Part 16

5.2K 265 19
                                    

Semenjak balik dari Cameron Highland, aku dah tambah satu lagi aktiviti iaitu menemankan PA aku pergi belajar dan bergaul dengan orang-orang dalam dunia fotografi. Mulanya aku cuma hantar kerana dia ajak teman kerana dia masih belum biasa dengan dunia Farina. Tak biasa dengan studio dan orang-orang didalamnya. Tapi bila dia dah biasa dan dah boleh bergaul dengan mereka, aku yang tak benarkan dia pergi ke tempat Farina tanpaku.

"Bos, hari sabtu boleh tak jadi public holiday?" Tanya Nisa tiba-tiba.

"Tak boleh." Pantas saja aku menjawab.

"Setengah hari." Dia masih lagi mahu tawar-menawar denganku.

"Tak boleh"  aku mengeleng kepala sambil pen ditangan juga aku kibaskan.

"Bolehlah bos. Nak join geng sarung pergi cari bahan." Katanya. Aku geleng.

Geng sarung itu adalah sekumpulan manusia yang minatkan dunia fotografi sama amcam Nisa. Nisa berkenalan dengan mereka melalui Darwish, staf Farina.

"Bolehlah bos. Dawi kata syok. Jalan-jalan sekitar bandaraya KL atau mana-mana tempat dekat Selangor cari shoot yang menarik. Kadang-kadang pergi ke luar Selangor dan KL. Bolehlah bos cuti hari Sabtu." Pujuknya.

Darwish. Balik-balik Darwish. Sejak rapat dengan Darwish ni, asyik nama tu saja yang dia sebut. Hampir setiap hari nak ke studio Farina untuk berjumpa dengan Darwish. Bila dia dah jumpa Darwish, aku ni jadi tunggul saja dengar mereka berbual. Dia pun buat tak tahu saja dengan kehadiran aku. Macam aku tak ada saja.

"Bolehlah, bos..." Rayunya.

"Nope." Tegasku.

"Macam tu, bos ikut." Cadangnya gaya tak puas hati.

Aku senyum. Senyum lebar.

"Kalau macam tu, boleh." Aku setuju.

Dia mencebik. Makin lebar senyuman aku bila melihat mukanya saat itu. Comel sangat. Terasa makin nak menyakat tapi idea macam tak ada pula nak sakat dia.

"Abang Iwan bukan apa. Risau." Tiba-tiba rasa nak mainkan peranan sebagai seorang kekasih.

"Nak risau apa. Ramai kat situ. Kalau nak mati, depan abang Iwan pun Nisa boleh mati." Balasnya.

"Abang risau kalau hati Nisa teralih ke orang lain." Kataku lembut. Dia cebik lagi.

"Padahal abang yang nak jumpa kak Fina."

"Nisa, abang tak sukalah Nisa cakap macam tu. Abang Iwan kan dah ada Nisa. Tak wujud Farina atau sesiapa pun. Abang Iwan tak sukalah Nisa macam ni. Sejak akhir-akhir ni, Nisa suka jauhkan diri dari abang Iwan. Suka biarkan abang Iwan sendiri. Nisa sibuk dengan benda lain dan abaikan abang Iwan. Siap kenenkan abang Iwan dengan Farina lagi. Abang tak sukalah." Aku sudah masuk dalam mood merajuk.

Terasa bangga dengan diri sendiri. Makin pandai melakonkan watak sebagai seorang kekasih sejati. Cuma orang depan aku tu macam makin kebal. Macam makin tak kisah dengan apa pun cara aku menggodanya. Dia makin banyak berubah. Makin pandai mengawal perasaannya agar tidak tercuit langsung dengan kata-kataku.

Kalau dulu, aku suka tengok dia senyum malu bila aku mengusik dia atau meluahkan kata-kata seorang kekasih tapi kini tindak balas dia lain. Seakan semua itu tidak ada kesan langsung dihatinya.

Kalau macam ni, macam mana misi aku nak menghancur lumat hatinya?

Kejap, bila pula aku kata aku nak hancur lumatkan hatinya? Misi aku memikat dia dan menggodanya. Lepas tu nak tinggalkan dia. Tak ada pun kata nak hancurkan hatinya selumatnya.

Kalau dah tinggalkan dia bukan menghancurkan hati dia ke?

Tak. Lukakan saja. Luka boleh rawat. Nisa terlalu baik untuk disakiti. Tapi aku nak sakitkan hati dia juga sebab dia buat hidup aku serabut dengan permintaan Mami yang suruh pikat dia. Kalau dia tak menyesatkan dirinya ke rumah aku dulu, tak adanya Mami kenal dia. Dan tak adalah Mami nak berkenan dengan dia. Ini semua dia punya salah. Heret aku untuk sama-sama jadi bermasalah.

Apa? Terlalu baik untuk disakiti? Aku dah kenapa?

"Abang Iwan, dengar tak ni?" Nisa sudah berdiri dihadapan aku dan menepuk mejaku kuat.

Mahunya tak terkejut. Kuat tau dia tepuk meja aku. Tengoklah tangan dia tengah gengam tu. sakitlah tu. aku bukan tak tahu yang dia tak boleh melepuk orang dengan tapak tangan dia. Tapi kalau dia cubit, kalau tak terkoyak kulit, itu bukan Nisa.

Wah, Iwan. Sampai tangan dia sakit pun kau risau.

Aku bukan risau, ambil berat.

Dah pandai ambil berat pasal masa depan Nisa yang bakal kau hancurkan?

"Abang iwan ni asyik berangan saja. Dengar nama kak Fina saja, berangan. Suruh kahwin tak nak." Suara Nisa memecahkan suara-suara sinis yang sedang memerli aku.

"Dia buat lagi. Kan abang Iwan dah cakap, Nisa tu segalanya untuk abang. Tak ada orang lain." Tegasku.

"Ye sangat. Tapi bila dengar nama kak Fina asyik berangan. Asyik senyum. Ni, petang ni abang Iwan hantar Nisa awal ye. Malam ni nak pergi jumpa Darwish. Ada benda nak minta tolong dia." Katanya.

"Benda apa?" Tanyaku. Apa benda yang nak minta tolong Darwish. Selama ni aku kan yang selalu tolong dia. Apa yang Darwish boleh tolong tapi aku tak boleh? Sampai nak kena minta tolong orang lain.

"Kamera Nisa tu. entah kenapa dengan setting dia. Malam tadi Nisa dah betulkan pun tapi still gambar blur. Tak sharp." Terangnya.

"Tangan Nisa shake kot." Ulasku.

"Perh... Abang Iwan.... Ingat ini kamera telefon ke? Mahal weh Nisa beli. Dekat RM5,000. Boleh pula sebab tangan. Hancur abang Iwan ni." Kata Nisa. Tengok, gaya bahasa dia pun dah terikut Darwish.

"Abang Iwan hantar." Putusku.

"Ala, nanti abang Iwan bising. Lambatlah apalah." Bantahnya.

"Habis tu kalau abang Iwan tak hantar, Nisa nak pergi sendiri? Balik dah malam. Lewat malam. Tau makna bahaya tak?" Geram pula aku dengan budak gemuk nilah.

Benda asas. Keselamatan diri tak pernah dia nak kisah. Main ikut suka hati dia saja. Dia dahlah tak boleh penat. Kalau penat tu jawabnya tidur. Kalau dah siang berkerja, malam nak kena pergi ke studio Farina di Petaling Jaya. Tak ke bahaya. Itu belum lagi dengan masalah perompak, perogol dan segala macam 'pe' yang durjana.

'Kau risaukan dia, Iwan?'

Ala, logiklah. Humanity. Kau ingat aku ni robot ke tak ada perasaan?

"Ala, tak ada siapa nak culik Nisa. Kalau pun dia nak culik, mesti dia fikir banyak kali. Tengoklah badan Nisa yang gemuk ni. Tak lalu diorang nak angkat." Jawab Nisa sambil menunjukkan bentuk badannya.

"Lagipun, kak Fina tak ada. Nanti abang Iwan bosan. Tak ada siapa nak sembang dengan abang Iwan." Sambungnya lagi.

"Abang kata abang hantar. Titik." Kali ini aku betul-betul tegas supaya tak ada lagi alasan yang dia mahu berikan.

"Suka hatilah." Katanya dan terus berlalu ke mejanya semula.

Aku senyum. Aku ska melihat dia merajuk macam tu.

Suka?

Sudahlah. Tak payah nak fikir yang bukan-bukan. Tak ada maknanya semua itu.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now