Part 64

3.1K 155 12
                                    

Dah kali yang ke lapan aku terserempak mereka berdua. Dan selalu itu buatkan aku rasa betapa peritnya perasaan Iwan bila melihat aku dan Nas dulu. Sekurang-kurangnya aku nampak dia dan perempuan tu hanya makan. Berjalan. Kali ini di tempat letak kereta. Baru keluar dari bangunan Komplek PKNS. Tak ada berpegangan tangan atau mesra macam aku dan Nas.

Kesiannya habib masa tu.

Disebabkan itu, aku makin rasa kuat untuk bertahan dengannya. Aku faham perasaan tu. Keadaan dia masa tu lagilah teruk agaknya. Lihat isteri didalam pegangan lelaki lain. Aku tengok diorang yang macam kawan je pun dah terasa nak meletup. Apatah lagi dia. Kan?

Tarik nafas. Tahan. Lepaskan perlahan-lahan.

Aku tak sesabar dan setabah Iwan dan tengok saja mereka buat macam ni. Kalau dah namanya berduaan tanpa urusan kerja, rasanya berdosa. Aku dulu pun buat dosa tapi aku tak nak Iwan pun buat dosa macam aku. Jadi, aku kena ambil satu keputusan gila drastik.

"Habib. Hai. Anis kan?" Tegur aku.

Memang sengaja aku melintas mereka. Saja nak bertegur sapa dengan mereka.

"Macam mana Nisa kenal Anis?" Tanya Iwan.

"Dia pernah datang rumah Mami. Masa tu habib demam. Mami pula masih dekat Jeddah masa tu. Datang nak jumpa habib. Risau sebab habib tak pick up phone. Tak reply text dia. And of course sebab dia rindu pada habib. Tapi masa tu Nisa tak bagi jumpa sebab habib demam teruk." Jawabku.

Aku senyum semanis yang aku boleh. Mataku dah mula menghangat. Aku tahan hati. Jangan sampai mengalir air mata dengan apa yang aku nak katakan lepas ni.

"Nampaknya berhasilkan usaha you. Mula dengan kawan and know rasanya dah lebih dari tu." Kataku tanpa sengaja keluar ayat sinis tu.

"Nisa." Tegur Iwan. Aku tak pasti tu nada marah ke atau sekadar menegur.

"Nak ke nikah dengan Iwan? Kalau nak, bagi alamat. Nanti saya pergi pinangkan awak untuk Iwan. Ni kad saya. Ada nombor tu. Send je alamat dekat situ. Saya tunggu." Kataku dan memberikan kad namaku kepadanya.

"Nisa." Kali ni aku pasti, itu nada marah.

Aku senyum padanya. Seikhlas mungkin.

"Nisa pergi dulu." Kataku dan segera mengambil tangannya untuk aku kucup. Entah mana datang keberanian nak buat macam tu.

Terus aku berpaling tanpa beri peluang kepadanya melihat wajahku yang sudah suram dan mataku yang sudah berair. Sudah lama aku tak berkesempatan untuk mencium tangan itu. Dia tak pernah beri aku peluang untuk mencium tangannya didalam sedarnya. Mengucupnya hanya diwaktu luar sedarnya. Saat dia sedang tidur.

Hari ni dapat kucup tangan tu. Rasa macam 'Ya Allah' Bahagia itu sukar untuk digambarkan. Aku tidak menangis kerana kasihnya padaku sudah beralih arah tapi kerana aku rindukan untuk mengucup tangan itu.

"Nisa." Suara itu memanggilku mesra. Pegangan tangan itu sudah bertaut dengan tanganku. Sebelah lagi tangannya kini sudah berada dibahuku. Lembut sekali sentuhan itu. Mengarahkan aku untuk ke toleh ke belakang. Sekali lagi air mataku mengalir.

Sudah lama tangan kami tidak bertuat begini. Sudah lama aku tak dengar dia memanggil namaku dengan lembut. Sudah lama aku rindukan saat ini. Allahu Allah.

Tak semena badanku sudah berada didalam pelukannya. Erat sekali. Aku balas pelukan yang lama aku rindukan itu. Aku benar-benar rindukan dia. Walau dia didepan mataku tetapi dia jauh denganku. Kini aku rasa jarak diantara kami sudah tiada.

Allah. Terima kasih, Allah.

Kau kuatkan hatiku untuk bersemuka dengannya. Aku tak kisah apa pun alasan dia. Yang penting, aku rindukan dia. Sentuhannya. Pelukannya.

Allah...

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now