"Nisa, nak abang ngah telefon Iwan ke?" Tanya Abang Ngah Hairil.
Aku geleng.
"Habis tu dari tadi duduk termenung. Abang Ngah pun pelik ni. Dah seharian Nisa dekat sini tapi tak nampak pun Iwan. Korang gaduh lagi ke? Kalau pun gaduh, isteri tengah sakit kot. Datanglah. Apa punya suami ni?" Abang ngah Hairil sudah membebel.
"Tak boleh jadi Iwan ni." Sambung Abang Ngah Hairil. Dia keluarkan telefon bimbitnya dari poket.
"Abang Ngah nak call siapa?" Tanyaku.
"Iwan."
"Tak payah."
"Kenapa?"
"Iwan dah ceraikan Nisa." Kataku.
Air mataku mengalir. Abang Ngah Hairil tercengang sebentar. Tak lama kemudian dia duduk dikatilku dan memelukku. Aku menangis dan terus menangis.
"Apa dah jadi sampai dia ceraikan Nisa?" Abang Ngah Hairil bertanya bila aku sudah sedikit reda.
"Nisa buat perangai lagi?" Tuduhnya.
"Nisa terserempak dengan lelaki tu masa keluar dengan Norli. Masa kami sedang berbual tu, tiba-tiba Nisa rasa sakit sangat. Terasa macam nak bersalin. Sakit sangat. Tu yang dia tolong pimpin Nisa. Masa tu Norli pergi buat bayaran. Dan masa tu Iwan nampak dan salah faham." Kataku. Aku kesat air mata yang tak henti mengalir.
"Iwan ceraikan Nisa." Kali ni bukan sekadar menangis tapi meraung.
"Nisa tak cuba terangkan keadaan?" Tanya Abang Ngah Hairil. Simpati agaknya dengan nasib aku. Suaranya sudah kendur.
"Nisa cuba. Dalam sakit tu, Nisa kejar dia. Nisa tak peduli pun. Tapi dia tak nak dengar. Nisa faham dia. Ini bukan kali pertama dia nampak Nisa dengan lelaki tu. Bila kami dah makin bahagia. Dengan kedatangan anak ni lagi. Lepas tu nampak pula Nisa dalam pelukan lelaki lain. Kalau abang Ngah pun akan buat perkara yang sama." Kataku. Cuba menerangkan keadaan ketika itu.
"Tapi anak ini, anak dia kan?" Tanya Abang Ngah Hairil.
Tiba-tiba aku jadi risau. Aku risau andai dia juga ada fikiran yang sama. Ini anak dia. Walaupun aku selalu berpegangan dan bermesra dengan Nas dulu tapi aku tak pernah lebih dari itu. Tak pernah terfikir sehingga ke situ. Aku masih tahu yang aku ini isteri orang. Dan aku masih ada Iman yang membataskan aku kearah itu walaupun aku sedar yang sebenarnya iman aku goyang bila aku berpegangan dan melayan Nas dengan mesra.
Air mataku mengalir.
"Percayalah, lepas kami baik semula. Nisa tak pernah jumpa Nas sampailah tadi. Walaupun ada perasaan yang meronta dengan kuat untuk bertemu dengannya tapi Nisa tahan. Nisa sayangkan habib Iwan. Nisa nak jaga hubungan Nisa dengan habib. Nisa nak jadi isteri solehah." Aku menyakinkan Abang Ngah Hairil.
"Habib dapat terima balik Nisa pun dah sangat bersyukur. Takkan Nisa nak khianati kepercayaan dia lagi. Nisa tak nak jadi sampai macam ni. tapi akhirnya jadi juga begini." Air mataku mengalir lagi laju.
Perkara yang paling aku takuti berlaku. Aku usap perutku. Anak. Bagaimana ni? Takkan kita nak mengalah. Kita dapatkan kepercayaan abi semula ya. tapi macam mana?
Walaupun tengahari tadi sangat sakit. Rupanya doktor kata masih awal. Masih lagi tiada tanda-tanda. Mungkin rasa sakit itu adalah disebabkan pergerakan anakku. Doktor kata biasalah pada usia kandungan 7-8 bulan. Anak akan aktif bergerak.
"Nisa, Iwan accident." Norli yang menerpa ke dalam bilikku terus menyampaikan berita yang paling mengejutkan itu.
"Aku nampak dia turun dari ambulance dan masuk ke kecemasan." Katanya lagi.
Aku terus bangun tapi ditahan oleh Abang Ngah Hairil. Aku merayu dia untuk membenarkan aku ke tempat kecemasan. Rayuanku langsung tidak diendahkan. Dia menegahku.
"Nisa duduk disini. Biar abang Ngah yang turun tengok." Katanya.
Abang Ngah Hairil suruh Norli temani aku manakala dia sudah segera turun ke bawah. Aku cuba untuk bangun. Hati aku tak akan puas andai tidak melihatnya sendiri.
"Kau jangan nak mengada. Karang abang Ngah bising. Kau jangan nak buat sampai aku kena marah dengan abang Ngah. Karang tak pasal je. Kau bukan tak tahu abang Ngah kalau mengamuk macam mana." Tegah Norli.
"Tolonglah Norli. Suami aku tu." Rayuku.
"Bekas suami." Norli membetulkan kenyataan itu.
"Aku sayang dia. Dia cinta hati aku. Abi anak aku." Rayuku lagi.
"Dia manusia tak nak dengar apa penerangan orang. Tak payah nak susah hati dengan orang macam tu" Kata Norli lagi.
"Kau tak tahu apa yang dia lalui sebelum ni. Keadaan dia buat dia jadi macam tu." Terang aku.
"Apa pun alasan. Dia sudah tak ada kena mengena dengan kau." Kata Norli.
"Dia ada kena mengena dengan anak dalam kandungan aku ni." Bidasku.
"Nisa. Kau duduk saja sini. Tunggu abang Ngah." kata Norli muktamad.
Aku juga muktamad untuk bangun dan keluar mencari suamiku. Aku sihat. Tidak ada apa-apa. Cuma procedure yang buatkan aku di wad kan. Suami aku sakit. Dia kemalangan. Aku nak tahu apa jadi pada dia. Aku nak tahu dari doktor dengan telingaku sendiri. Aku ingin melihatnya dengan mataku sendiri.
Aku tolak Norli kasar bila dia menghalang aku. Dengan langkah yang seboleh mungkin aku lajukan, aku lajukan. Aku lupakan segala rasa sakit yang menyerang badanku.
'Anak, tetaplah bertabah kau didalam. Umi nak lihat abi. Umi risaukan abi.' Hatiku berkata dengan anakku.
Sampai aku di wad kecemasan, aku menyelinap masuk. Abang Ngah Hairil tidak dapat menahan aku. Lagipula aku gunakan lesan sebagai isteri dan mendapat kebenaran dari nurse yang bertugas disitu untuk melihat dia.
Aku lihat dia sedang dibalut dengan kemas di tangan. Kepalanya sudah berbalut. Aku hampirinya dengan perlahan. Sekali lagi air mataku mengalir bila melihat keadaannya. Dia tak parah. Cuma luka sedikit dan masih dalam keadaan sedarkan diri. Bila aku makin dekat, dia memandangku. Tajam. Aku tak hiraukan dan terus mendekatinya.
Aku cuba untuk sentuhnya tapi dia menepis malahan dia menjauh. Nurse yang sudah siap tugasnya berlalu. Meninggalkan kami disitu.
"Habib." Lirih suaraku memujuknya.
"Aku tak kenal kau. Jauh dari aku." Kata Iwan kasar.
Aku menekup mulutku. Sampai hati dia kata tak kenal aku.
"Habib, Nisa ni. Isteri habib." Aku cuba untuk buat dia sedar. Ini aku.
"Aku tak ada isteri." Katanya.
Aku tak bodoh untuk faham penolakannya. tapi aku masih berdegil. Cuba juga untuk buat dia ingat yang aku ini isterinya.
"Tepilah. Aku nak keluar dari sini." Katanya dan menepis perlahan aku dan dia mula bergerak menjauhi aku.
Aku ikut langkahnya dari belakang sambil cuba untuk buat dia ingat pada aku. Dia sudah bergerak ke kaunter untuk membuat pembayaran. Aku masih lagi merayu dia. Abang Ngah Hairil diam tidak berkata. Dia hanya dalam keadaan bersedia seandainya berlaku apa-apa padaku.
Iwan tetap juga buat tidak endah denganku. Setelah selesai urusan dikaunter pembayaran, dia keluar dan terus menahan teksi yang kebetulan baru turunkan penumpang. Cliche betul teksi ni kerana sudah ada disini disaat aku sedang merayu suamiku.
Aku yang dari tadi menahan sakit terus pengsan tak sedarkan diri bila saja bayangan teksi yang dinaiki Iwan menjauh meninggalkan perkarangan hospital.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...