Part 67

3.2K 156 5
                                    

"Khayla, apa khayla buat ni?" Tanyaku padanya yang sedang melipat pakaian kami.

Aku duduk disampingnya. Merapatkan belakangku dengan belakangnya. Saja, sekadar bagi sokongan pada badannya untuk duduk melakukan tugasannya. Aku bukan pandai pun nak melipat. Kang salah lipat, Nisa bising.

Nisa, the perfectionist in small things.

Kalau kerja-kerja dekat rumah ni, tak payahlah aku nak ringan tulang buatkan. Kalau tak mami, Nisa yang akan bising. Ada saja yang tak kena. Letak sengetlah, tak bersihlah. Banyak sangat complain. Malas aku nak layan. Aku biarkan diorang saja yang buat.

Serahkan pada yang pakar.

"Khayla tengah lipat bajulah. Apahal tanya soalan orang buta ni?" Jawabnya.

"Bukan tu lah. Pasal khayla pergi merisik Anis tu. I thought kita dah okey." Balasku.

"Kita memang dah okey tapi tak apalah. Habib pun suka pada Anis. Anis pun memang suka habib. Baik nikah. Elak dari benda-benda yang tak diingini." Jawabnya selamba.

"Nak buat apa Anis kalau dah ada khayla." Kataku.

"Tak apalah. Sharing is caring, kan? Khayla sayangkan habib sebab tu khayla sanggup share habib dengan Anis." Katanya.

Serius. Langsung tak ada perasaan nada dia. Aku yang makin tak faham. Kalau perempuan lain, dah meraung, baling-baling periuk belangga dah bila dengar suami ada perempuan lain. Nisa? Boleh pergi merisik pula tu.

Kejadah betul.

"I don't need Anis. I just want you." Tegasku.

Dia berhenti melipat baju dan memusingkan badannya menghadap aku. Aku juga. Dia pandang aku. Tanganku diambilnya dan digenggam erat.

"Sepatutnya habib suka. Khayla izinkan habib nikah seorang lagi. Dengan perempuan yang habib suka. Yang perfectly standing beside you." Lembut kata-katanya.

Aku yang tergamam. Tabah ke pasrah dia ni? Tak boleh nak fikir ni. Apa kenalah isteri aku ni? Dah kenapa nak izinkan aku kahwin lain? Ingat best ke apa ke? Apa sebenarnya tujuan dia ni?

"Kalau habib dah nikah dengan Anis, tak payahlah khayla ikut habib pergi apa-apa function lagi. Anis sangat sesuai untuk ikut. Habib mesti bangga dapat isteri yang cantik dan padan dengan habib. Senang nak cari baju. Pokoknya, menyenangkan hati habib." Sambungnya.

Apa kena dengan Nisa ni? Apa yang dia cuba nak sampaikan ni? Sejak aku terima nikahnya, aku tak pernah rasa segan nak perkenalkan dia sebagai isteriku. Aku tak pernah kisah tentang kata-kata temanku. Aku bangga punya Nisa berdiri disebelahku. Aku tak perlukan orang lain.

Yang aku ni mengelabah kenapa?

Bukanlah apa. Kalau aku perlukan orang lain, aku tak akan ambil dia semula menjadi isteri aku dan aku tak akan terima dia kembali seperti sekarang. Walaupun ambil masa tapi itu semua kerana keegoan aku. Tak ada kena mengena dengan fizikal dia atau apa pun alasan lain.

Aku rujuk dengannya kembali tanpa berfikir panjang, bukan sebab mami atau siapa pun tapi sebab aku sangat terseksa sewaktu kami berpisah dulu. Aku dah biasa dia ada tidur disebelahku. Aku dah biasa dia ada sentiasa dengan aku. Bila dia tak ada, rasa kosong.

Walaupun aku sakiti hati dia sebab aku rasa sakit tapi aku lega sekurang-kurangnya dia masih ada denganku. Masih tidur disebelahku. Aku boleh melihatnya siang dan malam. Sungguh hati aku sakit tapi dalam masa yang sama ada ketenangan disitu.

Itu semua sebab apa? Sebab aku sayang, kasih dan cintakan dia.

Sekarang, dia nak aku alihkan rasa itu pada orang lain. Kejadahnya lah.

"Habib pujuklah Anis terima pinangan khayla. Khayla betul-betul tak kisah. Kan dari mula perkahwinan kita dulu, khayla dah cakap. Andai ada perempuan lain yang layak dan habib suka, bagitau khayla. Akan khayla pinangkan dia untuk habib. Tapi kalau dulu khayla tak kisah andai diceraikan tapi kali ni khayla serius, khayla rela bermadu tapi tidak untuk hidup tanpa habib. I want to be your wife forever." Kata Nisa.

Entahlah. Tak faham aku dengan perempuan ni. Nisa macam ni. Anis macam tu. Kadang terpaksa setuju dengan kata-kata Bob Marley.

"No women. No cry."

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now