Aku tak bodoh nak tengok betapa dia sangat cemburukan kemesraan aku dan Farina. Dari mula dia masuk ke dalam cafe lagi aku nampak cara dia pandang kami. Namun, dia memang bijak bermain dengan perasaannya. Dia terlalu bijak menyembunyikan apa yang dia rasa.
Farina, kami terserempak secara tak sengaja sewaktu minum petang di Bharat Tea. Walaupun hari Isnin tapi masih ramai orang disitu. Mungkin singgah sebentar sebelum turun ke Tapah. Kebetulan Farina hanya berkeseorangan dan kami tiada tempat duduk. Makanya, kami berkongsi meja dengannya.
Farina pula ramah orangnya. Dari bersembang di kedai teh itu terus membawa kami ke hotel yang sama. Betul jodoh. Aku pun baru tahu dia tidur dihotel yang sama sewaktu terserempak dengannya sewaktu menunggu Nisa dilobi untuk sarapan. Disebabkan sudah ada teman, maka aku masuk dulu ke cafe dulu bersama Farina.
Aku nampak cara dia pandang kami. Bila aku lambai tanganku memanggilnya, dia terus senyum dan bila rapat dengan kami, dia jadi normal seperti biasa. Seperti perasaannya cemburunya tadi surah mati. Dan sekarang, elok saja dia bergelak ketawa. Betul bijak bermain dengan perasaan.
"Nisa naik dululah, abang Iwan. Nak memerut. Lagipun, kesian dekat waiter tu asyik kena bersihkan meja kita je. Dia pun dah naik geram asyik tengok Nisa bangun ambil makanan." Kata Nisa meminta diri. Dia bangun, aku lihat wajah waiter yang asyik datang kemas meja kami. Betul, budak tu buat muka tension tapi bila dia lihat Nisa melangkah keluar, nampak dia lega. Aku senyum. Kalau aku pun, aku penat.
"You dengan Nisa tu couple ke? Semalam ingatkan dia tu wife you. Tapi ni kalau dah turun asing, mesti bilik pun asing-asing. So, is she your girlfriend?" Tanya Farina. Aku pandang dia.
"Kalau bukan?" Aku tanya kembali.
"Boleh I masuk jarum." Katanya. Kami ketawa lepas tu.
"Sorry, I'm taken." Kataku sambil mengangkat kedua tanganku seperti mengangkat takbiratul ihram.
"Melepaslah I." Katanya sebelum ketawa lagi.
Farina. Dia cantik, bergaya dan sopan. Kalau bawa jumpa Mami pun gerenti Mami luluskan. Tapi entah kenapa aku lebih sukakan senyuman Nisa berbanding dia. Walaupun boleh bergelak ketawa dengannya sekarang ini tapi aku tak rasa selesa seperti mana bila aku dengan Nisa. Kemesraan kami lebih pada kemesraan dengan rakan niaga.
Ting!
Satu mesej whatapp masuk ke telefon bimbitku. Aku ambil dan membukanya. Dari Nisa.
Take your time with Farina.
Nisa keluar jalan-jalan dekat kawasan hotel ni.
Appointment petang ni dorang dah batalkan.
So, yippie!!
Enjoy your day.Sepatutnya pagi ini kami sudah check out dan turun ke bawah memandangkan aku punya temujanji dengan seorang rakan niagaku pada jam 3 petang. Tapi janjiku padanya, kalau dia berjaya batalkan, maka kami akan turun pada esok hari. Memang cekap bab membatalkan appointment aku. Aku senyum.
"Nisa ke?" Aku angguk.
"Patutlah senyum. Dapat mesej dri kekasih hati." Usiknya.
"Merangkap PA. Dia bagitau appointment I hari ni dah dibatalkan. So, ada banyak masa nak spend time dekat sini. Boleh jalan-jalan dekat sini hari ni." Kataku.
"Wah, bestnya. Bolehlah I join you all. If you don't mind." Katanya.
"I okey je." Jawabku. Takkan nak kata aku kisah walaupun sebenarnya aku kisah. Jatuhlah air muka aku. Hilang wajah lelaki sporting and cool yang dianugerahkan Farina semalam.
Aku sebenarnya nak luangkan masa dengan Nisa. Sebab tu aku ajak dia naik sini. Saja nak tau masalah dia yang buatkan dia muram saja. Dan saja nak korek rahsia macam mana dia boleh kembali ceria. Tapi kalau dah Farina ikut sama, macam mana nak buat sesi dari hati ke hati?
"Jomlah. You all nak pergi mana pagi ni? I boleh jadi tour guide. Bestnya. Selalu pergi seorang, hari ni berteman." Kata Farina begitu teruja.
"Taklah sekarang. Nisa kata dia nak jalan-jalan sekitar kawasan hotel ni dulu. Nanti dia dah siap, I'll inform you." Kataku. Dia angguk.
"Eyh, tapi you tak tanya Nisa dulu ke? Buatnya dia kisah. Kot lah mengacau korang nanti." Katanya. Aku senyum. Baru teringat tentang Nisa. Inilah gayanya bila berkasih bukan dengan pemilik hati. Mestilah terlupakan dia.
Terus aku mengambil telefon dan mendail nombornya. Tidak diangkat. Aku cuba sekali lagi. Juga tiada bersambut. Aku pandang Farina yang seakan cemas. Sekali lagi nombor dia aku dail. Tak angkat.
"Tak angkat. Dia tak bawa telefonlah tu. Dia memang malas bawa telefon." Kataku dan terus bangun meninggalkan Farina.
Aku keluar mencari Nisa. Di lobi tiada. Aku minta receptionist menelefon biliknya. Mungkin dia tak perasan panggilan telefonku. Aku sedia maklum, dia suka meletakkan volume telefonnya pada tahap minimum. Tapi masih juga tiada siapa yang angkat.
Aku keluar dari bangunan hotel. Aku mencarinya dikawasan sekitar. Aku lihat dia sedang mengambil gambar kawasan sekeliling. Aku putuskan untuk jadi pemerhati saja. Aku tak mahu mengganggu dia dengan minatnya itu. Minatnya dengan gambar membuatkan dia sentiasa membawa kameranya kemana saja walaupun ke pejabat. Satu perkara yang aku perasan, dia suka ambil gambar pemandangan dan gambar candid.
Sedang asyik aku memerhatikan dia, tanpa sedar tanganku sudah membuka kamera ditelefon bimbitku dan merakam video Nisa yang sedang melakukan aktivitinya. Senyuman dibibirku makin mekar. Aku suka tengok dia bila beraksi dengan kameranya. Dia nampak seksi.
Aku geleng kepala. Sudah kenapa aku ni? Tangan aku yang sedang merakam video Nisa juga sudah aku turunkan. Aku matikan rakaman itu dan berjalan mendekati dia.
"Farina mana?" Tanyanya bila dia sedar kehadiran aku.
Entah. Tadi abang Iwan try call Nisa tapi tak dapat. Terus abang Iwan cari Nisa. Lupa pula nak ajak dia." Jawabku. Jujur.
Jujur adalah perkara yang jarang aku ucapkan bila dengan Nisa. Yelah, kecuali hal kerja. Hal lain, mestilah sebab nak ambil hati dia. Kata nak mengorat dan menggoda dia. Mestilah ken gula-gula sikit. Barulah menjadi.
"Nisa letak dalam bilik. Lecehlah nak bawa handphone. Lagipun, mengganggu." Jawabnya. Aku sekadar angguk. Mataku tepat memandang dia. Ada peluh halus didahinya buatkan tanganku spontan mengelapnya.
"Abang abang Iwan ni." Marahnya sambil menepis kasar tanganku.
Aku tersengih dengan tindakan luar sedarku itu. Dia mengibas-ngibaskan tempat aku sentuh dia tadi dengan muncungnya. Dia pandang aku gaya tak puas hati.
"Najis betul. Dahlah tak boleh nak samak. Main pegang-pegang orang. Ada lesen ke nak pegang-pegang ni?" Marahnya. Dia terus berlalu masuk ke ruang lobi. Aku ikutnya dari belakang.
"Janganlah marah lagi. Tindakan reflects. Sayang sangat dekat Nisa sampai tak sanggup tengok peluh menitik dekat muka Nisa." Pujukku.
"Dahlah. Nak apa telefon Nisa?" Tanyanya kembali ke tujuan asal aku mencarinya.
"Farina nak ikut kita. Dia kata, dia boleh jadi tour guide." Jawabku.
"Okey. Nisa naik dululah. Pukul berapa nak pergi ni?" Katanya sambil memandang aku.
"Sebelah macam tu." Jawabku. Dia memandang jam ditangannya. Kemudian dia angguk.
"Okey, sebelah dekat sini. Lambat, Nisa merayap dulu dekat depan tu." katanya dan terus berlalu.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...