"Mami ingat kelahiran anak hang buat hang sedar. Duduk dalam labour room tu ingatkan hang insaf tapi makin teruk. Apa jadi hang ni Iwan? Sampai bila tak nak maafkan Nisa?" Mami dah bising.
Aku biarkan saja dua beranak itu. Aku tumpukan tumpuanku kepada anakku. Aku sudah malas nak dengar Mami bebelkan Iwan yang mengabaikan aku. Aku dah tak ada hati nak sentap dan terasa lagi. Hati aku ni dah macam dah tak ada. Macam dah hilang sampaikan aku tak rasa sakit atau gembira.
Aku bukan tak tahu yang Iwan meragui anak kami. Sekaligus meragui aku. Kalau tak, takkan sampai dia membuat ujian DNA keatas anak kami. Aku ternampak surat keputusan ujian DNA itu didalam beg kerjanya sewaktu mengambil beg itu untuk diserahkan kepadanya. Waktu itu beg itu terbuka dan aku pula tergatal tangan nak selak kertas-kertas didalam tu.
Sampai hati Iwan meragui kesucianku. Sejahat aku, tak pernah sekalipun terlintas dikepala otak aku ni nak serahkan miliknya pada orang lain. Aku tahu batasan walaupun aku sudah melampaui batas seorang wanita dan lelaki lain. Tapi tidaklah sampai aku nak tidur dengan lelaki lain selain dia. Kenapa susah sangat dia nak percaya?
Walaupun dia sambut dengan baik anak kami tapi waktu itu saja. Bila kami balik ke rumah, dia terus mengabaikan kami berdua. 2 minggu lepas tu, barulah dia mula memberikan perhatian pada Sufi Asfa. Kelahiran Sudi Asfa juga didaftarkan selepas itu.
Aku sedih. Anak kami diragui statusnya tapi aku simpan rasa sedih itu. Aku senyum saja bila dia ada depan aku. Aku senyum gembira bila Mami ada denganku. Aku tahan air mataku dari mengalir. Aku tahan senduku dari didengari sesiapa pun.
Walaupun Iwan sudah menerima Sufi Asfa tapi aku masih tidak mampu menarik perhatiannya. Ada masa aku dibuat seperti tidak wujud. Bukan ada masa, setiap masa. Kalau aku cuba menarik perhatiannya, sebuah jelingan maut dihadiahkannya. Kalau dia bersuara, pastinya ianya sesuatu yang menyakitkan hatiku.
Sama saja keadaan sebelum dan selepas kelahiran Sufi Asfa. Aku sudah penat nak memujuk. Pelbagai cara sudah aku lakukan. Sehingga aku letih. Makanya, aku biarkan saja. Dia nak dingin ke nak sakitkan hati aku ke. Aku diam dan senyum. Selagi masih boleh senyum.
Aku jalankan saja tanggungjawab aku sebagai seorang isteri, ibu dan menantu. Dia sudah rujuk kembali denganku pun sudah buat aku puas hati. Aku dah malas nak harap lebih lagi. Yang penting, anak aku masih dapat kasih sayang abi dan ummi nya tanpa perlu membahagikan masa. Aku mahu anak aku duduk dalam keluarga yang sempurna walaupun abinya abaikan umminya. Biarkan. Aku redha.
Walaupun redha itu pahit tapi aku juga tak terniat nak biarkan dia dilaknat Allah. Aku tak nak dia ditarik ke neraka kerana aku sangat sayangkan dia. Jadi aku kena redha. Aku ingin ke syurga bersamanya. Menjadi bidadarinya.
Lagipun, aku yang membuatkan kepercayaan dia padaku goyah. Kalau aku tak ikutkan kata hatiku, pasti benda-benda macam ni takkan terjadi. Tapi 'kalau' itu tiada maknanya. Semuanya sudah terjadi. Sekarang bukan waktu untuk mengenang tapi untuk memperbaiki dan aku harap, diamku ini akan baiki keadaan.
Usaha sudah aku lakukan. Aku juga sudah minta Nas untuk pergi menjelaskan kepadanya walaupun dalam keadaan aku yang sedang mengalami kontraksi waktu itu. Aku tahan dan aku gagahkan diri agar dia tahu yang semua ini hanya salah faham. Tapi dia masih juga tidak mahu terima penjelasan itu.
Sekurang-kurangnya dia rujuk aku.
Ya. Dia rujuk denganku walaupun dalam keadaan terpaksa walaupun dia sebut ikhlas. Mungkin dia betul-betul ikhlas waktu itu. Itu bukan urusan aku untuk menilai. Tapi tindakan dia selepas itu buatkan aku mempersoalkan keikhlasan yang dia maksudkan.
Ikhlas tara mana? Ikhlas ke terima aku sebagai isteri bila dia mengabaikan aku. Ikhlas kot terima aku. Tu yang sakitkan hati aku. Lantaklah. Malas aku nak fikir.
"Iwan tu dah melampau sangat Mami tengok." Marah Mami lagi.
"Iwan ikut kehendak mami. Iwan rujuk dengan dia. Jadi apa lagi yang mami tak puas hati?" Balas Iwan.
Aku senyum sindir.
Sebelum kahwin, dia mengorat aku kerana mami. Sekarang dia rujuk juga kerana Mami. Tak pernah menerima aku kerana dia memang nak terima aku. Lepas aku dah jauhkan diri dari dia, baru dia sedar yang dia cintakan aku. Terhegeh-hegeh merayu untuk aku terimanya semula.
Jadi Nisa, disappear.
Tak nak. Aku penat. Sekarang aku ada komitmen pada Sufi Asfa. Kalau aku lari bawa Sufi Asfa, maknanya mami akan susah hati. Bila mami susah hati, pasti dia akan cari aku. Sekali lagi hati aku akan dirobek. Dia cari aku kerana mami.
Tinggalkan semua kenangan kau padanya. Tinggalkan dia dan Sufi Asfa.
Tidak. Sufi Asfa anakku. Dia masih kecil dan masih perlukan aku. Terutama susu dariku. Aku tak mahu dia makan susu lembu. Dia anak manusia, perlu menyusu pada manusia. Dia anakku. Perlu menyusu denganku.
Jadi kau nak buat diri kau terus terseksa?
Biarlah.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...