Entah kenapa aku berhentikan keretaku dihadapan rumah yang tersergam indah ini. Rumah banglo empat setengah tingkat ini begitu damai dan menenangkan. Enjin kereta masih terpasang. Aku duduk santai saja. Tiada niat untuk teruskan memandu. Tidak berniat untuk masuk ke dalam juga. Hanya sekadar untuk menikmati ketenangan dari luar rumah.
Pang!
Masih terasa peritnya tamparan Iwan tadi.Kuatnya tamparannya sehingga lebam pipi dan berdarah hujung bibirku. Tampran dek kerana rasa marahnya. Sakit. Pedih. Itu semua aku rasa saat ini. Bukan kerana telah ditampar tapi mengenangkan apa yang aku telah buat kepada insan-insan kesayanganku.
'Kenapa aku jadi macam ni?' Rintihan itu sering kali aku tanyakan pada diri. Tapi aku sendiri tak punya jawapan.
Tok tok.
Aku lihat orang yang mengetuk tingkap keretaku. Aku senyum. Aku turunkan tingkap keretaku itu.
"Cik Ibu baru balik. Mehlah masuk, Nisa. Dah malam ni. Buat apa dekat sini?" Cik Ibu Nita bertanyaku ramah setelah aku menjawab salamnya.
"Tak apalah Cik Ibu. Nisa saja nak duduk sini. Suka tengok rumah Cik Ibu." Kataku dan dah mula selesakan diri untuk memandu.
"Meh masuk meh." Gesanya. Aku tolak. Aku tak nak orang lihat aku yang sedang bersedih.
"Kalau Nisa tak masuk, kita berkampung kat luar ni." Katanya dan mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya.
"Hubby, Waalaikumsalam. Jom kita berkampung kat luar ni. Nisa tak nak masuk." Katanya kepada si pemanggil.
"Okey. Okey. Cik Ibu. Nisa masuk." Aku beralah. Dia senyum.
"Park kereta kat dalam." Arahnya. Aku hanya angguk dan memasukkan gear untuk membolehkan kereta aku bergerak dan mengikut arahan CIk IBu Nita.
"Masuk Nisa." Ajaknya bila aku sudah keluar dari kereta.
Aku membontotinya kedalam rumah. Rumah ini besar keluasan tanahnya. Lihatlah. Kolam renang saja ada dua. Satu terbuka dan satu lagi tertutup. Dan masih ada ruang untuk membuat taman yang indah. Satu saja yang aku tak berapa suka. Rumah ini serba serbi putih. Pada pandangan mataku, dia nampak tak berwarna. Aku suka sesuatu yang berwarna. Putih, coklat dan hijau padaku suram tapi sebenarnya tenang.
"Farha, bawa kak Nisa naik atas. Mandi." Arah Cik Ibu NIta.
"Tak apa Cik Ibu. Nisa dah mandi." Terkejut aku bila dia arahkan anaknya untuk bawa aku mandi. Sudah kenapa?
"Pergi saja mandi." Katanya dengan nada memujuk.
Aku angguk akhirnya bila dia berkali-kali dia memujukku. Aku ikut Farha naik keatas dengan menggunakan lif. Aku ingatkan tingkat berapa, cuma tingakat 1. Naik tangga pun boleh. Ini mesti ingat aku gemuk tak larat nak panjat tangga.
'Rumah aku pun bertangga. Aku naik hari-hari.' Hatiku berkata-kata.
"Nah, kak Nisa. Kain basahan, tuala, kain batik untuk buat salin." Farha menyerahkan perkakas itu kepadaku.
Dia kemudian keluar dari biliknya itu. Sedang aku menyalin pakaianku dan mengenakan kain basahan yang Farha berikan kepadaku, pintu bilik itu diketuk. Aku menyuruhnya untuk masuk. Terpacul wajah Farha dimuka pintu. Dia senyum kepadaku.
"Kak Nisa. Kejap. Nah sabun ni. Akak gunakan untuk mandi. Akak sabun seluruh badan akak termasuk rambut dan segala bahagian yang akan dapat capai. Tolong ye kak. Tolong ikut kata Farha." Rayunya. Aku angguk dan mengambil ketulan sabun ditangan Farha itu.
"Lepas akak guna. Akak letak dalam plastik ni. Nanti Farha buang." Katanya dan memberi aku plastik kecil. Aku kerut dahi.
Aku masuk kedalam bilik mandi. Aku pandang saja sabun yang diberikannya itu.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...