Seoul Garden kau dia belanja aku hari ni. Gila tak gila sangatlah... Cuma untuk date dengan budak gemuk yang selekeh gaya aku ni, ini dah macam terlebih sudah, bah. Walaupun aku tahu yang untuk dia RM45 seorang ni macam tak ada apa-apa untuk dia tapi untuk budak yang kaya hanya bapa dia saja ni, aku rasa macam wow...
Aku tahu korang hairan. Duduk banglo tapi dapat makan dekat Seoul Garden pun macam dah teruja tahap gaban, kan? Aku tahu apa yang korang fikir. Meh nak habaq satu kisah riwayat hidup aku.
Setiap bulan abah masukkan elaun untuk aku cuma RM1,000. Itulah duit aku nak bayar ansuran kereta tapi mujur sekarang dah habis sebab aku ambil kereta abah aku dengan ansuran RM350/bulan selama 3tahun. Jadilah kereta Myvi tahun 2007. Duit tu juga digunakan untuk untuk isi minyak, tol dan semua perbelanjaan lain. Kalau bulan tu tak cukup dan aku minta duit kat abah, makanya elaun aku untuk bulan depan akan dipotong.
Haruuu abah aku tuh. Dengan anak sendiri pun nak berkira.
Makanya apa beza hidup aku dengan korang? Tak ada bezanya. In fact korang dapat lebih lagikan? Aku tahu. Kawan-kawan aku semua pun macam korang. Nak apa pun, minta saja kat mak bapa dorang. Aku ni dah jadi kesian kadang tu. macam orang tak ada mak bapa. Masa belajar dulu, aku paling sakit hati bila pensyarah suruh beli buku teks tapi tak guna. Tau tak yang duit beli buku yang berpuluh or beratus ringgit tu sangat bernilai untuk aku?
Sakit hati kite!
"Abang Iwan nak belanja Nisa hari-hari ke?" Tanyaku bila kami sudah tersandar.
Makan apa saja sampai kenyang. Gila kau tak tersandar kekenyangan. Akulah paling utamanya bila aku rasa harga tu untuk seorang macam terlalu mahal, maka aku makan serupa dengan harga. Sekarang ni aku dah terlalu kenyang. Jangan nak cakap banyak. Macam orang depan aku ni yang tetiba hari ni sarcastic tapi masih juga dalam misi nak ngorat aku.
"Dapat makan macam ni, hilang tekanan, kan?" Tanyanya tanpa menjawab soalanku.
"Kenyang itu nikmat sebab tu ia dapat release tansion" Balasku.
Dia angguk saja. Senyumlah sikit dari tadi muka kayu saja. Aku cakap apa pun dia main 'ermmm' je. Tak ada kesedaran sivik langsung yang aku ni rasa macam cakap dengan tunggul.
"Abang Iwan tekanan apa ni? Awek lari? Ke awek ajak kahwin tapi abang Iwan tak nak?" Tekaku.
Dia ketawa.
"Nisa kan awek abang Iwan. Kalau Nisa ajak kahwin, sekarang ni juga abang pergi jumpa mama abah Nisa. Minta izin kahwin esok juga. Tak nak tangguh-tangguh." Jawabnya bila ketawanya sudah surut.
"Lawak sangatlah abang Iwan" kataku sambil ketawa yang dibuat-buat.
"La, abang serious lah. Dari hari tu asyik cakap abang main-main. Kenapa susah sangat nak percaya ni?" Dia dah masuk mood serius.
Aku cebik dan memandang ke sebelah kananku. Ada sepasang pasangan yang sedang menjamu selera. Nampak mesra dan ceria. Yang penting, nampak sepadan.
"Cuba tengok couple dekat sini, nampak tak perbezaan mereka dengan kita? Sepadan. Kita ni tak ada kesepadanan langsung, tahu?" Kataku memandang tepat kewajahnya tanda aku benar-benar serius.
"Dah dekat sebulan kita jumpa. Hari-hari. Makan sana sini. Jumpa banyak couple depan kita. Ada nampak yang serupa kita? Kita ni bukan macam langit dan bumi tapi macam beauty and the beast. Yang beauty bukan Nisa tapi abang Iwan. Nisa ni macam beast. Besar bukan besar tapi gemuk. Selekeh pula tu. Pakai main tangkap muat. Make up pun tak reti. Tudung pun main acik sarung saja. Abang tu pula sebaliknya dengan Nisa. Abang Iwan pandai bergaya, kurus, tinggi. Ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita." Kataku.
Sedih juga kutuk diri sendiri tapi aku rasa aku kena sedarkan abang Iwan ni yang aku tak sudi dipikat. Dahlah asyik bawa aku pergi makan saja. Macam cara nak pikat aku itu adalah makanan. Erm... Tapi memang aku suka makanan pun. Siapa tak suka makanan, memang rugi.
Tapi suka makanan bukan bermaksud nak kena pergi makan saja. Lepas makan, bawalah pergi shopping ke, tengok wayang ke, jalan-jalan dekat tasik ke. Ini, lepas makan, hantar aku balik. Langsung tak romatik. Agaknya macam ni kot gaya orang tua bercinta.
"Lepas makan ni kita pergi shopping. Kita buat transformasi pada Nisa. Beli pakaian cantik-cantik. Abang Iwan payung kemas" Katanya tanpa perasaan atau pun kot nak fikir apa yang aku cakap tadi.
"Ingat baju Nisa ni senang cari macam baju awek tu ke?" Kataku yang dah mula geram. Aku ni nak buat dia sedar hakikat yang aku ni dengan dia tak sesuai.
"Macam tu, kita pergi butik, tempah baju." Putusnya sambil tayang muak tak bersalah.
"Stress lah Nisa dengan abang Iwan ni." Dan aku terus bangun. Mengambil makanan yang masih banyak.
Betullah, makanan terapi tekanan. Arhhhh....!!!
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...