Ke korang tak bahagia?" Tanya makcik lagi.

"Semua okey. Kami dah ada seorang anak dah." Jawabku.

"Dah tu, kenapa nak pinang Anis untuk suami kamu lagi?" Tanyanya dengan kerutan didahinya jelas kelihatan.

"Sebab dorang pun suka sama suka. Dari biarkan jumpa tanpa ikatan, baiklah nikahkan saja dorang." Jawabku.

"Kejap. Kamu tunggu kejap." Katanya seraya bangun. Nama Anis dijerit dari tangga bawah saja.

"Kenapa mak?" Tanya Anis yang baru lepas mandi aku rasa. Dia sudah berada dihadapan makcik.

"Kau kenal siapa ni?" Tanyanya pada Anis dan menunding tangannya kepadaku.

"Kenal." Jawab Anis perlahan. Mungkin terkejut dengan kehadiranku.

"Kau kenal suami dia?" Tanya makcik lagi kepada Anis.

Anis hanya angguk.

"Nah. Cincin risik kau." Kata makcik dan terus naik ke atas.

Anis datang dekat denganku. Cincin tadi diserahkan kembali kepadaku.

"Kenapa kak Nisa datang?" Tanyanya. Nadanya sedikit marah.

"I tunggu you text your address tapi langsung tak ada." Kataku.

"Itu tandanya Anis tak naklah. Itu pun akak tak faham ke?" Marahnya.

"Macam mana akak nak faham kalau akak masih nampak korang berdua keluar bersama. Dari biar korang macam tu saja tanpa ada ikatan baik diikat." Kataku. Marah juga bila tak pasal-pasal aku balik kena marah.

Apahal?

"Akak balik lah." Halaunya.

Aku bangun dan terus keluar dari rumah itu. Antara hairan dan sedih. Hairan kerana usahaku itu tidak mendapat sokongan darinya dan sedih sebab dihalau. Belum jadi madu dah kena halau.

Sabar sajalah Nisa.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now