Sudah seminggu perkara itu berlalu, makanya sudah seminggu aku tahan hati ini supaya tidak menangis dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Payah dan pedih.
Korang mesti hairan kenapa aku tetap bertahan dengan dia sampai sekarang, kan? Sebab aku terlalu biasa dengan dia. Dia macam segalanya untuk aku. Aku tak tinggalkan dia bukan sebab aku kesian pada dia tapi aku kesian pada diri aku sendiri andai dia tiada didepan aku.
Pada aku, aku kena biasakan sedikit demi sedikit tanpa dia disisi. Lepas tu baru aku boleh terus tinggalkan dia. Aku tak nak hidup macam bangkai atau separuh gila rindukan dia. Jadi aku kena lepaskan dia perlahan-lahan.
Sekali lagi. Bukan sebab dia tapi sebab aku. Dan benar, aku selfish.
"Weh, mana abang handsome kau tu? Bagi pula kau keluar tanpa dia." Tanya Darwish. Aku buat tak dengar. Aku buat macam fokus sangat dengan kamera aku.
"Gaduhlah tu." Usik si Kril.
"Taklah. Aku auta dia kata ada wedding sepupu aku hari ni. Dia nak ikut tak boleh sebab ada appointment." Jelasku bila ada tuduhan tak berasas.
Sebenarnya aku sudah bercuti sejak hari Khamis hari tu. Punyalah Iwan tak puas hati. Katanya kerjanya nanti banyak tertangguh sebab aku tak ada. Yang paling aku menyampah dengar, katanya nanti dia rindukan aku. Jangan harap mak jemah nak percaya lagi kata-kata manismu. Dan tentu saja mak jemah nangis dek non. Mak jemah sakit hati. Kenapa dia kejam sangat.
"Sepupu sangat padahal entah sesiapa punya wedding kita hentam ni." Balas Darwish.
Mereka berdua ketawa.
Aku hari ni ikut Farina dan teamnya untuk shoot wedding customer mereka. Aku sekadar menyibuk tanpa ada kerja khas. Masih lagi bertindak sebagai jurugambar sama macam Darwish tapi aku bebas. Tak ada skop macam Darwish.
Farina dan Kril shoot video. Jadinya, mereka sangat sibuk duduk menempel dengan pengantin dan seisi keluarga. Untuk Darwish, dia lebih bebas dan kerjanya banyak di luar, di Pelamin. Cuma sesekali, Farina akan panggil dia masuk ke dalam menggunakan walkie talkie.
Aku? Aku sibuk tangkap gambar manusia disitu. Pelbagai gelagat dan ragam. Fokus aku memang pada para tetamu. Ini untuk koleksi aku. Bukan untuk pengantin pun. Tak ada dalam kontrak apa yang aku buat ni sebab aku bukan sebahagian dari kerja mereka. Aku cuma si sibuk yang mengisi masa lapang.
"Kau ikut ke kitorang pergi outdoor shooting?" Tanya Darwish.
"Mestilah aku ikut. Takkan nak tinggal melangut saja dekat sini sensorang. Memang taklah." Jawabku.
"Tapi aku rasa memang kau tak boleh ikut kitorang lah." Kata Darwish dan memuncungkan bibirnya kearah belakang ku. Aku toleh ke belakang.
Iwan?
Alamak... Habislah aku.
Iwan sedang melangkah kearah kami bersama dengan salah seorang ahli keluarga pengantin. Taulah keluarga pengantin. Pakai baju melayu sedondon warna biru cair. Kenapa macam kenal saja ni? Encik Shahmi?
"Betullah, Iwan. PA you. Seriusly, I tak perasan you lah tadi, Nisa." Kata Encik Shahmi bila kami dah dekat.
"Waktu pejabat dia PA tapi setiap waktu, she's my girls." Iwan membetulkan apa yang dikatakan oleh Encik Shahmi.
Dalam pandangan lembutnya itu ada satu pandangan yang aku gerun. Rasa nak terkam aku. Mungkin juga perasaan aku saja sebab aku rasa bersalah. Kantoi aku menipu dia.
Aku pandang Darwish dan Kril yang sedang menahan tawa. Korang berani korang ketawa. Aku lipat korang karang. Jahanam 'escape plan' aku.
"Yeah. I know." Kata Encik Shahmi sambil ketawa. Ketawanya itu diikuti dengan Iwan dan budak dua ekor yang duk tahan gelak dari tadi.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...