Iwan sudah keluarkan arahan vetonya. Mahu atau tidak, aku terpaksa jga mengikut kemahuannya. Suka atau terpaksa, aku akan melekat dengannya 24jam 7hari (24/7). Kalau dulu siang saja dengannya, kini, siang malam akan bersama dengannya.
Puas aku dan Mami pujuknya untuk biarkan aku duduk dirumah menjaga Mami tapi sedikit pun tidak berkesan dihatinya. Sudah aku rayu, masih juga tetap dengan keputusannya.
"Jadi PA abang semula."
Ini bermakna, aku tiada masa untuk diri aku. Benar-benar hidup aku untuk dia sepenuhnya tanpa ada ruang untuk aku jauh dari dia. Keadaan ini benar-benar menyerabutkan otak aku.
'Kalau dah setiap masa dengan dia, hati aku pasti akan lebih terpujuk untuk terima dia dan pasti dengan mudah aku akan serahkan hatiku sepenuhnya kepadanya.'
Serius, aku tak mahu.
Iwan kata ada masih dalam protective mode. Aku akui. Aku memang menjaga hati aku dari dilukai. Sedikit pun aku tak nafikan. Itu kenyataan. Persediaan aku untuk ditinggalkan sepenuhnya. Makanya bila berterusan deengannya, bagaimana hatiku ingin biasa tanpa dia disisi?
Dulu, walau aku terluka dengan mainan cintanya, aku tahu yang aku bakal dinikahkan dengannya walau dia suka atau membantah. Mami pujuk aku untuk terima dia yang tak pernah aku buang dari hati. Susahnya nak cerita tentang hati dan perasaan. Tapi masa tu aku rasa secure.
Sekarang ni lepas dah kahwin, walaupun aku tahu dan percaya yang dia cinta dan sayangkan aku sangat-sangat bukan mainan macam dulu, tapi aku rasa tak selamat sebab aku rasa bila-bila masa dia boleh ceraikan aku atau madukan aku. Yang mana akan buatkan aku bertambah sakit.
Kenapa aku masih terima dia walau aku tahu sakitnya lebih lagi?
Aku rasa masa tu aku gila. Mungkin rasa sakit hati dan buatkan rasa nak balas dendam. Main-main terima dia jadi tunangan aku. Lepas tu, buat dia rasa sama sakit dngan aku. Tapi kejadian tu tak berlaku bila aku tengok betapa gembiranya Mami, mama dan abah saat aku menjadi tunangan dia, 2hari sebelum Mami berangkat ke tanah suci, Mekah.
Aku ingat, lepas buat dia jadi suamiku, aku nak minta cerai tapi sebelum itu nak seksa dia. Zahir dan batin. Tapi aku pula rasa takut dengan hukum Allah bila tok kadi yang menikahkan kami memberi khutbah nikah dan pesanan untuk pengantin. Jadi aku layan dia dengan layanan seorang isteri kepada seorang suami. Walaupun hati aku tak rela tapi aku turutkan. Semua kerana takutnya aku pada Allah.
Kau rasa bila aku dah serahkan semuanya pada dia, aku tak takut nak pegang gelaran Cik J? Kalau sekadar gelaran, masih boleh pekakkan telinga. Macam mana kalau aku jadi sengsara batin? Perasaan ingin disayangi dan dicintai datang tapi dia sudah tinggalkan aku?
Sebb tu aku letakkan hati aku jauh dari jasadku. Agar dia berada ditempat yang selamat dan tidak dilukai untuk kali yang ke... 3? Oleh orang yang sama.
Tapi bila dah selalu bersama, mestilah hati aku ingin kembali kepada jasad dan perasaan untuk selalu dicintai dan menyintai itu kembali. Ketakutan aku makin berganda. Ditambah pula otak aku ni selalu lupa kesakitan yang pernah aku rasa dulu sewaktu tahu diri ini dipermainkan. Maka, makin kuatlah hatiku berpaut pada dia.
"Bolehlah, Nisa duduk rumah. Jaga Mami. Mami kan dah tua. Apa-apa jadi dekat Mami nanti, Nisa ada." Rayuanku bersambung dalam bilik.
"Mami cukup kuat untuk jaga diri sendiri." Jawabnya.
"Macam ni, let say, Mami terjatuh ke. Kan susah Mami nak bangun kalau tak ada orang nak kat rumah. Bukan doa, in case aja." Aku cuba buat dia berfikir. Menggunakan teknik psikologi yang aku rasakan berkesan.
"Rumah kita dan office tak jauh pun, Nisa. Kalau Mami jatuh, tahulah Mami nak call. Ke Nisa nak abang pasang telefon everywhere just to make sure Mami senang nak capai telefon kalau Mami jatuh? Or maybe kita gantung saja telefon dekat leher Mami sebab Nisa risau sangat kalau Mami jatuh. What say you, dear?" Sarkastik bunyinya.
Aku dah terasa malas pula nak pujuk dia lagi. Arahan veto sudah keluar. Apahal aku kata veto? Korang tak dengar tadi dia cakap macam ni.
"Abang sebagai suami Nisa, arahkan Nisa untuk jadi PA abang seperti sewaktu kita bercinta dulu. Tugas PA dan isteri mesti dijalankan selari."
Dia gunakan kuasa sebagai suami untuk suruh aku jadi PA dia. Entah bila dia dapat idea ni. Aku dah sangat aman dan selesa bila 10 jam aku bebas dari dia. Kadang-kadang lebih dari tu.
Ini kalau dah PA. Bila ada masa untuk aku aman tanpa gangguan perasaan? Cuba korang bagi idea. Bila aku nak ada masa untuk diriku bertapa mengingatkan hati dan mendidik hati supaya sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan? Cuba habaq mai kat cek. Bila?
Dalam toilet sajalah. Itu pun kalau tandas awam. Kalau tandas rumah ni. Selalu je dia terjah masuk sesama. Ops... Kes rumahtangga korang tak payah tau detail. Sikit-sikit je.
Korang!!! Tolonglah aku lepaskan diri dari dia. Huwaaaaaa....
Psssttttt : jangan komen suruh update cepat. Nanti teruja tu datang. Update lebih dari satu part pulak sehari. 😁😁😁😁😁
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...