"Nisa, kita ni ada masalah ke?" Tanyanya.
aku kerut dahi.
"Habib rasa kita ada masalah ke? Nisa tak rasa pun macam kita ada masalah." Jawabku.
Bukan aku tak rasa tapi aku tak mahu mengikut rasa tu. Sudah lebih setengah tahun kami macam ni. Hubungan kami sunyi. Hubungan kami hambar. Tiada apa yang menarik lagi dalam perhubungan ini. Aku masih kekal disini kerana dia tidak memulangkan aku lagi kepada mama dan abah. Jadi, adalah lebih baik andai aku buat macam tak ada apa yang sedang berlaku.
"Kita dah macam stranger." Komennya.
Aku angkat bahu sambil mencebikkan bibirku.
"Nisa rasa macam biasa je. Tak rasa pun semua tu." Balasku.
"Tapi habib rasa macam kita asing sangat." Katanya.
Hampir aku tersembul keluar ketawa. Macam pelik je rasanya bila dia mula bahasakan dirinya habib. Macam tak boleh diterima dek telinga. Cair rasa tahi telinga aku ni dengar perkataan tu. Serius, rasanya macam perut aku digeletek bila dengar dia bahasakan dirinya habib.
"Perasaan habib je tu." Jawabku dan terus masuk ke dalam bilik air.
Aku baru sampai rumah. Pergi menziarahi Farina dan Darwish serta anak mereka. Aku suka pergi studio Farina sekarang. Bukan kerana aku boleh mendalami ilmu fotografi ni tapi kerana aku boleh bermain dengan Fatih Danish. Anak ini umpama pengubat rinduku kepada anakku. Sesekali aku lawat juga pusara anakku.
Apa lagi yang boleh aku lakukan untuk merawat rasa terluka hadiah dari suami sendiri. Aku perlu untuk cari sesuatu perkara yang boleh buat aku rasa bahagia. Kan? Untuk mengalih tumpuanku supaya tidak terikutkan perasaan sedih itu.
Hubungan aku dengan Mami pun sedikit sebanyak turut terjejas. Tapi pada Mami sudah ku khabarkan kemana dan untuk apa kesana. Mami tahu. Aku bagitahu Mami kenapa aku selalu pergi ke sana. Aku tak mahu Mami salah sangka kepadaku. Aku juga tak mahu Mami risau. Takut Mami sakit pula nanti.
Selesai aku mandi dan solat Isyak. Aku baring. Disebelahnya. Seperti selalu, membelakanginya. Haha... betul sangat. Perkara baru yang aku buat. Tidur membelakanginya. Kenapa? Aku tak sanggup untuk bertentang mata dengannya. Setiap kali memandangnya, hati aku terasa sakit. Hati aku terasa sayu. Hati aku menangis. Aku tak kuat nak hadapi apa-apa pun kemungkinan dalam hubungan kami.
Dulu sebelum kahwin, aku fikir aku kuat kalau dia nak ceraikan aku. Diawal perkahwinan kami. aku siap tawarkan diri untuk meminang isteri untuk dia. Sekarang ni baru aku sedar yang aku tak kuat kalau tak ada dia. Baru aku sedar kenapa hati aku terima pinangan Mami. Sebab aku tak sanggup lihat dia bersama orang lain. Dan aku tak sanggup andai tiada dia menamani hari-hariku.
Tengoklah sekarang. Dia sibuk dengan urusan dia. Aku sudah terasa diabaikan. Mula mencari hiburan diluar. Mujur aku ini tidak ramai kawan. Kawan-kawan aku adalah Farina dan Darwish serta budak-budak geng sarung. Tak adalah buat perangai tak semenggah.
Tiba-tiba ada tangan melingkari pinggangku. Aku tolak tangannya. Mataku sudah berair. Sudah lama tangan itu tidak memelukku begini.
"Kita memang ada masalah." Katanya. Dia pusingkan aku untuk menghadapnya. mengiring kearahnya. Cepat saja aku lap air mata yang baru singgah ditubir mata.
"Habib je rasa macam tu. Nisa okey je." Tegasku. Mataku tidak memandang matanya yang sedang menikam mataku.
"Tak ada masalah apanya Nisa? Tengok ni. Kenapa Nisa nangis? Kenapa Nisa tolak tangan habib? Kenapa Nisa nak tolak habib?" Soalnya bertalu-talu.
"Nisa rasa kekok. Dah lama kita tak bersama. Tiba-tiba habib peluk Nisa. Mestilah itu tindakan refleks untuk selamatkan diri." Kataku tanpa nada berperasaan.
YOU ARE READING
Gemuk Durjana
Romanceaku adalah si gemuk... ini kisah hidup aku... Aku Nisa. Dia Iwan. Iwan ingat senang nak mainkan perasaan aku kerana aku gemuk. Sebelum dia game aku. biar aku game dia dulu. Ini gemuk bukan sebarang gemuk. Tapi bila aku balik yang kena main. Sakitnya...