Part 58

2.8K 149 3
                                    

"Habib, khayla masuk office ye?" Tanyaku kepadanya pagi tu.

"Suka hatilah. Tapi aku nak Sufi breastfeed sepenuhnya. Dia belum sampai 2 tahun. Belum sampai pun setahun. Kalau kau pergi office, make sure kau balik untuk susukan dia." Katanya.

Aku angguk.

Aku ada misi aku untuk pergi ke pejabat. Aku dah tanya Mami. Mami pun setuju. Aku fikir dengan selalu bersamanya, kami akan lebih rapat. Makin kuranglah jurang antara kami. Dan mungkin dia akan jatuh cinta padaku kembali.

Demi sebuah keluarga yang sempurna untuk anakku. Demi sebuah keluarga yang bahagia. Juga untuk anakku. Aku sanggup rendahkan martabah aku serendah-rendahnya didepan suamiku. Aku akan buat apa saja demi anak dan keluargaku.

Pengorbanan seorang ibu.

"Kau duduk dekat marketing department. Kau pun belajar Marketing kan? Remy pun dah keluar. Dapat offer lagi baik. Kau gantilah dia." Katanya.

"Tapi mana khayla reti buat tu semua. Mana ada pengalaman. Lepas tu terus nak pegang jawatan manager pula tu." Dalihku.

"Tak reti belajarlah. Kalau tak nak. Tak payah. Kau duduk saja rumah. Jaga Sufi. Lagi bagus. Tak adalah semak sangat pandangan aku ni dekat office. Office muka kau. Rumah pun muka kau. Semak." Katanya.

Aku senyum saja.

"Okey. Khayla mula esok sajalah. Khayla nak keluar beli barang sikit hari ni. Boleh?" Aku meminta izinnya untuk keluar.

"Suka hati kau lah. Bukan urusan aku. Kau nak keluar ke apa ke. Sufi jangan kau tinggalkan pula. Ajak Mami kalau rasa tak boleh nak jaga Sufi sendiri." Katanya.

Aku senyum.

Dia keluar dari bilik selepas mengangkat Sufi Asfa. Aku kemas bilik kami ala kadar. Lagipun aku dah kemas masa dia sedang mandi. Ini nak kemaskan bekas-bekas Sufi Asfa tidur dan aku yang duduk diatas katil. Aku turun ke bawah kemudiannya.

"Nah, ambil Sufi." Katanya bila saja aku sudah berada berhampirannya.

Aku ambil Sufi Asfa selepas aku menghidangkan mee goreng yang aku goreng pagi tadi. Aku bawa Sufi Asfa keluar dari dapur. Aku kena keluar. Tak nak selera makannya terganggu. Benda dah pernah terjadi, maka kenalah sedar diri. Aku pun tak nak dikatakan isteri yang tak nak dengar cakap suami. Derhaka, kan? Jadi, ikutkan saja.

"Anak abi. Duduk rumah dengan umi. Nanti petang abi balik. Sayang anak abi ni." Katanya dan mengambil Sufi Asfa dari tanganku.

Dia mencium dan menggomol Sufi Asfa sehingga anak itu ketawa berdekah-dekah kerana geli digomol. Barangkali. Selepas itu, Sufi Asfa diletakkan diatas sofa sebelah aku. Nampak sangat dia tak nak bersentuhan denganku.

Aku angkat Sufi Asfa dan membontotinya ke pintu depan. Salam tidak aku hulur kerana tak pernah disambutnya. Aku pun tak nak juga dicemuh. Cukup sekali kata-kata yang menyakitkan hati itu keluar dari mulutnya. Aku tak nak menyakitkan hatiku dengan ayat-ayat kejinya. Aku juga tak mahu dia makin jijik denganku. Biarlah.

Tak dapat salam, lambai sajalah.

"Mami, nanti Nisa nak keluar. Nak beli electrik breastpump. Esok Nisa start masuk office. Habib bagi Nisa kerja tapi dengan syarat kena bagi Asfa susu cap gantung. Nisa pump je dulu in case kalau Nisa tak sempat nak balik." Aku memberitahu Mami.

"Okey. Pergilah Nisa. Kamu pun dari lepas pantang dulu tak keluar ke mana-mana. Asyik terperap dalam rumah saja. Taulah nanti Mami jaga Sufi." Kata Mami.

"Tak boleh, Mami. Habib tak bagi. Dia kata either Nisa bawa habib atau bawa Mami sekali. Mami nak ikut tak? Kalau nak ikut, lebih baik. Boleh kita makan dekat luar. Boleh window shopping." Ajakku.

"Malas lah Mami." Jawab Mami.

"Tak apalah. Nisa keluar kejap saja. Pergi beli breastpump tu, lepas tu Nisa terus balik." Putusku.

Mami angguk saja.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now