Part 33

4K 196 8
                                    

"Simpan sikit rasa cemburu tu." kata Farina dan mula duduk disebelahku.

Mereka semua tadi sedang ralat mencari makanan untuk lensa kamera mereka. Aku yang tidak punya hobi yang sama dan tidak juga punya keinginan untuk ikut sama, hanya jadi pemerhati. Yang lain semua buat aktiviti photography manakala Farina dan Khairul membuat video. Kata mereka, menjadi bahan semulajadi untuk disunting masuk ke dalam video mereka.

"Obvious sangat ke?" Tanyaku. Farina angguk dan ketawakan aku.

Walaupun aku tahu Darwish itu suami Farina dan Farina sendiri dan mengaku kebenaran cerita Riz tapi perasaan cemburu itu susah nak hakis. Aku cemburukan kemesraan Nisa dan Darwish dari mula mereka bersama. Nampak sangat rapat dan mesra walaupun baru berkenalan.

"Kenapa selama ni, you tak bagitahu pun yang you dah kahwin." Tanyaku. Soalan ini dah lama aku nak tanya sejak di Cameron dulu sewaktu aku baru tahu tentang kenyataan ini.

"Sebab selama ni, you tak pernah tanya." Jawabnya. Senyuman mengusik masih dibibrinya.

"I tak naklah tanya. Nanti you fikir I nak mengorat you pula." Jawabku. Sama mengusik. Farina ketawa lepas.

"Kalau you ngorat I, dengan rela hati I minta Darwish lepaskan I." Katanya masih menahan tawanya. Mukanya juga sudah memerah.

"Merepek sangat you ni." Balasku bersama tawa kecil.

"Hey, i told you before. I did crush with you tapi tengok you pandang Nisa, I said to myself. Back off. I takkan dapat you." Balas Farina masih lagi dengan tawa kecilnya. Aku jangka itu sebenarnya nak cover malu.

"But thank to you. You make me realize that I need Nisa so badly and I can't afford to lost her anymore." Usapku.

Memang video dan gambar yang Farina kirimkan itu memang memberi kesan padaku. Dari situ aku mula menilai dan berfikir dengan bersungguh-sungguh. Dan bila aku sedar, Nisa sudah menjauhi aku dan kemudian meninggalkan aku. Kesakitan itu buatkan aku hargai dia kini. Kesakitan itu buatkan rasa cinta aku kepadanya makin menebal.

"And thank to both of you yang buatkan I sedar masih ada lagi cinta suci dalam dunia ni." Katanya. Berkerut dahiku. Kami tak ada buat apa pun untuk buat dia sedar.

"Remember, i am the photographer dan videographer. I had feeling when I snap the picture. Even for the wedding couple pun, I tak rasa that kind of love yang you dan Nisa ada. Eventho you two are not married yet. Entah ye. That kind of feeling touch me. Then I start ambil gambar Darwish. Selama ni, I tak pernah ambil gambar dia. Tak pernah bergambar dengan dia. Bila tengok korang, rasa itu datang dengan sendiri." Cerita Farina dengan lenggok tangannya untuk bercerita tentang rasa itu. Bersungguh dia nak aku faham apa yang dia cuba nak sampaikan.

"Gambar kahwin?" Tanyaku. Hairan. Takkan gambar kahwin pun tak ada.

"Adalah tapi masa tu kami baru kenal. Tak ada rasa apa-apa. Tak lama lepas kami kahwin, Darwish confess yang dia dah fall in love with me long time ago. Masa tu i langsung tak boleh terima. Sangat tak boleh terima. Itu yang I lari naik ke Cameron dan terjumpa you all. Tengok cara you layan Nisa and car you pandang Nisa, buatkan I pun nak juga ada lelaki yang layan dan pandang I macam tu. Masa tu yang timbul idea nak goda you tapi hati I cakap bukan you yang boleh bahagaikan I." Ceritanya lagi. Dia diam sebenar seakan mengenang kisah lalu.

"I balik. I cerita dengan Darwish since he was my bestfriend after we got married." Katanya dan memandang aku yang sudah kerut dahi.

Peliklah. Dah kahwin, mana datang bestfriend pula? Aku pandang Farina yang sudah senyum.

"Pelikkan? Kami kahwin dirancang keluarga. I tak pernah jumpa atau kenal dengan Darwish even masa kami bertunang. Kami setuju untuk jadi kawan. Lama-lama, kami rapat dan jadi kawan baik. Status suami dan isteri hanya dengan keluarga dan atas sijil nikah. Kawan-kawan pun ramai yang tak tahu kami dah berkahwin. Kami selesa macam tu. sampai satu saat, Darwish kata dia nak berhenti kerja jadi arkitek sebab nak kerja dengan I since dia pun memang hobi sama. Photography. I tak tahu rupanya itu cara dia nak dekat dengan I. When he confessed, i sangat tak boleh terima. Itu yang I lari naik Cameron, jumpa you all. I sedar masa tu, ada lelaki yang sedang tunggu I dirumah. I balik, i cerita dekat Darwish apa yang I nampak. I minta dia beri I tempoh untuk I tetapkan hati untuk terima dia." Terangnya dan terus menyambung ceritanya.

"Bila perasaan sayang tu dan timbul, I makin kekok dengan dia. Bila you rajin teman Nisa, I jadi selesa berkawan dengan you. Bukan sebab nak mengorat you macam yang Nisa fikir tapi cuba nak elak dari rasa kekok dan malu I pada Darwish. Masa you macam orang gila cari Nisa, i cakap kat diri I, kalau I terus melarikan diri dari Darwish, I akan kehilangan dia sama macam you." Aku lihat wajah Farina sedikit muram.

"Masa tu, i susah hati. Nak bercerita dengan you, you pun dah macam orang hilang pedoman masa tu. tak sampai hati nak bebankan you. I tak tahu macam mana nak confess my feeling pada Darwish. Darwish pun macam nak jauh dari I. I nekad, serahkan semua pada Allah. I bagitau dia. Gembiranya dia sama macam gembiranya you waktu lafaz akad nikah hari tu." ceritanya. Wajahnya sudah berseri-seri. Nampak sangat dia sedang gembira.

"You untung. Even Nisa layan I macam king tapi dia letakkan border antara kami." Entah kenapa aku luahkan pada Farina. Bukan pada Lukman, Adli atau Ros, teman baikku.

"Nisa tu ada perasaan insecure bila pertama kali hati dia you sakiti. Perempuan, memang macam tu. sekali hati dia sakit. Selamanya dia akan ingat. You kena sabar dan kena selalu yakinkan dia yang you really love her in what ever situation." Nasihat Farina. Aku angguk.

"Time will cure everything." Nasihatnya lagi.

"Sabar dan terus bersabar."

Aku angguk.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now