Part 28

3.8K 193 11
                                    

"Hang buat lawak ka apa, Iwan? Kesian hang tau dak aku tengok ustaz-ustaz tu terkebil-kebil duk kat rumah. Jaga rumah. Bila aku sampai tengok depa duk melangut dekat ruang tamu. Mujur aku balik. Kalau tak, tak tahulah pukul berapa depa boleh balik." Riuh suara kak As membebel.

"Bila hang sampai?" Tanyaku.

"Pukul 3lebih aku sampai. Ustaz kata dah setengah jam kau pergi hospital tak balik lagi. Depa pun tak sampai hati nak buka kes sebab tengok hangpa dua duk pucat tak berdarah." Terang kak As.

"Nisa, sihat dah? Berjangkit ke ni? Haila hangpa. Bagus betui. Sorang sakit, sorang lagi pun nk sakit. Macam kembaq." Kak As mengalih tumpuannya pada Nisa.

Tak sangka Nisa nak sebilik dengan aku. Dan paling tak sangka, sanggup jaga aku siang dan malam sampaikan dia terkena jangkitan. Mujur pergi x-ray tadi doktor kata tak ada apa-apa. Tinggal tunggu ujian darah.

"Alhamdulillah, kak. Batuk ni sajalah. Sebenarnya tak ada pun sampai kena masuk hospital. Tak adalah teruk macam abang Iwan tapi dah abang Iwan tu yang nak juga bawa ke hospital, Nisa ikut saja." Jawab Nisa.

"Mujur Iwan bawa hang ke hospital. Kalau tak, tak pasal hangpa kena tangkap basah. Bukan lama pun nak nikah. Lagi bapa hari ja lagi nih." Kata Kak As.

Aku dah pelik. Aku dan Nisa ke? Nisa kan dah bertunang dengan orang lain. Kenapa yang aku pula kena nikah dengan Nisa? Kejap erk. Aku nikah dengan Nisa? Senyuman sudah tersungging dibibir aku.

"Apa kak As merepek ni? Nanti suami Nisa dengar, kecil hati." Kataku cuba menyangkal. Aku lihat Nisa sudah menghadiahkan jelingan maut kepadaku. Sudah. Kenapa?

"Hang merapu apa ni? Hang la bakal suami dia. Penat tau aku naik turun flight nak pi merisik, lepas tu pi hantar rombongan meminang. Hang sedap ja outstation. Ni aku balik nak pi hantaq hang nikah. Tinggal anak laki aku sat. Hang duk merapu lagu ni. Aku sekeh hang sat lagi." Marah Kak As.

"Hang drive sorang ka dari Perlis?" Tanyaku.

"Hang gila ka apa? Aku mai dengan laki aku la... Aku duk cerita masa nak merisik dan tunangkan hang tu. hish la hang ni." Kak As sudah menampar lenganku.

"Tak ada siapa pun bagitahu yang Iwan tunang dengan Nisa. Nisa kata orang lain." Aku pandang Nisa. Dia buat tak tahu saja.

"Ni kira hang demam sebab frust lah ni? Padan muka hang. Buat jahat. Allah balas balik. Sakit tak kena tinggal dengan Nisa?" Kata kak As.

"Bila masa Iwan buat jahat?" Aku cuba membel diri.

"Hang ingat kami tak tau hang buat apa kat Nisa. Mujur Mami dapat pujuk Nisa terima hang. Kalau tak, meraunglah hang." Sembur kak As.

Aku pandang Nisa. Dia buat muka tak tahu saja. Patut perkenalkan abang Ngah Hairil sebagai suami dia. Ingat aku tak kenal ke abang-abang dia. Mama dia dah tunjuk kat aku gambar abang-abang dia. Aku dah hafal muka mereka berdua. Dah semat kemas dalam kepala otak aku supaya tak timbul salah faham nanti.

"Agaknya yang Lukman kata suami Nisa tu, abang Ngah Hairil lah kot." Kataku memandang Nisa. Dia masih lagi buat tak tahu. Masih selamba menonton televisyen.

"Bagus Nisa. Akak sokong. Biar dia rasa." Kata Kak As dan terus duduk di katil Nisa.

"Apa nama abang Ngah diseru ni?" Satu suara yang baru masuk ke dalam bilik kami.

"Abang Ngah." Sebut Nisa. Dia salam lelaki itu. Aku senyum. Abang Ngah Hairil datang dekat aku.

"Abang Ngah." Aku juga sebut nama itu dan menyalaminya.

"Dah sihat?" Tanyanya.

Aku angguk.

"Kalau tak sihat lepas masuk 4 botol air, tak tahulah." Jawab Nisa.

"Kata orang. Awak tu macam mana boleh demam? Sebelum tinggalkan semalam, elok saja bang Ngah tengok. Awak berapa botol dah masuk?" Sergah abang Ngah Hairil. Nisa sengih dan mengangkat dua jarinya.

"Sama saja. Awak pun antibody pun tak kuat, ada hati nak jaga orang. Elok lah tu. sorang demam, sorang ikut demam." Bebel abang Ngah Hairil.

"Tulah kak As cakap kat depa. Ni kalau ada anak. Parah. Hangpa duk dengan Mami saja. Anak-anak hangpa kalau hangpa demam, Mami ada nak jaga." Sambung Kak As.

"Mama abah mana?" Tanya Nisa. Nampak sangat tak nak hal itu dilanjutkan.

"Tengah uruskan orang khemah. Lepas orang pasang khemah, baru dorang datang sini. Nak tengok anak menantu kesayangan mereka ni." Kata abang Ngah Hairil.

Aku, Nisa dan Kak As angguk.

"Kau dah ready ke Iwan? Boleh keluar hospital tak ni? Hari ahad ni. 2 hari je lagi" tanya abang Ngah Hairil. Aku senyum.

"Nisa punya pasal abang Ngah. Doktor tak bagi keluar, saya lari." Jawabku.

"Kau jangan nak lari. Karang adik aku ni bersanding seorang. Pengantin lelaki masuk hospital. Pengsan." Kata abang Ngah Hairil lagi. Keras bunyinya tapi dia ketawa tanda bergurau. Kak As jangan cakaplah, ketawa mengilai. Betul-betul anak mami ni.

"Jaga adik abang Ngah ni elok-elok. Kalau dah tak nak, pulangkan balik dengan cara terhormat. Jangan sia-siakan dia. Dia satu dalam sejuta yang kau boleh jumpa. Sangat rare. Hati dia, kalau itu. Itu saja. Tak ada yang lain. Jangan ragui atau khianati kesetian dan kepercayaan yang dia bagi. Kalau tak, kau tak akan jumpa dia lagi. Walaupun dia gemuk tapi dia rajin. Walaupun dia nampak tabah tapi hati dia rapuh. Walaupun nampak kasar tapi sebenarnya dia lembut. Kalau dia senyum gembira belum tentu hati dia pun sama. Dia memang tak pandai nak luahkan apa yang dia rasa seabb tu abang Ngah pesan ni. Start belajar bahasa tubuh seorang perempuan." Nasihat abang Ngah Hairil. Aku angguk.

"Jangan jadi lagi kejadian dulu. Abang Ngah sudi terima Iwan sebab abang ngah selalu nampak Iwan skodeng Nisa. Selalu nampak cara Iwan pandang Nisa. Walaupun Nisa masih belum percaya, tapi macam Farina pernah cakap. Iwan yang tak sedar betapa dalam rasa cinta itu. Macam Mami pernah cakap. Iwan tak sedar yang Iwan dah jatuh cinta sejak kali pertama nampak Nisa. Mami suruh Iwan pikat Nisa sebab Mami nampak yang Iwan terpegun bila nampak Nisa di trafic light lama dulu. Abang Ngah tahu semua kisah korang walaupun jauh. Lebih tahu dari mama dan abah." Cerita abang Ngah Hairil.

Aku pandang Nisa. Matanya masih selamba menonton televisyen. Adakah dia masih ragu untuk terima aku? Atas dasar apa dia terima lamaran Mami? Kenapa hati seorang Nisa Ul Husna susah nak maafkan aku?

Walaupun hati aku gembira kerana dia bakal aku miliki tapi jauh disudut hati ini masih lagi bertanya, siapa aku dihatinya?

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now