PART 43

3.6K 183 9
                                    

Terkejut aku bila Nisa datang membawa resume dan semua sijil-sijilnya. Dia menyerahkan semuanya kepadaku dan memberikan CV untuk permohonan jawatan sebagai PA aku. Aku yang masih tercenggang tidak tahu hendak memberi riaksi apa.

"Encik tak nak interview saya ke?" Tanyanya.

Aku yang masih blur terkejut dengan soalannya. Aku pandang dia lagi. Dia hanya senyum. Manis sekali. Aku jadi terpegun. Seolah-olah ini adalah kali pertama aku melihatnya. Umpama kali pertama aku melihat senyuman manisnya itu. Sungguh aku jatuh hati sekali lagi.

"Encik" Dia melambai-lambaikan tangannya dihadapan wajahku.

Aku berdehem. Membetulkan dudukku. Duduk dengan selesa. Aku pandang semula CV dan resume serta sijil-sijilnya. Aku selak satu persatu. Kemudian, aku anggukkan kepalaku.

'Rupanya Nisa adalah pelajar cemerlang. Dengan CGPA 3.78. Kenapa susah dapat kerja ya?' Aku kerutkan dahiku. Berfikir.

'Mesti sebab badannya.' Aku anggukkan kepalaku. Setuju dengan alasan yang aku berikan.

"Jadi, awak nak kerja disini?" Tanyaku. Layankan dia yang nak buat secara formal.

"Ya, Encik."

"Sebagai PA saya?"

"Ya, Encik."

"Kenapa saya perlu untuk berikan jawatan itu kepada awak. Saya difahamkan awak punya jawatan yang lebih besar sekarang ni. Kenapa pilih untuk jadi PA saya? Bukankah jawatan isteri saya tu lebih besar dan baik?" Tanyaku menahan tawa. Mukaku aku cuba untuk seriuskan dengan sebenar-benar serius.

"Jawatan isteri hanya diluar waktu kerja, Encik. Saya nak sentiasa dengan Encik siang dan malam. Walau dimana encik berada. Barulah macam lengkap hidup saya. Barulah saya rasa yang saya dan encik tak ada masalah dalam hubungan. Baru saya yakin encik masih sayangkan saya." Jawabnya penuh yakin.

"Atau awak tak percaya dengan saya? Mungkin awak nak jadi spy saya?" Sengaja aku lemparkan persoalan itu walaupun tidak terlintas nak meragui dia.

"Saya tak perlu nak jadi PA encik kalau nak jadi spy. Saya boleh saja upah spy untuk intip pergerakan encik. Lagipun, duit belanja yang encik bagi kepada saya setiap bulan mampu untuk membayar 10 orang spy." Jawabnya. Aku angguk.

"Kalau awak adalah saya. Awak rasa kenapa saya mesti lantik awak jadi PA saya?" Tanyaku lagi.

"Kerana saya mampu menghilangkan rasa rindu encik pada isteri encik yang comel tu. Keberadaan saya disini akan buatkan encik tidak perlu susah hati sama ada dia selamat atau mungkin boleh menghilangkan keraguan encik kemana dia pergi." Jawabnya lagi.

Aku tersedak dengan jawapannya. Mana dia tahu apa yang aku fikirkan? Betul aku selalu risaukan keselamatan dia. Dan setiap kali dia minta izin untuk keluar atau ke studio Farina, hati aku tak senang. Bermacam-macam persoalan yang timbul. Ada pernah sekali aku meragui dia. Aku juga pernah terfikir yang dia curang padaku.

Walaupun Nisa gemuk tapi dia punya daya tarikan yang mampu membuat orang suka kepadanya. Tak kira lelaki atau perempuan. Dia mudah mesra dan senag didekati. Yang paling utama, dia punya senyuman yang bisa mencairkan hati aku.

Aku saja yang cair. Orang lain okey saja.

"Baik. Kalau macam tu, saya terima awak bekerja dengan saya. Bila-bila masa awak boleh mula bekerja. Tapi saya cadangkan esok sebab hari ini saya nak bersama dengan isteri saya. Dah ada depan mata ni. Rindu pula." Kataku.

"Isteri bos tak ada. Dia sakit perut." Katanya dan terus berlalu ke tandas.

Aku ketawa dan geleng kepala. Mataku tertumpu pada pintu tandas didalam bilikku ini sehinggalah Nisa keluar. Dia memegang perutnya. Aku gamitnya untuk dekat denganku.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now