Part 22

5.2K 262 6
                                    

Bersituasi pula kita tetiba tengah syok putarkan idea dekat otak. bila nak taip jadi hilang. Arh!!!! Sabar-sabar. nak menaip balik. nak ingat balik apa yang dah berjela di taip balik... Kalau macam pelik saja ayat tu, paham-paham lah... benda dah berputar. didoakan jadi lebih baik dari yang hilang tadi. huwwaaaaa....


Aku lambat bangun pagi ini. Selalu pukul 5 Nisa akan kejutkan untuk aku berkesempatan membersihkan diri dan menunaikan solat sunat tahajjud sebelum masuk waktu subuh. Hari ini semuanya jadi kelam kabut. Mami pun bising sebab aku lambat untuk imamkan solat subuh.

Sungguh hidup tanpa Nisa macam serba serbi tak kena. Mana Nisa pergi ni?

Malam tadi, sebelum pulang ke rumah, aku lalu dihadapan rumah Nisa. Keretanya tiada didalam garaj. Hendak bertanyakan mama dan abahnya, aku lihat jam sudah ke pukul 10 malam. Rasa macam tak elok untuk aku mengganggu mereka.

Pagi ini seperti kebiasaannya, aku ke rumah Nisa. Aku perhatikan kereta Nisa masih tiada didalam garaj. Namun, aku tekan juga loceng. Memikirkan kemungkinan kereta Nisa digunakan orang lain atau mungkin rosak dan dihantar ke bengkel.

"Iwan, masuklah." Jemput mama Nisa bila melihat aku diluar pagar. Pagar dibukanya sementara dia menunggu dipintu.

"Kenapa datang pagi ni? Nisa bukan ada. Bukan kamu dah bagi dia cuti ke? Kata dia, kamu suruh dia pergi bercuti." Ramah mama Nisa bercerita. 

Bercuti? Bila masa aku beri dia cuti? Pergi bercuti tanpa aku? Memang sesuatu yang tak aku benarkan ianya terjadi. Tapi aku sedar satu perkara. Nisa tidak bercerita apa-apa pada keluarganya. Mamanya masih mesra melayan aku. Abahnya juga elok saja denganku.

"Haah. Memang pun tapi dia tertinggal barang saya dalam bilik. Dia suruh saya ambil. Itu yang saya datang pagi ni." Bohongku.

"Oh, pergilah ambil dekat atas tu. Lepas tu, jom join kami sarapan." Kata abah Nisa. Aku angguk dan melangkah naik ke atas.

Entah. Aku sekadar nak naik ke atas. Melepaskan rasa rinduku kepadanya. Sungguh tidak dapat berjumpa dengan orangnya, tapi aku rasa dapat dekat dengan sesuatu yang menjadi miliknya pun sudah cukup bagus.

Aku pernah beberapa kali masuk ke biliknya. Jadi mamanya tidak perlu bersusah payah untuk menunjukkan biliknya kepadaku. Saat aku melangkah masuk ke dalam, haruman biliknya sudah dapat aku hidu. Terasa seperti dia ada disitu.

Aku melangkah kearah meja belajarnya. Laptop yang aku nampak selalu diatas mejanya sudah tiada. Yang tinggal hanyalah koleksi kamera lamanya yang disusun cantik didalam almari berlaci terbuka yang diletakkan diatas mejanya itu. 

Tidaklah banyak. Cuma 2 buat kamera lama yang menggunakan film untuk mengambil gambar. Aku lihat ada benda baru diatas mejanya. Kotak GoPro dan Hero. GoPro itu aku tahu bila dia beli. In fact, aku yang membayarnya. Hero itu tak tahu bila masa dia beli. Yang aku tahu, kedua-duanya hanya tinggal kotak. Isinya tiada.

Kemana saja dia pergi?

Didalam sebuah kotak kecil seperti kotak harta karun itu, aku buka. Banyak betul thumb drive didalamnya. Semuanya berlebel. Ada satu itu dilabelkan sebagai Cameron dan satu lagi Iwan. Aku ambil kedua-dua thumb drive itu. 

Sewaktu aku ingin melangkah keluar, aku terperasan sehelai selendang Pashmina yang aku pernah berikan kepadanya suatu masa dulu. Selendang itu aku hadiahkan 2 helai. Sehelai itu yang selalu dibawanya kemana-mana manakala yang ada didepan mataku ini adalah yang satu lagi. Selendang ganti katanya. Selendang ini dipakai bila dia kesejukan. 

Aku ambil. Masih punya baunya. Aku masukkan kedalam poket tapi terasa pelik. Kembung saja poket aku jadinya. Alih-alih, aku cari beg kertas didalam laci meja soleknya. Mataku tertancap pada sebuah buku scrap yang bertajuk 'Restoran Baru Best (RBB)'. Aku keluarkan dan aku buka setiap lembaran. Semuanya gambar aku dan dia. Gambar selfie kami. Dibawahnya tertulis setiap nama restoran yang kami telah bergambar bersama.

Aku senyum. 

Aku terus pencarianku mencari beg kertas. Bila sudah jumpa, aku masukkan selendang dan buku scrap itu. Aku tak tahu bila dia akan balik tapi aku rasa bagus juga barang-barangnya ada denganku. Sekali lagi. Sekadar untuk buat teman melepaskan rasa rindu.

Aku kemudian turun ke bawah dan menuju kearah meja makan untuk bersarapan bersama mama dan abah Nisa. Kebiasaan bila aku datang mengambil Nisa. Sama ada kami makan dirumahnya atau kami makan diluar. Selalu sarapan diluar kerana mamanya tak sempat nak buat sarapan.

"Apa mimpi Iwan bagi Nisa cuti lama-lama. Selalu tu nak renggang sehari pun tak boleh." Tanya mama Nisa.

"Yalah Iwan. Risau pakcik bila dia kata nak pergi bercuti tapi Iwan tak ikut. Tapi kita pun tau Nisa tu. Bukan boleh dilarang-larang." Sampuk abahnya pula.

"Itulah pakcik. Dah dia minta. Nak larang pun tak sampai hati. Biarlah. Doakan saja dia selamat. Dahlah tak nak bagitau saya dia kemana. Takut saya ikut katanya." Bohongku. Bertambah-tambah dosaku.

"Tak payah risau, Iwan. Kalau dia drive tu, maknanya dia ke JB. Kalau dia naik flight, dia ke Jepun. Dia tu nampak macam independence tapi sebenarnya mana berani nak pergi mana seorang diri. Tu dia pergi JB tu, teruklah abang ngah kena ambil cuti." Mama Nisa bercerita. Aku senyum.

"Nisa ada abang?" Tanyaku. Hairan.

"La, Nisa tak cerita ke? Dia ada abang. 2 orang. Seorang dekat JB, seorang lagi dah menetap di Jepun. Kahwin dengan orang sana. Dah nak ada anak dah." Ramah mama Nisa bercerita. Aku angguk.

"Lupalah tu. Kan dia selalu berungut yang dia tu anak tunggal. Ada abang tapi semua pun sibuk dengan kerja. Kalau tak raya, tak balik. Kalau raya pun kadang-kadang tak balik. Tu yang bila Nisa dengan Iwan kami suka. Rumah dekat. Tak adalah bila Nisa dah kahwin terasa macam kami ni tak ada anak." Luah abah Nisa. Aku senyum. 

Aku faham keadaan tu. Aku juga punya seorang kakak dan keadaannya sama. Kalau tak ada yang penting, tak balik. Raya pun tak tentu balik. Tapi Mami tak pernah berungut. Mami kata, itulah perempuan. Apa suami cakap, semua kena ikut.

"Samalah saya ni, pakcik. Ada kakak macam tak ada kakak." Balasku.

Kami sama-sama senyum.

"Tu gambar abang-abang Nisa. Jangan pula kamu terserempak Nisa dengan abang dia tengah peluk-peluk kamu pergi tumbuknya pula." Kata mama Nisa berseloroh. Ketawa memenuhi ruang makan itu.

Seloroh pun tapi mama Nisa tetap juga bangun dan mengambil gambar keluarga mereka. Gambar itu disuakan kepadaku. 

"Ini Abang Long Hasnul. Yang ni pula Abang Ngah Hairil. Diorang semua ni rapat. Walaupun jarang jumpa tapi skype hari-hari. Nisa tu jarang cerita masalah dengan kami tapi habis semua dia cerita pada abang-abang dia terutama abang ngah. Bukan apa, bak kata Nisa, cerita dekat abang Long pun nanti alih-alih, abang long cerita balik dekat abang ngah. Abang ngah ni protective sikit." Cerita mama Nisa. 

Aku memandang gambar keluarga mereka. Aku amati gambar itu. Muka mereka tak iras langsung. Memang patut pun kalau aku salah faham nanti. Bagus mama Nisa ni. Mencegah dari kejadian yang tak diingini. Aku kena ingat muka dia orang ni.

"Awak ni. Dah, Iwan. Makan." Ajak abah Nisa. 

Aku senyum dan mula mengambil bihun goreng putih yang terhidang diatas meja.

Gemuk DurjanaWhere stories live. Discover now