Part 60

3K 158 6
                                    

Sudah setahun aku menjawat jawatan Pengurus Pemasaran. Rutin aku juga sudah banyak berubah. Pagi sarapan mesti dengan nasi. Tengahri aku balik susukan Sufi Asfa dan kemudian terus pejabat semula tanpa sempat menjamah makanan. 2-3 hari sekali, aku akan balik dan singgah ke kedai untuk beli roti. Stock untuk makanan dalam kereta waktu tengahari. Petang pukul 5.15 aku mesti kena ada dekat rumah kalau tak nak dengar big bos bising. Paling lewat pun pukul 5.30 mesti kena sampai. Kalau tak, kena tahan telinga dan hati.

Tempoh setahun ini betul-betul membuatkan aku menjadi seorang yang sangat tabah. Siang bekerja, malam jaga anak. Mujur Sufi Asfa tidak meragam sangat waktu malam. Kadang-kadang saja dia terjaga untuk menyusu.

Paling buat aku tabah dan kuat adalah bila setiap masa perlu bersedia untuk menjadi punching bag suami. Tak kira dekat pejabat mahupun di rumah. Hati aku bukan sekadar beku tapi macam dah tak ada perasaan. Walau sakit, ku telan juga.

Orang buat aku macam tak ada perasaan. Ada juga Mami tanya kenapa masih nak bekerja kalau masih tidak bersama. Aku ditempat lain dan dia ke tempat lain. Jawapan aku mudah. Walaupun aku jadi punching bag tapi aku tahu dia masih ada disisiku. Walaupun aku kesana dan dia kesini, kami tetap bertemu dengan kerap kerana kebanyakan urusannya adalah berkaitan dengan pemasaran.

Untuk aku bahagia, cukuplah sekadar dapat melihatnya setiap hari. Melihat dia senyum walaupun senyuman itu bukan untukku. Itu sudah buat aku bahagia.

Dan paling aku bahagia, aku masih lagi isterinya.

Tak kisah kalau orang kata aku bodoh. Aku akui, akulah pencinta yang paling bodoh. Mencintai seseorang yang sentiasa menyakitkan hati aku. Tapi cuma satu yang ingin aku katakan.

"Si bodoh ini sangat bahagia melihat dia bahagia walaupun dengan orang lain. Si bodoh ini juga rasa bahagia kerana dia masih ada didepan mataku dan aku tahu aku masih miliknya. Dan si bodoh ini adalah orang yang gembira hatinya disakiti kerana saat itu dia tahu yang suaminya masih peduli tentangnya."

Norli sampai dah malas nak nasihatkan aku untuk tinggalkan dia. Tapi lain pula dengan Abang Ngah Hairil yang tetap mahu aku bersabar. Jadi, aku pilih abang aku untuk aku dengar nasihatnya. Abang aku yang sangat protective tu sangat selalu bagi aku semangat untuk aku tetap terus bersabar.

Abang Ngah Hairil kata, Iwan sebenarnya masih marah. Itu saja. Perasaannya pada aku tetap sama. Tak pernah kasih itu berubah pada orang lain. Itu yang buat aku makin kuat. Kata-kata itu umpama suntikan kekuatan dan kesabaran.

Cik Ibu Nita pun sama macam Abang Ngah Hairil. Tapi sekarang dah tak boleh pergi jumpa mereka. Nanti Iwan salah faham lagi. Kata Cik Ibu Nita, Umar Khalif cerita yang Iwan salah faham bila aku selalu ke rumah mereka.

Yang Iwan tak tahu, aku jadi tenang bila disana. Segala bisikan jahat yang suruh aku curang pada Iwan seakan pergi tanpa kesan bila aku melangkah masuk ke rumah itu. Keinginan aku untuk berjumpa dengan Nas juga hilang. Sebab itu bila hati aku gundah, aku suka ke rumah Cik Ibu Nita. Tenang dan mendamaikan.

Izwanshah Hazriq!!!

Apa lagi Nisa Ul Husna perlu buat untuk hilangkan rasa marah dalam hati awak tu?

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now