"Peninglah kepala aku ni, Mami tu asyik suruh aku pikat budak montel tu. Tercalarlah imej macho aku kalau couple dengan dia. Bukan, kalau kahwin dengan dia lagilah." Rungutku pada diri sendiri.
Aku masih didalam kereta menanti budak montel yang Mami kata namanya Nisa. Dulu masa nampak budak tu dalam kereta, Mami kata tak nak menantu macam tu, ini sudah cerita lain. Berkenan pula dengan budi bahasa. Kejadahnya.
"Terima ksih tolong Nisa hari ni." Katanya yang berdiri ditingkap pintu sebelah penumpang hadapan. Sedikit membongkok. Macam ni berkenan? Membongkok buat orang kat luar tu nampak bontot tonggek dia. Memalukan.
"Dah siap ke kereta tu?" Tanyaku. Sekadar bertanya tanpa perasaan prihatin pun. Sekadar memenuhi permintaan Mami untuk buat baik dengannya dan pikat dia.
Pikat? Tolonglah... Terasa kegeliannya tu disini.
Humaaaaakkkkk!!!! Kenapa budak ni?
"Dah. Abang Iwan boleh baliklah." Katanya dengan sedap hatinya menghalau aku.
"Tak apalah, abang Iwan ikut Nisa sampai ke rumah. Nanti mama Nisa kata apa pula. Dah pandai ambil anak dara dia, tak pandai nak pulang." Kataku memulakan ayat prihatin.
Memenuhi permintaan seorang ibu itu wajib. Lagipun, apalah sangat. Sekadar mengorat. Mami tak cakap pun kena kahwin. Mami suruh mengorat saja. Bila dia dah aku ngorat, aku nak tinggalkan pun, tak ada masalah. Aku tak langgar permintaan Mami.
Bijaknya aku nih....
"Tak apalah, menyusahkan abang Iwan saja. Nisa boleh balik sendiri. Abang Iwan dah tolong hantar kereta ke bengkel semalam, hari ni siap hantar ke sini untuk ambil kereta. Itu dah terlebih dari terhutang budi. Nanti terpaksa pula Nisa gadai body Nisa." Katanya berseloroh menunjukkan senyumannya yang manis itu.
"Bagilah hati dulu, baru bagi body lepas sah sebagai isteri." Kataku bersama ayat manis semanis madu.
"Agak-agaklah melawak benda-benda gitu. Tak lawak." Balasnya.
"Mana ada bergurau. Cakap benda yang betullah ni." Balasku semula.
"Dahlah, bang. Tak payah nak melawak. Nak ikut, ikut saja. Tapi kalau nak mengorat sangat, pergilah tolong bayarkan. Baru nampak gentlemannya." Katanya seakan mencabar aku sambil menghulurkan bil yang berada ditangnnya.
Aku keluar dari kereta. Aku ke kaunter bengkel untuk membuat pembayaran. Setakat RM345, apalah sangat. Tak luak pun duit aku tu. Sekadar luak sikit saja dari duit gajiku. Masih berbaki banyak lagi. Aku lihat Nisa hanya tersenyum. Senyum lebar.
Untuk penganggur macam dia, jumlah itu pastinya adalah jumlah yang besar. Untuk peniaga macam aku dengan gaji bulanan RM23,000 jumlah itu hanya celah gigi saja. Apalah sangat nak sedekah pada budak ni. Cuma yang aku tak sanggup nak sedekah ialah hidup aku untuk dibazirkan bersama dia. Walaupun cuma sekadar kekasih.
Yerk...!!!
"Dah, jom. Kita pergi makan dululah. Lagipun, mama Nisa tak ada dekat rumahkan? Jom, abang Iwan belanja makan." Ajakku sebaik menghampirinya.
"Nisa ni kalau orang belanja, okey saja. Tak pernah menolak." Katanya.
Aku gelak sesaat. Baguslah tu, lepas tu suruh budak tu hantar depan rumah aku. Nasib baik aku ni orang baik-baik. Kalau orang jahat, dah sama dengan peribahasa : keluar mulut buaya masuk mulut naga.
"Follow abang" kataku. Dia angguk dan terus masuk ke dalam keretanya.
Aku bawa dia ke Restoran Terapung Tasik Shah Alam. Ini kan memang gaya nak memikat, kan? Bawa ke tempat yang romantik, kan? Mewujudkan mood romantik. Bercakap tentang hati dan perasaan. Eloklah ditempat macam ni. Mula-mula kena bagitahu tujuan buat baik. Lepastu, baru jalankan misi memikat dan mengorat sampai dia terpikat. Barulah menunaikan hasrat Mami.
Bijak... Bijak...
"Gilalah abang Iwan bawa belanja makan dekat sini. Bawa mamak pun dah okey dah" Katanya. Aku senyum.
"Abang kan nak mengorat Nisa. Orang selalu nak mengorat akan bawa ke tempat yang ada mood romantik macam ni kan?" Aku kembali bertanya dia.
"Itu mengorat yang serius. Ini nak mengorat budak hingusan. Ngorat kedai mamak pun acceptable. Bukan nak buat bini pun. Saja nak buat spare tyre je kan?" Katanya bersahaja.
"Mengorat nak buat binilah ni. Tak ada maknanya nak main-main" Jawabku.
"Apa-apa sajalah abang Iwan. Jomlah. Dah alang-alang nak belanja sangat. Dah sampai pun. Saya pun dah lapar sangat dah ni. Dari tengahri tadi tak makan. Takut duit yang abah bagi tak cukup nak bayar duit repair tadi." Katanya dan terus masuk ke dalam meninggalkan aku.
Aku menurut langkahnya. Dia memilih duduk tempat bersebelahan dengan tasik. Boleh nampak air tasik yang tenang itu. Dan selamba saja dia membuat pesanan tanpa bertanya padaku. Mujur apa yang dia pesan itu kena dengan selera aku.
Banyak perkara yang kami sembangkan sepanjang kami disitu. Walaupun dia baru berusia 23 tahun tapi pengetahuan itu tinggi. Banyak juga aku minta pendapat dia tentang banyak benda. Antara yang aku suka ideanya bila aku tanya.
"Kenapa masih menganggur?"
"Tak ada orang nak ambil Nisa kerja. Norli ada juga cadang untuk meniaga tapi prinsip Nisa, meniaga untuk orang yang ada keberanian untuk hadapi kegagalan. Nisa tak berani meniaga sebab Nisa lebih berani untuk berjuang dalam satu organisasi yang sudah ada system. Nisa bukan pencipta tapi Nisa suka mengembangkan."
"Tapi sampai bila nak bekerja dengan orang?"
"I like to be boss in other people company."
"Kenapa?"
"Tak payah susah hati bila dah kahwin nanti kalau nak berhenti kerja. Kalau dah ada business sendiri takkan nak tutup? Itu perbuatan tak bertanggungjawab terhadap customer dan pekerja. Biarkan pekerja menganggur."
"Still boleh jualkan company kita pada orang lain"
"Habis tu ingat sama ke service yang kita bagi pada pelanggan bila tukar management. Pada pekerja kita? Rasanya akan diambil bekerja ke? Kalau diambil bekerja, adakah layanan yang sama diberikan? Akhirnya apa akan terjadi? Pekerja tu tak puas hati dan berhenti atau diberhentikan kerja. Pelanggan pun mula lari sebab pekerja dah tak bagus service yang diberikan dek kerana management problem"
Sesuatu yang aku tak pernah terfikir masa aku jual syarikat aku dulu. Aku jual bukan sebab aku tak mampu nak uruskan tapi sebab aku nak dapatkan keuntungan mudah. Aku jual dan beli syarikat. Naikkan nama syarikat yang baru aku beli dan jual semula dengan keuntunga berlipat kali ganda. Sikit pun aku tak fikirkan soal pekerja dan pelanggan. Pada aku yang penting adalah keuntungan.
Selesai makan, aku ikut dia balik sampai ke depan rumahnya. Mama dan abahnya aku jumpa sebelum pulang ke rumah.
Dia menghantarku ke kereta."Terima kasih, abang Iwan for all the treat today. Almost RM500 spend untuk Nisa hari ni." Katanya.
"Apalah sangat kalau dibandingkan dengan hati Nisa tu." kataku dengan nada suara yang sengaja aku buat untuk godanya. Masih dalam mood untuk romantik dengannya.
"Try again later. Belum rasa nak bagi." balasnya selamba.
Aku ketawa.
Tunggu sajalah Nisa. Kau pasti akan terpikat dengan aku.
Aku masuk ke dalam kereta dan terus pergi meninggalkan dia disitu. Kata-katanya umpama cabaran untuk aku terus memikatnya. Aku pasti akan pikat dia bukan kerana Mami lagi tapi kerana dia yang mencabar.
Aku betul-betul terasa dicabar.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...