Part 24

5K 274 13
                                    

"Nisa" satu suara menjerit memanggil namaku.

Aku toleh ke belakang. Aku lihat Lukman sedang berjalan laju kearahku. Mukanya tegang. Marah. Tapi aku tenang saja. Aku tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena. Kalau tidak, tidak mungkin dia sehingga menjerit memanggil aku.

"Encik Lukman. Kenapa?" Soalku bila dia sudah dihadapanku.

"Kat JB pula aku terjumpa kau. Patut merata aku cari tak jumpa. Kat sini kau lari." Katanya.

Menarik nafasnya yang tercungap. Entah kenapa dia nak lari tadi. Lari anak pun penat jugak. Dia bukan kurus macam Iwan, tapi taklah gemuk macam aku. Lagipun, aku pun tak bergerak kemana pun masa dah nampak dia. Tak sabar betul nak jumpa aku. Kenapa? Terpikat kat aku juga ke?

Aku diam saja. Malas nak berbalas cakap dengan dia. Tak nampak keperluannya disitu. Lagipun, dia pun dah tak ada nak berbahasa formal dengan aku seperti selalu. Main aku kau saja. Apehal?

"Apa Nisa dah buat dengan Iwan?" Serangnya terus ke sebab utama dia memanggil aku.

"Apa yang Nisa dah buat dekat abang Iwan? Nisa baru jumpa dia minggu lepas. Tak ada pun Nisa buat apa-apa. Elok saja Nisa tengok dia. Tak ada pun cacat cela." Jawabku.

"Kenapa nak lukakan hati dia? Kenapa nak buat dia merana?" Tembak Lukman.

Aku kerut dahi.

"Siapa yang lukakan hati siapa? Encik Lukman lupa yang Nisa ada dekat situ masa dia cakap dengan korang. Ke Encik Lukman lupa apa yang dia cakap? Let me recall. Dia cuma nak mainkan Nisa. So, siapa yang terluka?" Jerkahku.

"Kau tak dengar sampai habis apa yang Iwan ceritakan kepada kami masa tu." Terang Lukman.

"Untuk apa? Untuk lebih menyakitkan hati Nisa? Buat Nisa macam manusia tak ada perasaan yang mudah untuk dimainkan?" Sekali lagi aku menjerkahnya.

"Kau silap. Iwan tu dah mula sedar yang dia sayangkan kau. Dah mula cintakan kau. Kau tak rasa ke dalamnya perasaan dia pada kau? Kau tau tak yang dia sekarang ni hidup dah tak serupa orang? Dah macam robot sejak kau hilang." Kata Lukman.

Ini orang kedua cakap Iwan tu dah cinta dan sayangkan aku. Mami pun cakap benda yang sama sewaktu dia memujukku dulu. Tapi hatiku, bukan nak percaya. Aku tolak semua tu mentah-mentah. Apa yang keluar dari mulut Iwan itu lebih aku percaya. Apa yang aku dengar itu yang sebenarnya.

"Itu bukan masalah saya. Dia pilih untuk hidup macam robot." Agak kejam kata-kataku itu.

"Kenapa hati kau keras sangat? Kalau pun kau marah kat di atau kau dah tak sayangkan dia, humanity lah sikit. At least pergi nasihat dia." Kata Lukman, lembut.

"Tak payah. Nisa kalau boleh tak nak jumpa dia langsung. Bayang dia pun Nisa tak nak nampak. Hati Nisa sakit tau tak?" Hampir menjerit aku bercakap. Mujur aku kini berada ditempat awam. Kalau tidak, mahu aku seligi Lukman ni.

"Mana pergi Nisa yang Iwan banggakan sangat? Iwan kata kau ni hatinya lembut. Wanita lindungan kaabah kononnya. Tapi rupanya aku betul. Iwan tu kena tipu. Kau adalah gemuk durjana yang aku pernah jumpa. Aku dah agak dah. Kau cuma berpura-pura baik depan dia. Perempuan sama saja. Depan lelaki yang dia suka, baik saja. Belakang macam pelacur." Jerit Lukman dimuka aku.

Apa aku buat? Sabar saja lah. Nak buat apa lagi walaupun dia panggil aku macam pelacur. Aku rasa macam tak perlu untuk malukan dia ditempat awam macam ni. Menjaga aib manusia lain untuk Allah memelihara aib aku. Itu lebih baik, kan?

"Tak salah nasihat aku pada Iwan supaya lupakan kau sebab kau bukan sebaik yang dia sangkakan." Sambung Lukman dengan suara yang sudah direndahkan.

"Baguslah. Didoakan dia dengar cakap Encik Lukman tu. kesian juga dengar cerita Encik Lukman tadi tapi rasanya menjaga hati sendiri adalah keutamaan." Kataku.

"Engkau memang langsung tak ada perasaan, kan?" Katanya pula.

"Perasaan saya dah mati dengan apa yang abang Iwan dah buat dekat saya." Jawabku.

"Sebab perempuan macam kau ni lah yang buatkan aku benci dengan perempuan. Kejam." Suara Lukman sudah menaik sedikit.

Aku tak suka tuduhan Lukman itu. Kenapa salah aku seorang, dia nak melebel semua perempuan kejam. Hanya aku yang kejam kerana sanggup lukakan hati orang yang kononnya dah mula sayangkan aku. Bukan orang lain.

"Saya pernah percaya yang abang Iwan sayang dan cintakan saya tapi kepercayaan saya itu diragut dengan kenyataan yang menyakitkan. Kejamkah saya kalau saya cuma ingin larikan diri dari terus disakiti? Kalau iya, saya minta maaf. Memang saya kejam." Kataku.

Aku lihat Lukman ingin mengatakan sesuatu. Namun, pandangannya kearah belakangku yang membuatkan kata-katanya tidak keluar dari bibir.

"Nisa?" Satu suara memanggil aku dari belakang.

"Siapa ni?" Tanya suara itu lagi.

Aku toleh memandangnya. Aku senyum. Aku pandang dia dengan pandangan yang lembut. Aku tarik tangannya dan memeluknya. Aku menghadap Lukman kembali.

"Ini suami Nisa."

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now