Sudah hampir sebulan usia perkahwinan kami. Aku tak ada rungutan. Nisa memang beri aku layanan first class. Makan, pakai ku semua dijaganya. Mami pun dijaga elok. Malah terlebih rapat dengan Mami. Mami pun sayang dia sangat-sangat. Lebih perhatian pada dia berbanding aku.
Aku suka bila Mami suka. Aku gembira bila Mami gembira. Itu doa aku setiap hari. Aku inginkan isteri yang disukai Mami. Isteri yang mampu membahagiakan Mami. Alhamdulillah. Syukur sangat.
Aku punya isteri tapi aku masih belum berjaya menjadikan Nisa milik aku. Hatinya yang terluka dulu belum sembuh. Walaupun dia layan aku sehabis baik. Tidak ada kekurangan dan rungutan tapi hatinya? Aku bukan sekadar inginkan tubuhnya tapi aku paling inginkan hatinya. Hatinya yang bahagia bersama aku akan buatkan aku jadi suami yang paling bahagia.
"Abang Iwan, menung apa tu?" Katanya dan melabuhkan punggungnya disebelahku diatas katil.
Aku senyum. Dari gaya dia, seperti tiada apa yang berlaku antara kami. Seperti dia bahagia bila berada disampingku. Seperti semuanya untuk aku. Tapi aku tak rasakan hatinya untuk aku. Mesranya itu seperti disuruh-suruh.
"Nisa bahagia dengan abang?" Tanyaku. Aku mengesot ke tengah katil dan menarik dia supaya duduk disebelahku dikepala katil. Aku memeluk pinggangnya.
"Mestilah. Tengok ni." Jawabnya dan menanyangkan senyuman nampak gigi. Aku senyum kelat.
"Macam tak ikhlas." Komenku.
"Tak penting pun ikhlas tu. Yang penting, Nisa layan abang dengan baik. Buat abang Iwan rasa bahagia. Abang Iwan bahagia tak? Ke ada sebarang rungutan? Sila bagitahu, nanti Nisa perbaiki." Balasnya.
"Abang bahagia. Bahagia sangat dapat memiliki Nisa sebagai isteri tapi lebih bahagia kalau hati isteri abang ini diberikan kepada abang sepenuhnya." Pintaku.
"Nisa kenalah simpan untuk Nisa. Kalau abang Iwan dah jumpa orang lain, tak adalah Nisa rasa sakit bila kena tinggal atau dimadukan." Balasnya.
Aku terkedu. Kenapa nak terkedu? Aku pun tak tahu. Tindakan refleks yang aku jangka selalu menghantui aku sejak bergelar suami. Bukan. Sejak Nisa tinggalkan aku. Aku agak sensitif dengan perkataan ditinggalkan.
"Kenapa fikir sampai macam tu sekali? Abang cintakan dan sayangkan Nisa sangat. Tak akan tinggalkan Nisa. Insya Allah." Janjiku.
"Kita boleh berjanji, merancang apa saja tapi perancangan Allah. Mana kita nak tahu. Kan?" Katanya menghulurkan senyum padaku. Senyuman kelat dan masam.
"Kita doa agar hati kita tetap pada satu sama lain." Cadangku.
"Doa pun perlu. Usaha pun perlu. Ini usaha Nisa. Abang Iwan tak payah risau kalau nanti terjumpa seseorang yang sesuai dan layak untuk abang Iwan. Nisa dah bersedia untuk berundur. Kalau abang Iwan kesian tak nak lepaskan Nisa pun, tak apa. Nisa tak kisah saja untuk bagi semua hak Nisa pada insan yang abang sayangkan sangat tu nanti. Ye? Ye?" Katanya. Nadanya seperti dia tidak kisah dan gembira andai ada insan lain didalam hatiku.
Sesungguhnya aku rasa sakit dengan penyataannya itu. Sungguh hatiku sakit. Ya Allah, aku tiada niat untuk menduakannya. Niat aku untuk mencintai dan menyayangi dia sepenuh hatiku sehingga akhir hayatku. Kenapa dia susah sangat nak percaya? Apa yang aku perlu lakukan untuk meraih hatinya kepadaku? Agar dia memberikan hatinya, kepercayaannya dan setianya hanya untuk aku seperti mana aku?
"Nisa tak kisah. Ingat tau, abang Iwan. Jangan pula abang Iwan buat maksiat. Nisa tak kisah abang Iwan nak kahwin lain atau nak ceraikan Nisa sebab Nisa pun sedar diri yang Nisa ni tak cantik dan tak molek. Tak sesuai pun nak berjalan disebelah abang Iwan. Jadi, apa-apa pun, abang Iwan bincang dengan Nisa. Kalau Mami tak setuju. Tak apa. Nisa sendiri pergi pinangkan dia untuk abang Iwan. Ingat ni pesan Nisa." Pesannya lagi.
"Nisa, bila boleh nak panggil abang saja? Abang ni suami Nisa bukan kawan Nisa." Tegurku untuk kesekian kali.
"Nisa dah terbiasa." Jawabnya.
Terbiasa? Tapi disaat luar sedar dia, dia panggil aku abang. Sangat mesra bunyinya. Sangat menggoda nadanya. Tapi didalam sedar, dia akan berada dalam protectove mode which is dalam keadaan sekarang. Dia protect hati dia dari dilukaiku.
"Or you should call me husband or hubby." Cadangku.
"Abang Iwan." Putusnya.
Aku tarik nafas dalam.
"Terpulang. Janji Nisa ingat yang abang ni suami Nisa bukan kawan Nisa yang Nisa boleh pas pada orang lain. Ingat juga yang hati abang ni hanya untuk Nisa bukan orang lain." Rajukku.
"Dah, abang nak tidur." Aku terus baring membelakangi dia.
"Abang Iwan, janganlah terasa hati dengan Nisa. Nanti malaikat menyumpah Nisa. Nisa tak nak." Katanya dan mengoncangkan badanku.
Aku tegar untuk buat isteriku rasa bersalah. Aku fikir, ianya cara terbaik untuk didik isteriku ini dari aku diam dan ikutkan saja rajuknya.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...