Part 12

5.1K 268 3
                                    

"Nisa ada masalah ke?" Tanya abah. 

Abah duduk disebelahku. Taman yang direka hias oleh mama bercirikan nusantara ini memang rasa tenang bila duduk disini. Dengan bunyi pancuran airnya. Redupny dek kerana pohon yang merimbun. Memberikan oksigen lebih pada badan seterusnya meletakkan otak berfungsi dengan lebih baik. Itu belum lagi melihat ikan koi berenang didalam kolam buatan ini. Sangat menghiburkan hati.

"Nisa ada nampak macam orang ada masalah ke, abah? Nisa rasa macam Nisa okey saja." Jawabku.

"Kalau Nisa rasa okey, baguslah tu. abah bukan apa. Hampir setiap hari sejak dua menjak ni nampak lampu bilik Nisa terpasang tengah malam. Dengar Nisa mengaji. Kadang tu dengar juga Nisa teresak." Kata abah. Matanya tepat memandang mataku. Aku tunduk.

"Nisa okey, abah. Abah doakan Nisa sentiasa kuat, sabar dan tabah, yea?" Pintaku.

Abah angguk.

Aku tak sampai hati nak ceritakan apa masalah aku. Aku tahu mama dan abah dah sayang Iwan macam anak mereka sendiri. Mereka sudah meletakkan sepenuh kepercayaan pada Iwan untuk menjaga aku. Apa perasaan mereka bila Iwan tinggalkan aku? Bukan, apa tindakan mereka? Bagaimana hubungan baik antara mereka dan Mami?

Kenapalah abang Iwan tak fikir semua perkara ni sebelum ambil tindakan melulu macam ni. Sekarang bolehlah dia stay dengan aku. Tahan dengan perangai aku. Terima aku baik dan buruk. Nanti bila dia sudah jumpa dengan seorang perempuan yang sesuai dengannya dan dia mencintai perempuan itu, pasti saja aku dicampak ketepi.

Apalah abang Iwan ni. Umur dah 30 tapi matangnya masih kat lutut. Tak bijak langsung.

"Abah sentiasa doakan yang terbaik buat Nisa." Kata abah. Aku senyum.

"Abah juga ada untuk anak abah ni sentiasa. I'm a good listener too." Kata abah. Aku senyum dan ketawa kecil.

Aku faham kerisauan abah. Abah mana yang tak risau bila anaknya bermasalah. Abah mana yang tak risau kalau anak dia yang ceria dan gila-gila jadi pendiam dan selalu ingin sendiri. Abah mana yang tak risau kalau hati anaknya disakiti. Kan?

Abah aku pun sama. Dia abah. The best abah in my world.

"Abah, apa akan berlaku bila Nisa tinggalkan abang Iwan? Clash dengan dia." Tanyaku.

"Kalau dah bukan jodoh kamu dengan dia. Nak buat macam mana. Apa pun terjadi, terima sajalah. Sebagai orang Islam, kita prcaya rezeki, jodoh, mati semua itu ditangan Allah." Jawab abah.

"Kalau abang Iwan yang tinggalkan Nisa?" Tanyanya lagi.

"Sama saja jawapan abah." Jawab abah.

"Jangan fikir benda yang belum berlaku. Sesak kepala tu. Just enjoy your life. Nanti apa nak jadi, itu nanti punya cerita. Cerita hari ini, kita lalui dengan senyuman." Nasihat abah. Aku angguk.

Enjoy mylife. Selagi dia masih belum ambil apa-apa tindakan, selagi itu aku akan terus bertahan. Bertahan untuk senyum. Bertahan untuk rasa gembira.

Kalau dia dah bertindak?

Itu fikir nanti. Yang penting adalah sekarang. Aku kena hidup gembira. Aku kena rasa gembira.

Yeeehhhaaaaa... Yibba yibba anggere anggere...

Aku senyum.

"That's my girls." Kata abah sambil memicit kedua-dua belah pipiku serentak dengan tapak tangannya.

Aku senyum. Walaupun sakit bila buat macam tu, tapi aku suka. Terasa masih bebudak lagi.


Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now