Part 10

5.8K 282 15
                                    

Suka pula aku dengan rutin harian aku sekarang ni. Pagi pukul 5 pagi, ada orang kejut. Kalau aku sedar dulu, aku yang kejut dia. Pukul 8 aku dah terpacak depan rumah dia. Ambil dia untuk dibawa sarapan. Seharian dia bersama aku. Lewat petang baru aku hantar dia balik.

Selepas tempoh merajuk tu, dia setuju untuk bekerja denganku. Sebagai PA aku. Ini semua berkat sokongan kuat dari mama dan abah Nisa ditambah dengan pujukan dari Mami. Memang hubungan kami dapat restu kedua belah pihak. Restu tanpa sempadan.

Walaupun secara rasminya kami telah diishtihar sebagai pasangan yang bercinta, tapi Nisa langsung tidak pernah buat gaya queen control walaupun dia juga merangkap PA aku. Dia sangat professional. Dia tahu bertindak mengikut keadaan, bila dia diperlukan untuk menjadi PA aku dan bila dia diperlukan sebagai kekasih aku.

Kekasih? Aku masih tidak punya perasaan itu padanya. Biarlah dia seorang yang rasa. Aku sekadar menurut kata Mami untuk pikat dia. Dia sudah berjaya aku pikat sekarang ini dalam misi aku pula untuk menggodanya untuk serahkan hatinya sepenuhnya padaku.

"Abang Iwan, Nisa pergi ladies kejap." Bisik Nisa padaku. Aku angguk.

"Encik Lukman, may I excuses." Katanya pada kawanku dihadapan.

Aku dan Lukman terserempak sewaktu aku dan Nisa sedang menikmati makanan tengahari. Kebetulan dia dan teman wanitanya sedang makan mencari tempat untuk makan disini. Aku ajak mereka duduk semeja denganku.

"I ikut sekali." Mia, teman wanita Lukman turut meminta diri untuk ke tandas.

Sebaik saja dua orang wanita itu hilang dari pandangan mata, Lukman memandang aku dan menunjukkan aku kearah mereka hilang. Aku faham maksudnya itu. Tengok muka pun tahu yang dia sedang menahan gelak.

"Kau jangan gelak. Tahan dulu gelak tu" Aku berinya amaran tapi sebenarnya aku sendiri tak dapat tahan diriku dari gelak.

Ketawa kami tersembur keluar juga. Entah sebenarnya dalam hatiku. Walaupun aku juga rasa lawak kerana aku berpacaran dengan wanita gemuk yang dah ditransformasi jadi cantik tapi dia tetap gemuk. Mencacatkan kecantikannya. Kalau dia kurus, pasti hati aku tertawan tanpa alasan. Pasti sudah lama aku masuk meminangnya.

Bukan hati tak berkenan tapi tengok saja respond Lukman. Ini baru Lukman, kawan-kawan aku yang lain, macam mana pula? Malu sih.... Malu gila.

"Tapi dia memang cute." Kata Lukman.

"Kalau kau tak nak lagi, sila bagitahu aku. Aku suka perempuan yang berisi macam ni. Sedap buat peluk." Sambung Lukman sebelum tawanya tersembur lagi. Aku turut sama ketawa walaupun ada sedikit perasaan marah pada kata-kata Lukman itu. Aku bukan tak tahu cara hidup Lukman dan aku tak mahu Nisa jadi mangsanya.

"No way. She going to be my PA forever." Balasku.

"And going to be your wife soon?" Tanyanya.

"Itu aku tak tahu tapi tak nak lah. Ini semua kerja Mami aku. Dia suruh aku pikat budak tu. mulanya rasa nak bangkang tapi Mami kan? Tak sampai hati. Tu yang buat juga apa yang mami suruh buat. Pikat Nisa." Jawabku.

Aku dengan Lukman dan beberapa lagi kawanku jarang sembunyikan apa pun. Kami ada 4 sekawan. Berkawan sejak zaman Universiti lagi. Aku, Lukman, Adli dan isteri Adli, Ros. Ros dan Adli sudah menikah seblum masuk Universiti lagi. Disebabkan Ros pula jenis suka ikut Adli melepak, maka kami berempat jadi rapat.

"Anak Mami, biasalah." Sekali lagi Lukman ketawa dengan kata-katanya sendiri. Aku turut ketawa. Ayat itu adalah kebiasaan untuk mereka menyakat aku. Aku memang terkenal dengan gelaran 'anak mami'. Bagi yang tak tahu, mereka fikir aku ini orang Penang tapi bagi yang tahu, memang dia prang bantai gelak sajalah.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now