Walaupun dia gemuk tapi senyuman dia seksi weh. Itu belum lagi aku tengok dia ketawa. Walaupun macam orang gila sebab ketawa sendiri dalam kereta seorang diri tapi aku tetap rasa dia menggoda.
Auch!
Sakit pula kena cubit dengan orang sebelah. Terus aku masuk gear. Pandang anak dara orang sampai tak sedar lampu isyarat dah tukar warna hijau.
'Cepat pula lampu ni bertukar warna. Selalu tu lama je'
"Berangankan siapa tu?"
"Tak ada siapa, Mami." Jawabku.
Mami aku ni tak boleh nampak aku berangan, mesti dia ingat aku berangan dengan mana-mana perempuan. Kalau boleh, sekarang juga Mami nak aku nikah. Tak sabar katanya nak timang cucu.
Kalau lepas kahwin tu boleh mengandung. Buatnya jadi macam kes kakak si Zahran, Nita. Parah. Mau nasib isteri aku tu sama macam Nita. Dipaksanya aku kahwin lain.
'Memang taklah. Aku ni lelaki paling setia diabad ini'
Aku cebik. Poyo pula aku rasa. Belum kahwin lagi. Belum pernah bercinta pun. Dah pandai-pandai nak kata orang paling setia. Lupa ke yang hati itu dipegang sepenuhnya oleh Allah? Bila-bila masa pun Allah boleh twist. Dari benci jadi sayang. Dari sayang jadi benci. Kun Faya Kun.
"Kau tu tengah bawa kereta. Jangan nak berangan. Ingat sikit. Mami ni masih belum timang cucu lagi. Jangan sampai Mami kempunan. Mami kacau kamu sampai mati nanti" Tegur Mami yang menyedarkan aku dari khayalanku.
"Mengarutlah, Mami. Khurafat semua tu" Balasku.
"Mami ingatkan saja. Kau tu tengah drive. Jangan sebab kau berangan, Mami mati ditangan kau. Menangis air mata darah pun, Mami tak boleh hidup semula." Kata Mami lagi.
"Baik, Mami" Kataku dan menegakkan dudukku.
"Kamu pandang budak sebelah tu ke?" Tanya Mami sambil menunjukkan kereta disebelah kiriku. Aku pandang kearah kiriku.
'Dia'
Ya, dia yang tadi aku tengok melalui cermin pandang belakang kini ada disebelahku. Tengah mengetuk-ngetuk stering keretanya sambil menghangguk-hangguk kepalanya. Badannya juga turut mengikut rentak hanggukan kepalanya. Entah lagu apa yang didengarnya. Syok saja.
"Tok sahlah cari menantu macam tu untuk Mami. Tak berkenan. Meroyan ke apa ke? Cuba duduk dalam gheta tu diam-diam. Selawat ka, zikir ka. Ini duk terhanguk lagu tu. Aih, minta simpang" Keluar loghat utara Mami.
"Tak baik lah Mami ni. Entah dia tengah stress ke. Sajalah tu duk nak release stress. Lagipun, dia seorang. Bukan dia kacau orang pun" Balasku.
"Back-up nampak. Awat? Love at the first sight ke?" Usik Mami.
Aku geleng kepala.
Macam-macam Mami nilah.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...